Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, January 6, 2015

Pas tidak pertahan pemimpin seleweng

NIZAM ZAIN
6 Januari 2015
Mohamad Sabu (tengah) pada sidang media di Pejabat Agung Pas, di Kuala Lumpur hari ini. - Foto Sinar Online oleh NIZAM ZAIN

KUALA LUMPUR – Pas tidak akan mempertahankan mana-mana pemimpin parti itu yang didapati menyeleweng dan mempunyai kekayaan luar biasa dengan cara salah, demikian kata Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu.

Beliau juga mencabar mana-mana pihak supaya mengemukakan bukti tentang penyalahgunaan pemimpin Pas itu jika perkata mempunyai asasnya.

"Kami tidak akan membela mana-mana pemimpin Pas yang menyeleweng.

“Buktikan, sila buktikan, kemukakan dan ini (dakwaan) kali pertama saya dengar," katanya secara ringkas di Pejabat Agung Pas, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas pendedahan Presiden NGO Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP), Ramesh Rao hari ini yang mendakwa pemimpin Pas di Kelantan mempunyai kekayaan luar biasa di selatan Thailand.

Menurut Ramesh lagi, kekayaan tersebut mempunyai kaitan dengan skandal pembalakan di negeri itu dan ia disembunyikan di negara jiran seperti Yala, Songkla, Pattani dan Kemboja.

Sementara itu, Mohamad atau Mat Sabu berkata pihaknya akan berbincang mengenai cadangan DAP untuk menubuhkan jawatankuasa bertindak antara BN dan PR bagi menangani masalah banjir besar pada mesyuarat Majlis Pimpinan PR akan datang.

"Kita akan bincang dalam majlis presiden, pada bila-bila masa saja," katanya lagi.

3 comments:

  1. PAS adalah jenama politik GAGAL.

    Jika ada bebudak bahalol dalam PAS buat kerja Shit yang besar kesan ke Banjir buat apa nak tolong lagi.

    Pakai common sense sudah cukup.

    Kalsu tak boleh pikir , tanya budak tadika 6 tahun.

    ReplyDelete
  2. Abe

    Apa barang Mat Sabu nak keluar kenyataan macam ni. Siapa dia? Dia bukan ulamak. Kalau bukan ulamak . Dalam PAS , Sseseorang p3mimpin utama parti kalau bukan ulamak, dia tak berhak m3ngeluarkan apa-apa pendirian bagi pihak PAS.

    ReplyDelete
  3. bat8

    A'ah....betul juga ya
    Sebelum ini entah berapa kali pemimpin yang tidak berserban di dalam PAS buta kenyataan dan lepas ada pula kenyataan balas yang menyatan kenyataan sipolan, sipolan itu adalah kenyataan peribadi dan mencerminkan kenyataan resmi parti.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa