Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, January 4, 2015

Serah semula wang pampasan: Ini jawapan Faekah

Tunggu notis penyerahan wang pampasan – Faekah
 | January 3, 2015
Faekah dikatakan penerima jumlah terbesar pampasan tersebut.
faekah azmin mbPETALING JAYA: “Saya tidak menerima sebarang notis.” Itulah jawapan ringkas bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Menteri Besar (MBI), Faekah Husin sewaktu mengulas kenyataan Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali yang meminta kesemua pembantu bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abd Khalid Ibrahim menyerahkan semula semua wang pampasan.
Sewaktu dihubungi oleh Free Malaysia Today, Faekah turut menyatakan akan memberikan ulasan setelah meneliti notis yang dikatakan akan dihantar kepadanya.
Bagaimanapun setakat berita ini ditulis, 7 lagi pembantu Khalid Ibrahim gagal untuk dihubungi.
Manakala bagi Azmin wang pampasan yang secara keseluruhannya berjumlah RM2.6 juta itu didapati tidak diberikan mengikut cara dan prosedur yang ditetapkan dan ia harus dipulang.
“Siasatan MBI mendapati beberapa kesalahan yang melanggar tatacara kewangan dalam pembayaran pampasan itu, menyebabkan pihak terbabit perlu memulangkan kesemua wang berkenaan dalam tempoh 14 hari,” ujar Azmin kepada pemberita selepas program Sambutan Maulidur Rasul peringkat negeri di Stadium Malawati, Shah Alam hari ini.
Jelas Azmin lagi, tindakan itu dilakukan juga tidak dilakukan sewenang-wenangnya kerana keputusan itu juga diambil setelah mendapat nasihat daripada pihak peguam.
“Setelah mendapat nasihat pihak peguam, pihak pengurusan baru memutuskan menghantar surat kepada mereka memberi peringatan untuk kembalikan wang yang dibayar,” katanya lagi.
Sebelum ini, Faekah dikatakan penerima jumlah terbesar pampasan tersebut. Faekah didakwa menerima bayaran sebanyak RM700,000.
Manakala Setiausaha Akhbar Khalid Ibrahim, Arfa’eza Abdul Aziz menerima pampasan RM358,000 dan RM55,000 ganti kepada notis tiga bulan dan Setiausaha Politik Mustapa Mohd Talib menerima RM265,000.
Pembantunya yang lain didakwa dibayar antara RM97,000 dan RM230,000 masing-masing sebagai pampasan dan di antara RM18,000 dan RM69,000 sebagai ganti kepada notis tiga bulan mereka.

4 comments:

  1. Sekejap ada , sekejap tak ada

    Magic mana boleh bagi balik

    Kira sedekah lah....

    Sekejap ada , sekejap tak ada

    Biasa lah...

    ReplyDelete
  2. pulangkan duit haram tu!!!

    ReplyDelete
  3. Dah dapat duit, takkan nak pulangkan. Itu bodoh namanya.

    ReplyDelete
  4. Awal2 lagi sepatutnyer wang itu dibekukan..khalid xde wat salah syarie pun...hahaha

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa