Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, June 3, 2015

Menghina atau menyindir ni?

Hanya pemimpin sampah sokong Najib – Zam

 | June 1, 2015
Menteri Kabinet yang menyokong kepimpinan Najib adalah mereka yang sudah hilang integriti dan autoriti.
Zainuddin_najib_600PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan tenggelam dalam timbunan sampah jika hanya ‘pemimpin sampah’ yang menyokong beliau.
Ini kerana, kata Bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin, Menteri Kabinet yang menyokong kepimpinan Najib adalah mereka yang sudah hilang integriti dan autoriti.
Katanya,Menteri Kabinet itu juga daripada mereka yang menyeleweng dari parti asal atau dari parti yang sudah bankrap,orang yang tidak lagi diterima bukan sahaja oleh rakyat biasa tetapi dipandang serong oleh orang UMNO sendiri.
“Maka itu eloklah dari meletak jawatan yang akan memecahkan belahkan parti dan kerajaan maka seorang demi seorang Menteri Kabinet muncul di TV3 menyerang balas kritikan Tun Dr Mahathir Mohamad.
“Jangan biarkan Najib kelihatan keseorangan dalam perjuangan mempertahankan diri walaupun beliau telah mendakwa di Perlis bahawa beliau tidak keseorangan,” tulisnya di blog www.zamkata.blogspot.com.
Zam berkata, tindakan Najib mencabar anggota kabinetnya meletak jawatan jika tidak bersamanya adalah sesuatu yang mustahil.
Sebaliknya, Najib sepatutnya mencabar anggota kabinetnya supaya menyerang balas kritikan Dr Mahathir di stesen televisyen milik kerajaan dan di akhbar-akhbar arus perdana.
“Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin,Timbalan Presiden UMNO Muhyiddin Yasin, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Mohd Shafie Afadal sepatutnya berbuat demikian. Dengan itu tidaklah Najib berada dalam krisis keyakinan diri yang amat runcing.
“Turut menjadi persoalan besar adalah mengapakah kenyataan Zahid yang popular dalam UMNO tidak jelas pendiriannya,” katanya.

Kaitan sebelum: Letak jawatan jika tidak bersama saya

1 comment:

  1. ZAM boleh ber bangga kerja untuk TUN

    Malaysia macam mana pun maju di bawah TUN

    TUN sudah makan duit rakyat itu TUN tanggung tapi TUN tak buat Rakyat se hina Najib buat sekarang ini

    Kabinet yang ada semua nya subahat dengan Najib aniaya Rakyat

    Yang pasti Juta Juta Rakyat tidak halal kan tindakan Najib dan Kabinet nya sampai KIOK

    ZAM sindir dan hina Najib dan Kabinet nya terang terangan

    Tindakan berani kerana benar pun

    Semua nya sudah TUA dan BERKUASA masih gagal mengawal Nafsu Menongkat Langit dan langgar perintah ALLAH SWT menipu aniaya Rakyat tuk ke untongan sendiri

    Tidak Cerdik

    Sefih nya semua Melayu beragama Islam , dan masa kechik ada belajar Agama Islam pulak tu

    Masya Allah

    Yang jelas , Najib dan Kabinet tak takut ALLAH SWT dan Seksa Kubor

    Moga moga semua nya minta ampun pada Rakyat dan ALLAH SWT sebelom KIOK

    YA ALLAH SWT AMPUN LAH DOSA DOSA KU
    AMPUN AMPUN AMPUN YA ALLAH

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa