Tsunami pro ulama di Pemilihan PAS
Astro Awani |Kemas kini: Jun 05, 2015
(Diterbitkan pada: Jun 05, 2015 00:45 MYT)
(Diterbitkan pada: Jun 05, 2015 00:45 MYT)
KUALA SELANGOR: Pemilihan Muktamar PAS kali ke-61 yang selesai pada Khamis menyaksikan satu 'tsunami' oleh perwakilan apabila keputusan berpihak kepada golongan yang dilihat pro ulama di dalam parti itu berbanding kumpulan pro profesional bagi mewakili mereka di peringkat kepimpinan Pusat.
Datuk Seri Abdul Hadi Awang berjaya mengekalkan jawatan Presiden PAS bagi penggal 2015/2017, sementara kejutan bagi jawatan Timbalan Presiden apabila pencabar, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berjaya menewaskan penyandang Mohamad Sabu.
Dalam saingan Naib Presiden pula, perwakilan memilih Idris Ahmad, Datuk Mohd Amar Abdullah dan Datuk Iskandar Abdul Samad, menewaskan Salahuddin Ayub, Datuk Mahfuz Omar, Datuk Husam Musa.
Hadi, 68, mengekalkan jawatannya itu selepas mengalahkan pencabarnya Ahmad Awang dengan jumlah undian sebanyak 928 undi dan majoriti 695 undi.
Ahmad Awang yang sebelum ini menjawat jawatan naib presiden PAS hanya mendapat 233 undi
Keputusan itu diumumkan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan, Asmuni Awi pada jam 10.15 malam tadi di Muktamar yang berlangsung di Stadium Tertutup Kuala Selangor, Selangor.
Seramai 1,189 perwakilan mengundi pada pemilihan kali ini.
Abdul Hadi yang sebelum ini telah memegang jawatan itu selama 13 tahun sejak mengambil alih dari mantan presiden Allahyarham Datuk Dr Fadzil Noor pada 2002, akan memimpin parti itu untuk tempoh dua tahun lagi sehingga 2017.
Kemenangan itu akan menjadikan Abdul Hadi sebagai Presiden PAS paling lama memegang jawatan itu.

Sementara itu Tuan Ibrahim menewaskan Mohamad Sabu atau Mat Sabu bagi jawatan Timbalan Presiden dengan majoriti sejumlah 602 undi.
Tuan Ibrahim (kanan) menewaskan Mohamad Sabu dengan majoriti sejumlah 602 undi. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar
Bagi jawatan Naib Presiden, Idris Ahmad memperoleh 896 undi, Datuk Mohd Amar Abdullah 710 undi dan Datuk Iskandar Abdul Samad 672 undi untuk dipilih menduduki kerusi itu.
Mereka menewaskan Salahuddin Ayub yang hanya sekadar meraih 435 undi, Datuk Mahfuz Omar 378 undi dan Datuk Husam Musa 317 undi.
Sementara itu bagi 17 jawatan Ahli Jawatankuasa Kerja PAS rata-rata didominasi ahli pro ulama kecuali Mazlan Aliman.
Muktamar tahunan PAS ke-61 kali ini berlangsung dari 4 hingga 6 Jun.
Kita harap depa tu d beri amanah dpt buat keje dan bkn aja dok sibuk ceramah seterusnya tunggang langgang.. Tempuh dua tahun akan menyaksikan geng ulamak ni cuma tau ckp ke tau buat keje...
ReplyDeleteTerbaik lah barisan kepimpinan PAs kali ini...barisan yg akan mnjadi barua dan pecacai utk umnuuu..
ReplyDeleteudah2la fitnah kt org...pas x teringin pun nk tinggal...x baik buruk sangka...gerak kiri kata muka x malu duk dlm pr...gerak kanan kata muka x malu nk duk dgn umno...udahla...
ReplyDeleteUG boleh bermimpi indah malam ni, hari-hari seterusnya mungkin boleh menjadi seperti mimpi... yang amat ngeri cuma bezanya mereka tidak tidur.
ReplyDeleteTidak cerdik benar orang orang PAS ini ye
ReplyDeleteaKU NAK TENGOK, GELAK DAN SENYUM SINIS nakmelihatkan bagaiman mereka dipermainkan umno, wahai lebai malang.
ReplyDeletekesian2 pak2 ostad mengaku ulama perangai macam umno...hahahahahhahahha..najib dan kak mah tidor lena
ReplyDeleteLihat sebelum profesional masok Pas nampak layu tapi bila berjaya mereka pinggir mereka. Wahai pemimpin ulama pangkat dan kedudokan dugaan., tiba tiba yang tak berapa menonjol naik ini musykil.
ReplyDelete