Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, January 6, 2015

Tiga keganjilan nahas QZ8501

FMT - January 5, 2015
Semua ini prosedur standard yang tidak dilakukan. Ini tanggungjawab bersama.
a26cb9e57dc82a006a0f6a706700c9f7JAKARTA: Anggota Jawatankuasa V, Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) Republik Indonesia, Andi Taufan Tiro menyatakan terdapat tiga keganjilan dalam nahas pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 di perairan Selat Karimata.
Sehubungan itu tegas beliau, pihak berkuasa terbabit harus bertindak balas dan menelusuri tiga perkara tersebut.
“Ada tiga faktor kejadian yang mengakibatkan AirAsia jatuh. Ini masalah yang harus diambil tindakan segera,” kata Taufan program Bincang Pagi terbitan MetroTV.
Jelas Taufan, perkara pertama yang menjadi persoalan ialah kenapa Emergency Locator Transmitter (ELT) tidak berfungsi sehingga memaksa kerajaan terpaksa melakukan siasatan.
“Kenapa harus dikatakan seperti itu, kerana Emergency Locator Transmitter (ELT) pesawat AirAsia QZ8501 tidak berfungsi, bahawa setelah jatuh ELT itu rosak, dan bagi teknologi pesawat ini tidak sepatutnya berlaku, bererti sijil kelayakan udara AirAsia ada tanda tanya yang besar,” katanya.
Perkara kedua kata beliau, perubahan jadual penerbangan yang menimbulkan pertanyaan ”Mengapa perubahan jadual itu boleh berlaku, di Indonesia tidak ada penerbangan AirAsia pada hari Ahad. Tetapi kenapa di Singapura ada jadual penerbangan.”
Pertanyaan ketiga kata Taufan, adakah jadual penerbangan sebuah kapal terbang sudah dibincangkan dengan Pegawai Operasi Penerbangan.
“Saya melihat semua ini prosedur standard yang tidak dilakukan. Ini tanggungjawab bersama, bukan kerajaan sahaja, saya kira operator penerbangan harus bertanggungjawab, ada kepentingan perniagaan, kerana perniagaan itu kepercayaan, kalau tidak ada kepercayaan kita akan jatuh,” ujarnya. – metrotvnews

2 comments:

  1. Iiyaa Pak, mistirius demi mistirius berlaku menghantui rantau ini. Bisa lihatin warga nya kebrantakan.
    Anih yaa tetangga kita Pak S****E aman banget.
    Harapin nggak ada unsur luar bisa nerobos lewat masalahan domestik Malaysia. Yaa ampuun.....

    ReplyDelete
  2. Ini semua cakap2 bahalol yamg tiada batas.

    Sendiri bahalol kata orang lain pulak.

    Bukan kali pertama terbang Ahad pun.

    Salam 1Bahalol sudah ke Indon kot.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa