Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, June 4, 2015

Khalid lepaskan tanggungjawab atau bosan dengan soalan?

'Tanya ketua pengarah SB,' kata KPN mengenai penguatkuasa sempadan terlibat rasuah
Azyyati Ahmad,Astro Awani |Kemas kini:Jun 04, 2015
(Diterbitkan pada: Jun 04, 2015 14:14 MYT)

'Tanya ketua pengarah SB,' kata KPN mengenai penguatkuasa sempadan terlibat rasuah
Khalid enggan mengulas lanjut mengenai perkara berkenaan, mahu pemberita rujuk kepada Pengarah Polis Cawangan Khas Sendiri - Foto Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mahu agar isu pendedahan Polis Cawangan Khas (SB) bahawa 80 peratus kakitangan keselamatan negara dan pegawai penguatkuasa di sempadan Malaysia terbabit rasuah, dirujuk kepada Pengarah Polis Cawangan Khas sendiri.

Bagaimanapun, Khalid enggan mengulas lanjut mengenai perkara berkenaan.

“Tanya pengarah SB sendiri. Telefon dia dan tanya sendiri, dia ada butir-butirnya,” katanya kepada pemberita.


Pada Rabu, sebuah akhbar tempatan mendedahkan peratusan mengejut hasil laporan SB berhubung kakitangan keselamatan dan pegawai penguatkuasaan negara di sempadan Malaysia yang terlibat dengan rasuah.

Pegawai tersebut didakwa menerima bayaran tetap daripada sindiket yang menguruskan dadah, senjata api dan penyeludupan manusia.

Sumber itu berkata, SB menghantar maklumat yang dikumpulkan kepada agensi terlibat namun tiada tindakan diambil.

Khalid ditemui selepas majlis penyerahan bendera Sang Saka Biru kepada kontinjen PDRM yang menyertai kejohanan 'Police and Fire Games 2015' di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) di sini Khamis.

2 comments:

  1. Dah betullah apa yg dikatakan oleh KPN itu, banyak sangat gangguan kpd aktiviti tweeternya.

    ReplyDelete
  2. rasuah dimana2 sj. malu pd non muslim. berteriak berdegar2 islam itu, islam ini tp rasuah tak henti2. malu pd bukan islam

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa