Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, January 4, 2015

Main politik musim banjir rakyat yang derita

Tentang saranan Arab-Melayu tu tak payahlah nak ambil pot sangat - Haruan dan Keli boleh bersatu ke?
Diami lubuk yang sama pun mungkin agak janggal!

Hentikan main politik musim banjir
 | January 4, 2015
Ia menjadi tanggungjawab bersama antara dua parti pemerintah itu dan ia termaktub dalam Perlembagaan Negara.
61376365671_freesizeSHAH ALAM: Perbuatan bermain politik semasa bencana dan pasca banjir sepatutnya dihentikan, sebaliknya menjadi wadah memupukkan dan mengukuhkan kerjasama antara dua parti politik yang berbeza.
Penganalisis politik, Prof Madya Dr Shaharuddin Badaruddin berkata, parti-parti politik seharusnya menghentikan dan mengelakkan isu kebajikan dan bantuan kemanusiaan dipolitikkan.
Beliau menjelaskan, dalam soal bencana alam, ia menjadi tanggungjawab bersama antara dua parti pemerintah itu dan ia termaktub dalam Perlembagaan Negara.
Ujarnya: “Mestilah (kerjasama) sebab kerajaan negeri dia ada bidang tertentu, kalau kita lihat senarai Persekutuan, terdapat senarai negeri dan senarai bersama.”
Menurut beliau, disebabkan tabiat suka bermain politik menyebabkan kerajaan negeri tidak boleh memasuki pusat pemindahan mangsa banjir di sekolah-sekolah hanya disebabkan fasiliti pendidikan itu di bawah bidang kuasa persekutuan.
“Perkara ini berlaku, ada beberapa kes di Kelantan di mana NGO ataupun Kerajaan Negeri tidak boleh masuk langsung ke pusat pemindahan ini,” kata Timbalan Dekan Fakulti Pentadbiran dan Pengajian Polisi, Universiti Teknologi Mara (UIiTM).
Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Penerbit Sinar Harian, Datuk Hussamuddin Yaacub yang menggesa kerajaan campuran di Kelantan diwujudkan untuk memastikan usaha balik pulih negeri itu yang terjejas teruk akibat bencana banjir dapat dilakukan sepenuhnya.
Mengulas lanjut, Shaharuddin menegaskan, tindakan menyekat mana-mana pihak untuk melakukan misi bantuan kemanusiaan itu tidak seharusnya dipolitikkan.
Sebaliknya katanya, kerajaan pusat dan kerajaan negeri perlu melupakan politik seketika dan menjadi koordinator untuk menyelaraskan bantuan daripada orang ramai dan NGO itu ke tempat sewajarnya.
“Jangan timbul isu begitu apabila berlaku bencana atau kecemasan, kena tinggalkan isu politik, kerajaan pusat dan kerajaan negeri kena bekerjasama secara erat berdasarkan tanggungjawab sosial mereka.
“Orang atasan (pemimpin negeri dan pusat) perlu tunjuk contoh yang baik, baru anak buah boleh ikut dengan wujudkan kesefahaman itu,” ujarnya, lapor Sinar Harian.
Sebelum ini, Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Al-Habshee berkata, UMNO dan PAS perlu bersatu bagi mengukuhkan kuasa politik orang Melayu dan menjamin kesinambungan perjuangan serta kedudukan orang Melayu akan terus terpelihara.
“Banyak sudah iktibar yang kita boleh pelajari kesan daripada perpecahan orang Melayu, kita sudah melihat sebelum ini betapa orang Melayu dan agama Islam diperlekehkan.
“Masalah itu berlaku akibat perpecahan dikalangan orang Melayu yang masing-masing cuba mempertahankan idealogi dan hak politik sehingga penguasaan itu menjadi semakin kecil,” katanya dalam entri terbarunya umnobahagiancheras.blogspot.com.

1 comment:

  1. Ini cerita cerita bebudak bahalol saja.

    Kalau tak de kedudukan politik , jadi mat mat bahalol saja , macam jutaan yang lain.

    Apa ada kesah dengan melayu2 mangsa banjir... Tak miskin sikit pun bebudak bahalol kaya ber gaya ini.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa