Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, January 4, 2015

Nak Cover Pekung Sendiri Yang Hanyir, Sibuk Persoalkan Bontot Orang Berkudis!

Tak ker bengong namanya memperbodoh khalayak dengan bukti di depan mata?
Aku sendiri pun tertanya-tanya di mana Anwar. Dah jadi kambing takut airkah dia?

Tapi mana lebih utama, kehilangan seorang PM yang bertanggung jawab secara langsung kepada rakyat dengan seorang ketua pembangkang yang selalu menjadi bahan kutukan?

Utusan persoal kehilangan Anwar ketika negara dilanda banjir 
TMI - Published: 4 January 2015
Utusan Malaysia hari ini mempersoalkan kehilangan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sepanjang musibah banjir melanda negara. – Gambar fail The Malaysian Insider, 4 Januari, 2015.

Akhbar milik Umno, Utusan Malaysia hari ini mempersoalkan kehilangan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan mendakwa ketua pembangkang itu tidak bersungguh-sungguh mendekati mangsa banjir walaupun yang paling teruk terjejas ialah Kelantan yang diperintah Pakatan Rakyat (PR).
Kolumnis Awang Selamat berkata, kehilangan Anwar ketika negara dilanda musibah banjir tidak seiring dengan apa yang dilaungkan ketua pembangkang itu yang kononnya sebelum ini menganggap sebagai juara rakyat.
"Ada pembaca yang bertalu-talu bertanyakan, di mana ketua pembangkang Anwar Ibrahim berada semasa negeri-negeri Pantai Timur dilanda musibah banjir? Ia bagaikan lagu nyanyian Taufik Batisha berjudul Awak Kat Mana yang kini popular dalam kalangan remaja," tulis Awang dalam Mingguan Malaysia hari ini.
"Macam-macam cerita yang didengar. Ada yang menyatakan beliau bercuti di luar negara tetapi sudah kembali dan dilaporkan melawat sekali ke Kelantan. Yang pasti cerita di mana beliau, menjadi bahan perbualan yang panas."
Membandingkan penglibatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam komitmennya meninjau keadaan dan bertemu dengan mangsa banjir, Awang berkata, Anwar pula menghampakan penyokongnya dengan menghilangkan diri.
"Najib bertungkus lumus dan berulang kali melawat Kelantan, Terengganu dan Pahang termasuk menunaikan solat pada malam ambang tahun baharu di Tumpat. Anwar pula di mana ketika itu?
"Awang juga menjunjung kasih kepada Raja Melayu yang mencemar duli bersama rakyat ketika banjir. Sifat pengasih dan belas ihsan baginda sekelian, menyentuh perasaan mangsa-mangsa banjir. Kalau terdapat kalangan baginda yang turun padang berkali-kali, di mana ketua pakatan pembangkang, sedangkan politikus perlu bekerja lebih keras
"Sememangnya banyak penyokong pakatan mengharapkan Anwar aktif tampil di pusat penempatan banjir tetapi nampaknya harapan itu tidak kesampaian," katanya.
Awang turut mempersoalkan Anwar yang selalu menyatakan dirinya sebagai bakal perdana menteri tetapi tidak proktif ketika rakyat dilanda musibah banjir.
"Kalau Anwar terbukti boleh kerap ke luar negara entah atas apa saja urusan, tentu beliau masih boleh luangkan banyak masa kepada prioriti yang betul, apa lagi musibah.
"Janganlah hanya kelihatan hebat untuk membakar sentimen rakyat di pentas ceramah politik dan demonstrasi jalanan bagi tujuan politik peribadi tetapi bersikap dingin ketika rakyat ditimpa kesulitan," katanya.
Sebelum ini, Najib mencetuskan kemarahan orang ramai dengan pendedahan laporan apabila beliau bermain golf bersama Presiden Amerika Syarikat Barack Obama ketika rakyat berdepan dengan bencana banjir.
Ia menyebabkan perdana menteri itu akur dan bergegas pulang ke Malaysia pada 26 Disember lalu untuk meninjau keadaan banjir.
Bagaimanapun, bukan Najib saja dikecam, malah Anwar juga dikritik kerana dikatakan menghilangkan diri dan tidak memainkan peranannya ketika negara berdepan dengan banjir.
Mengulas mengenai perbezaan dua pemimpin tersebut Pengarang Kanan Utusan Malaysia Zukiflee Bakar berkata, tindakan Najib bermain golf bersama presiden Amerika Syarikat itu bukanlah secara suka-suka kerana ia bertujuan meningkatkan hubungan dua hala negara.
Katanya jika hendak dibandingkan, Najib jauh lebih mulia berbanding sesetengah pemimpin pembangkang yang pergi ke luar negara demi memburukkan nama Malaysia.
"Najib bermain golf dengan Obama bukanlah untuk suka-suka tetapi bagi meningkatkan hubungan dua hala dan membincangkan keselamatan serantau," katanya.
Zulkiflee menyifatkan tindakan Najib sebagai "diplomasi golf " - langkah seumpama itu iaitu bermain golf dengan pemimpin dunia dan pernah dilakukan perdana menteri pertama Tunku Abdul Rahman.
"Inilah yang disebut diplomasi golf satu pendekatan yang sengaja dilupakan pembangkang," katanya.
Katanya meskipun di sebalik kesibukan Najib, tetapi paling penting perdana menteri itu kembali ke negara selama enam hari berturut-turut menjelajah semua negeri banjir dan menunjukkan kerajaan amat komited mengenai musibah yang melanda itu.
"Inilah masalah pembangkang yang semakin bankrap isu dan muflis modal untuk meraih kuasa politik. Mereka yang kononnya berjuang demi rakyat dan mencetuskan pelbagai isu atas nama rakyat hakikatnya hanya bijak bercakap saja.
"Ini sama seperti ayam yang berkokok kuat tetapi ekor bergelumang dengan najis," katanya. – 4 Januari, 2014.

9 comments:

  1. Utusex kan bebudak kawanan lahanat dan rakyat sedar. Hanya bebudak bahalol tiada nilai ekonomi saja ber sekutu dengan Utusex.

    Orang orang Melayu yang rata rata singkat akal akan ter pengaruh dengan Utusex dan mereka mereka ini lah yang gagal dalam kehidupan , miskin papa kedana serta malas ; menongkat langit membabi buta.

    Itu sebab kekuatan ekonomi negara di kuasai orang orang bijak waras dan kerja kuat. Tahniah pada mereka yang dapat menjadi manusia , dari di biar memjadi keldai.

    DS Anwar Ibrahim tetap unggul ber beda demgan mat mat bahalol yang merata.

    ReplyDelete
  2. Baju biru bn mengaku ahli pas

    ReplyDelete
  3. Alahai sejak masuk kurun 21 ni, mamak maidin utusan meloya tu dah tak ade apa dimata maupun ditelinga rakyat......ibarat cakap tamil kpd org melayu je.....begitu la hina nya mamak ni hari ni.......

    ReplyDelete
  4. Anon 3:31 PM

    Kamu tahu membaca atau tidak?
    Siapa pula yang mengaku ahli PAs?
    Kalau bodoh dan buta huruf, tak tahu berfikir dengan waras takyahlah nak menyemak kat sini!

    ReplyDelete
  5. Banjir dan politik...kemelut politik banjir.
    Hakikatnya pemimpin dan semua pengampu parti politik telah lupa petunjuk dari Yang Esa.
    Akibat terlampau taksub dengan politik dan menyimpang dari jalan lurus semua jadi buta mata dan hati.
    Tahun 2014 Yang Maha Esa tealh beri amaran demi amaran akan fenomina cuaca ekstrim.
    Taufan terburuk di Filipina...suhu sejuk dan ribut salji yang ekstrim di Eropah dan Amerika...fenomina puting beliong di negara ini. Semua buat dekk jer. Seolah politik lebih penting dari akal dan budi bicara yang telah diajar Nabi kita.
    Sepatutnya penulis pojok Utusan hebahkan statistik pemulihan banjir tetapi politik jadi pokok cerita.
    Ada pula individu berprasnagka warna melambang seauatu kumpulan. Jadi yang pakai warna hitam otomatis IS lah.
    Yang lagi sedihnya..kutuk bangsa Melayu...pemimpin Melayu buat kerja pun kutuk...melayu malas..miskin.
    Hello brader ko suruh anak ko kerja kat syarikat Cina ..gaji dia rendah dari pekerja Cina. Ko pegi beli barang kat kedai Cina...simen..besi..dawai letrik...kontraktor Cina dapat harga murah..Melayu kena bayar mahal..
    Maaf yang akhir ni agak rasis dn prejudis. Apa hal pun balik lah ke AlQuran dan Hadis.

    ReplyDelete
  6. Kawe sokong yg demo kata... Utusan telah menobt anuar sebagai PM... Yg sekor lg tu ikut bini takut bini dan cuma tu main golf... Balik kejap juak juak dia sibuk... Bila dia ilang juak juak dio pun ilang... Yg awang selamat mcm kasim selamt le buto dan xknal sapa yg lebih bertanggung jawab dan sapa yg berkuasa d negeri beringin rendang ni... Ooo anuar pm nya ,.. Boleh le nyah anuar dari kabinet atau dr jawatan pm.., ganti najib kaki jalan tu... Bongok xabis si kasim selamat yg buta ni...

    ReplyDelete
  7. utusan sex bukan jilat jer dgn najis2 ditelannya

    ReplyDelete
  8. Puak2 pas dn pkr ni..bukan cerdik pun...kena batang hidung..buntut pun rela serah..selngor bg sejuta riuh senegeri..pemuda umno selngor bg dua juta difitnh sana sini..akal mnkok jmban..

    ReplyDelete
  9. Ello penyangak2 pr..jawablah soalan..mn bg nuar kome..bukn menunjukkn kebodohn sndiri...

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa