‘YB’ Tumpat pertikaikan kehadiran sukarelawan
PUBLISHED: Jan 4, 2015 06:36pm
Kumpulan sukarelawan dari Puchong membuat laporan polis mengadu bahawa aktiviti mengagihkan barangan bantuan di Tumpat dihalang oleh 'Yang Berhormat'
KUALA LUMPUR, 4 Januari:
Sekumpulan sukarelawan dari Puchong, Selangor yang datang mahu menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir di sekitar Tumpat, Kelantan mendakwa dihalang oleh ‘Yang Berhormat’ (YB) di kawasan tersebut.
Pengadu, Fadzeny Jailani, 41, yang mewakili rakan-rakannya kemudian membuat aduan di Balai Polis Chabang Empat, Tumpat, semalam (3 Januari).
Pengadu tersebut memberitahu, pada 3 Januari, lebih kurang jam 2 petang, dia dan rakan-rakannya dari Puchong, Selangor telah sampai ke Kampung Kajang Sebidang, Tumpat, untuk menyampaikan sumbangan makanan, minuman dan juga keperluan asas kepada penduduk di kawasan tersebut yang terlibat dengan banjir.
Menurutnya, kira-kira jam 4.15 petang hari yang sama, setelah selesai menyampaikan sumbangan ikhlas mereka singgah di Masjid Simpang Hilir dan dipanggil oleh seorang lelaki yang mengaku dirinya sebagai ‘YB’ di kawasan tersebut yang mempersoalkan tujuan kehadiran mereka ke situ.
Mereka juga mendakwa, ‘YB’ tersebut bertanya atas arahan daripada siapa mereka datang ke mari kerana dakwa ‘YB’ itu, mereka (para sukarelawan) tidak berhak dan tidak perlu menyalurkan bantuan ke kawasan tersebut kecuali melaluinya atau penghulu di situ.
Lelaki yang mendakwa ‘YB’ itu juga berkata, para sukarelawan itu telah merosakkan programnya dan oleh kerana para sukarelawan tersebut tidak berpuas hati di atas tindakan ‘YB’ itu yang mempertikaikan bantuan ikhlas mereka maka aduan tersebut dibuat.
Sementara itu jurucakap Ibu Pejabat Polis Daerah Tumpat mengesahkan laporan tersebut. - sumber
yang bengong ke yang berhormat? cuba teka
ReplyDeleteTanya pas... YB ni ikhlas ke nak bantu rakyat... Nak ke bersatu dgn mamat jenis ni... Ni le yg banyak dlm amno... Sikit lagi jangkit dgn pas yg pakai seraban... Tu pasal dekat gong dermin tu xbg bantauan kat budak dan mak budak tu ... Tu pun kalau benar le... Jenis le yg pas ug nak brsatu tu... Nak bantu rakyat ke?,.
ReplyDeleteBaru tau. Sibodoh "YB" tu ingat org selangor/kl bodoh mcm dia. Hey bodoh "YB". Kite org terpelajar lah. Bukan bodoh mcm kau tak bersekolah
ReplyDeleteBebudak Bahalol ada di mana mana saja.
ReplyDeleteJawab kat YB tersebut bahawa Allah SWT yg hantar kami ke sini. TIADA SIAPA YANG BERKUASA MENGHALANG KAMI KALAU ITU KEHENDAK- NYA.
ReplyDeleteInilah Jawapan Untuk Manusia Yang Tak Tahu Nak Insaf Atas Apa Musibah Yang Allah SWT Turunkan.
Hanya rumusanjer
ReplyDelete1. Serangan banjir yang terburuk
2. Serangan dari segi bantuan dan
sukarelawan
3. Serangan berita sensasi yang pelik
dan agihan bantuan tak adil.
Kesemua rumusan diatas menunjuk bahawa Kelantan juaranya.
Tunjukan Gambar Mangkuk Hayun ni.bior Satu Malasiea Kutuk Laknat Kat 'YB' CIBAI Ni.
ReplyDeleteA'kum semua
ReplyDeleteDalam report masih tidak jelas YB mana. Kalau YB Parlimen Kamruddin Jaafar (PAS) tapi kalau YB DUN Pengkalan Kubur Yang menang PRK baru-baru ni dari UMNO.
Dalam repot hanya disebut YB kawasan tersebut. Jadi masih ada keraguan di situ. Pertama benarkah orang itu YB dan keduanya YB mana - Parlimen atau DUN
Yb nak nama
ReplyDeleteYB tanpa nama boleh jadi
DeleteYB . yg berhormat
yg berlakon aje
yg bongok, bangang, biul @ seumpamanya
atauuuuu YB - Yang Berbayar
tak kan YB Kamarudin Jaafar buat perangai macam tu.
ReplyDeletedasar pembuat fitnah dan berita sensasi tanpa usul periksa ! kalau tak tak kan rottweiler namanya !
ReplyDeletebengong punya pelapor...kamu nama siapa YB tu....buat laporan polius...polis pun mengong jugak...carilah sapa YB tuu...kalau tidak sume ni fitnah...
ReplyDeleteJgn ingat yb pas smua baik..tanya jer husam..umno bg bntuan ada muka najib dipertikai..yg ada logo pas tk maki pl..dasar
ReplyDelete