Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, January 6, 2015

1MDB: Khairuddin jumpa dan nasihatkan Najib?

'PM, jangan biar orang ambil kesempatan'
3:31PM - 6 Jan 2015 - mk

Naib Ketua Umno Batu Kawan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan menasihati Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak supaya tidak seharusnya membiarkan pihak lain mengambil kesempatan ke atas kebaikan dirinya.

Katanya, beliau menyampaikan nasihat tersebut sewaktu bertemu Najib yang juga menteri kewangan di kediaman perdana menteri di Jalan Duta, sebelum beliau berlepas ke Hawaii.   

"Saya kata pada Najib secara jujur, kerana kebaikan Najib, jadi orang akan ambil kesempatan ke atas kebaikan beliau,” kata Khairuddin.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas memberi kenyataan kepada polis ekoran laporannya berhubung isu syarikat pelaburan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).  


Mengulas lanjut, Khairudin berkata beliau tidak akan menarik balik laporan polisnya itu  sekiranya Najib berdiam diri dan tidak menyelesaikan kemelut itu.

“Saya minta Najib untuk tampil berdepan dengan rakyat dan jelaskan kepada rakyat mengenai kedudukan 1MDB.

“Kalau saya puas hati dengan kenyataan Najib selaku perdana menteri dan menteri kewangan, berkemungkinan saya akan tarik balik laporan polis.

“Malangnya Najib tidak tampil beri penerangan yang jelas kepada rakyat,” katanya.

Beliau turut menambah bahawa sehingga kini jumlah hutang yang ditanggung 1MDB adalah RM 41.9 bilion.

Sebelum ini, Khairuddin dilaporkan berkata, beliau membuat laporan polis terhadap syarikat berkenaan supaya dijalankan siasatan terhadap lembaga pengarah dan ketelusan pentadbiran dana serta kewangannya.
 
Khairuddin juga dilaporkan berkata bahawa laporan polis itu tidak ada kena mengenai dengan Najib sebagai perdana menteri, presiden Umno atau menteri kewangan.

Sebaliknya, Khairuddin dilaporkan berkata kerana sayangkan Umno, beliau mengambil tindakan nekad itu bagi membersihkan nama perdana menteri yang juga menteri kewangan.

"Isu 1MDB tiada kaitan langsung dengan Umno serta presiden Umno,” Khairuddin dilaporkan berkata.

1 comment:

  1. Mamat Khairudin ni telah kehabisan wang nak menyara anak bini....menurut laporan geng Pemuda UMNGOK Batu Kawan dia sudah diistiharkan muflis. Wang upah kerana menerbitkan buku "50 Dali Kenapa Anwar...."sudah kehabisan berbelanja besar mengahwini artis dan mendapatkan publisiti.

    Menyedari tentang perangai Najib yang suka "membayar" untuk menyelesaikan sebarang masalah, Si Khairudin ini sekarang mahu blackmail PM yang lemah dan terpalit dengan berbagai skandal itu.

    Bila Najib tak bayar kali ini, dia buat laporan Polis, untung-untung ada pemimpin UMNO yang ingin menjatuhkan Najib tapi takut bertindak akan tampil menghulurkan fulus....begitulah cara pemimpin UMNGOK peringkat bawahan mencari rezeki kasi tedarah anak isteri....apakah ini boleh ditakrifkan sebagai perjuangan memertabatkan bangsa Melayu atau berbakti kepada negara...DEY!!! POODAHHHH!!!

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa