Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, June 7, 2015

Adakah ini sebabnya PAS mahu kekal dalam PR?

Walau memutuskan hubungan dengan DAP dan tak suka serta tidak mahu membantu Wan Azizah namun kerana jawatan dan kedudukan dalam kerajaan Selangor PAS mahu kekal dalam PR?
Tak malukah mereka dengan alasan yang diberikan berbelit-belit?

Mereka tunggu keputusan Majlis Syura pula? Bukankah usul itu asalnya dari Dewan Ulamak yang juga salah satu badan yang melantik Majlis Syura? (tengok sini)
Adakah apa-apa peluang yang Majlis Syura tidak akan bersetuju dengan keputusan ahli-ahli di dalam Muktamar kalau ditengok kepada cara perlantikan Ahli-Ahli Majlis Syura Ulamak itu?

Usul Dewan Ulama tak jejas PAS Selangor
mk - 6:37PM - 6 Jun 2015

Walaupun kerajaan Pulau Pinang meminta supaya ahli PAS melepaskan jawatan dalam kerajaan negeri, namun perkara itu tidak akan terjadi di Selangor.

Exco Selangor Datuk Iskandar Abdul Samad memberi jaminan pentadbiran negeri itu akan berjalan seperti biasa memandangkan perkara yang dibawa oleh Dewan Ulama hanya sekadar usul dan ia belum diputuskan oleh Majlis Syura.

"Selangor akan berjalan seperti biasa. Seperti saya katakan, usul itu hanya dibawa untuk dibincang di peringkat lebih atas, Jadi tak bermakna usul itu diterima. Sebab ada juga usul yang tak dilaksanakan.
"Maknanya usul itu telah diluluskan untuk dibawa perbincangan," katanya yang baru saja memenangi jawatan Naib Presiden PAS dalam muktamar kali ini.

Iskandar yang juga Pesuruhjaya PAS Selangor menyatakan, di Selangor tidak sebarang masalah dihadapi ekoran usul dibawa - dan tidak dibahaskan - oleh Dewan Ulama semalam.

Bercakap kepada media selepas muktamar di Kuala Selangor itu berakhir, Iskandar berkata, kerja pemimpin PAS akan diteruskan seperti biasa di Selangor.

"Kita akan teruskan kerja kita sebab ada tanggungjawab kepada rakyat. Rakyat dah pilih kita atas nama Pakatan Rakyat, bermakna kalau kita berhenti atau membiarkan isu ini, ia akan mengganggu kita dan harapan rakyat telah kita khianati," katanya.

Terdahulu Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng mengeluarkan kenyataan meminta ahli PAS yang mendapat tempat dalam agensi kerajaan negeri supaya meletakkan jawatan.

Kata Lim, walaupun beliau tidak menghadapi masalah bekerja dengan sebahagian daripada ahli PAS, peletakan jawatan itu wajar kerana berkaitan dengan usul yang diluluskan tanpa bahas oleh muktamar.

Malah, bekas timbalan presiden PAS Mohamad Sabu juga berhasrat untuk melepaskan semua jawatannya dalam kerajaan Pulau Pinang minggu ini ekoran keputusan muktamar memutuskan hubungan dengan DAP.


# Ini pula cerita lutut dan siku yang keras dan tajam dari Yong Suka Kuning

22 comments:

  1. YAB Azmin kami penyokong parti PKR,dan ahli seumur hidup rakyat jati Selangor memohon YAB juga membuat gesaan sama,lucutkan jawatan semua EXCO,PBT dan juga mereka 2 dari parti PAS,cukuo cukuplah mereka ni mencelaru harubbiru kan misi PR ke Putrajaya,kepercayaan rakyat telah mereka nodai apabila Hadi Awang ingin ber UG dengan UMNO,mengenepikan persefahaman PR dan sentiasa membuka pekong di dada sesama PR,kami dah meluat dan menyampah...ketepikan geng Ularrmak PAS!SAY NO TO PASS,NO TO UG!YAB,jangan khianati amanah rakyat!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Klu betul lah perangai2 pemimpin Pas macam tu...Azmin kena ikut cara LGE...lagi pun Pas X kejar pangkat. ..

      Delete
  2. PAS sekarang boleh belah...

    ReplyDelete
  3. sendiri buat,sendiri tanggung la jangan beri seribu alasan.

    ReplyDelete
  4. antara jawatan dan perjuangan iman

    ReplyDelete
  5. Saya sokong 100% anonymous 10,58 pm.

    ReplyDelete
  6. Kpd YAB MB Selangor tolong reject tuan guru iskandartaik samad dari barisan Exco.Ini tuan guru lidah biawak ni.

    ReplyDelete
  7. Ha ha mimpi kut kerusi DUN betapa berbanding ngan PAS, aku minta sangat sangat lah jadi lah projek MB Khalid Ibrahim jadi kenyataan. Dah alang alang mencelup pekasam biar sampai kelengan tangan. Dah alang berperang biar jadi macam Syria atau Libya

    ReplyDelete
  8. Geng ustaz adalah geng penghafal yg cuba merendah geng pemikir (pofessionl)... Nibrealiti skrg lm pas... Geng pemikir adalah mereka yg belajar dulu gred 1 mankal geng penghafal adalah mereka yg dah lemah xbolh belajr yg biasa cuma tau menghfl... Bila dah pandai bukan nk ajar org tp nak kritik akibat perasan rendh dii dan kelemahan diri sendiri .. Tu sbb geng ni kurg pakai otak utk pikir tp cuma dgn dendam kesumat mereka... Bukannya target nak dakwah tp target nak kriik persan diri pandai... U pasal sanggup mengeboo org .. Ni le realiti perangi pas yg jd tukang hafal... Arap penghafal cuba guna otak uk berfikir plk...

    ReplyDelete
  9. jangan takut
    orang selangor akan ajar PAS dalam PRU14

    ReplyDelete
  10. Yg komen atas semua tu diam la...faham

    ReplyDelete
  11. Diam boleh tak yg komen atas tu

    ReplyDelete
  12. Orsng orang PAS ada nsfsu manusia juga dan menongkat langit juga

    Hanya di Selangor saja dapat membuat ke untungan besar baik elaun gaji dan kereta juga

    Najib pun nak kuasa di Selangor juga

    Yang pasti , tanpa PAS di Selangor , Pakatan Rakyat DAP dan PKR mampu menguasai lebih besar DUN

    Rakyat sudah jelas PAS parti politik GAGAL dan ber muka muka serta PENIPU macam Najib jugak.

    Tidak Bijak sangat.

    ReplyDelete
  13. Sekarang baru iskandar tak lena tidur malam ,baru beliau tahu langit tinggi atau rendah.selama ni selesa sangat dengan Hj hadi.MS dan putuskan dengan DAP dan nak kekal dengan Pakatan.maknaya dalam satu pingan ada ikan dan ada babi dan Pas serta ulamak Pas taknak makan babi tapi nak makan ikan je.WOI......apa hukamnya wahai Mursidol am pas.

    ReplyDelete
  14. Xpayah komen bermakna xpayah baca... So xpayah le ada kat sini.. Rupanya ramai yg tolol dlm pas ni... Xheran geng ni le bakal jd isis... Suka suka aja bunuh org...ikut sedap aja cara bunuh tu... Prlek betul le geng pantang d tegur ... Dia org ingat hadi awang tu maksum ke?

    ReplyDelete
  15. Itulah akibat buat keputusan ikut emosi sekarang sudah susah ma. Apa pun terima je akibatnya nanti. PAS sudah lama berjuang dan kekal hingga hari ini cuma tak mampu perintah tanpa bantuan dari rakan-rakan pakatan tp geng ustaz ni sudah merasakan bahawa PAS sekarang sudah kuat maka teruskan apa yang diputuskan oleh ulamak-ulamak ini.

    ReplyDelete
  16. Abe

    Keputusan DUPP dibuat secara "bodo" , pakai hentam keromo kerana tidak faham perlembagaan PAS, tidak sampai fikir tentang implikasi politik segera yang merugikan PAS. Begitu juga p3mimpin PAS yang pusat yang nyata tak faham perlembagaan PAS sehingga bermain silap mata dengan mengatakan muktamar menerima tanpa bahas usul untuk memutuskan hubungan dengan DAP tanpa bahas.

    Sepatutnya usul itu dibahas di muktamar dan dibuat pengundian di muktamar sebelum diterima sebagai dasar PAS. Ini melibatkan Dasar baru yaang besar yang perlu mendapat persetujuan muktamar kerana ia berkaitan d3ngan dasar tahalul siyasi yang ada yang dibuat oleh muktamar. Secara teknikalnya, pertama, JKP yang baru menyalahi perlembagaan dengan mengikut prosedur yang digariskan oleh perl3mbagaan kerana halangan kepada usul ini ialah tahalul siyasi sedia ada yang telah diluluskan oleh perl3mbagaan. Mana boleh cuba overide keputusan sedia ada yang dibuat oleh muktamar begitu sahaja. Kalau ada orang repot kepada ROS, PAS dibawah pimpinan baru akan menghadapi masaalah besar. Kedua, usul tersebut dgn sendiri terbatal yang menerimanya adalah JKKP dan DUPP, bukan Muktamar.

    Now, bila tersedar m3reka sudah silap dan yang paling mereka tak jangka ialah mmereka perlu melepaskan jawatan2 dalam pentadbiran, mereka sudah buat u turn taik kucing. Mereka sekarang mau MSU buat keputusan bagi k3putusan yg mereka dakwa sudah diterima ol3h muktamar.....sedangkan muktamar jauh lebih t8nggi dari keputusan MSU atau JKKP!....INI CARA ORANG PAHAM PERL3MBAGAAN PAS ATAU ORANG YANG BUTA PERL3MBAGAAN PAS.

    Satu lagi tok lebai2 tak bol3h pakai ini tak paham, tindakan2 yg bertentangan dengan perl3mbagaan ini memberi ruang kepada ROS untuk camportangan. Agak2 m3r3ka paham tak risiko ini?.....Saya boleh kata d3ngan sahih......mereka tak tahu kerana mereka kemampuan berfikir mereka xsampai sampai kesitu. A4OS s3karang buat tak tahu kerana keadaan s3karang menguntungkan UMNO....dgn pe4angai tok lebai yang m3mimpin PAS sekarang xmustahil akan menyusahkan UMNO.

    ReplyDelete
  17. Saya rasa Pas sekarang nie berada dalam dilemma Ostad berbini dua. Bini ostad yg tua suruh cerai isteri muda atas sebab2 tertentu. Tapi ostad dapat merasakan nikmat dan sedap ngan bini muda. Ostad nampak lebih segar dan bertenaga menjalankan tugas2 bila dapat isteri muda. Atas sifat kesetiaan pada isteri tua ostad terpaksa mengalah walaupun kelazatan beristeri muda x dapat dinafikan. Ostad pun guna jalan selamat. Cerai talak 1. Bila perlu ostad akan rujuk ngan bini muda.

    ReplyDelete
  18. PAS tidak akan tunduk dengan kafir DAP dan melayu yg jadi macai DAP, hilang jawatan bukan satu perkara besar bagi PAS, yang menjadi ketakutan macai2 kat sini ialah kuasa DAP akan hilang sekiranya PAS putuskan hubungan dengan DAP, tertutup lah periuk nasi macai2 kat sini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pahtu tunggu apa lagi?letak jawatan sekarang.Ada berani?sembang kencang boleh pulakkk.Nampak sangat bofoh.

      Delete
  19. Org pas takut dgn bayang bayang sendiri.. Akibat kelemahan diri dan rendah diri dlm pergaulan dgn dap dan pr maka d cipta koninnya jd talibarut dap .. Padahal dap bertanding xsampai 60 kerusi iaitu xsampai pun 1/3.. To dek takut geng ustaz l azhar cipta konsep jd mcai dap.. Politik pas adalah politik org yg lemah dan kurg percaya ke diri sebdiri,. Nile geng ustaz bila lemah spm pi belajar agama.. Otak menghafal dan tidak mau berfikir dibawa bersama.. Yg kesian rakyat.. Tgh struggle dgn gst xdhirau,.. Tp geng ni bawa isu lain semata mata menjadi tali barut amno.. Pas sekarg adalah tali barut amno.. Ni le geng ustaz al azhar...

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa