Pakatan Rakyat yang sebenar adalah rakyat yang menolak rasuah, penyelewengan, ketidakadilan,dan perkauman
COMMENT
Oleh Yasir Tamizi
Jangka hayat Pakatan Rakyat, yang pernah menjadi harapan majoriti rakyat Malaysia, sudah hampir tamat.
Ia bukan disebabkan dasar Barisan Nasional yang semakin baik, tetapi kemerosotan prestasi politik Pakatan Rakyat (PR) yang semakin teruk.
Mirip kegagalan Barisan Alternatif pada tahun 2004, inilah yang sedang terjadi kepada muafakat politik yang terbentuk pasca pilihanraya tahun 2008.
Kerjasama hari ini, sekadar bersyiarkan nama PR tetapi tindak dan kata komponennya menjurus perpecahan yang makin melarat.
Rakyat sendiri, walaupun menolak parti pemerintah, sudah jelek, letih dan meluat dengan perangai terkini parti-parti komponen PR dan watak-watak pimpinannya yang khianat kepada kepercayaan yang diberikan pada idea bersama PR.
Kebongokkan yang terjadi hari ini membuktikan idea PR, yang pernah menjadi pilihan 51% rakyat Malaysia yang mengundi, sebenarnya bukanlah semata-mata gabungan tiga parti politik, PAS, DAP dan PKR itu.
Jadi, siapakah sebenarnya PR? Apakah idea yang menjadi harapan rakyat?
PR yang sebenar tidak lain dan tidak bukan, adalah rakyat itu sendiri.
PR yang sebenar adalah rakyat yang menolak rasuah, penyelewengan, ketidakadilan, kejumudan, perkauman, pembodohan, pelampau, politik yang tidak konstruktif dan penolakan dasar ekonomi yang membebankan rakyat.
PR yang sebenar adalah rakyat yang percaya dengan nilai kebersihan urustadbir, keadilan, keterbukaan, kesatuan, kebebasan, keilmuan, kemajuan, kebertanggungjawaban, kesederhanaan, politik konstruktif yang menumpukan potensi besar negara dan dasar ekonomi yang menyebelahi rakyat.
PR yang sebenar bukanlah pakatan parti-parti politik sahaja tetapi pakatan rakyat sesama rakyat, kita sesama kita.
Tiada lagi ketaksuban kepartian. Tiada lagi palitan kisah lama dan pautan fahaman yang kolot. Yang ada adalah gerakan rakyat yang jujur, konsisten dan padu.
Bila tiba masanya barangkali, dengan proses demokrasi, semangat Pemasyhuran Kemerdekaan, prinsip dan cita-cita yang termaktub dalam Perlembagaan dan Rukun Negara, rakyat sendiri yang akan membawa perubahan ke arah kebaikan kepada negara, untuk semua, merentasi perbezaan dan menjangkaui potensi negara yang sebenar.
Hasil tarbiah UMNO kepada PAS melalui meteri Agama Malaysia telah berjaya memadamkan hasrat PR untuk melenyapkan UMNO di arina politik Malaysia,syabas menteri agama yang telah main peranan hudud untuk memecahbelahkan PR jika tidak mungkin dalam PRU14 nanti UMNO akan lenyap dengan isue-isue yang begitu panas sekarang ini.
ReplyDeletehasil didikan britis pada omno berjaya jadikan negara ini seperti yang
ReplyDeletedikehendaki
kalau dengan adanya pru bn kalah masih ada lagikah pru
Saya tak salahkan british mau pun ameno.......bagi saya gulungan yg mengaku ulama gagal mengikut sunnah, malah terlalu bongkat dgn ilmu dan kewalian dan kewalaan sedangkan kita berada di akhirzaman. Ulamak dah jadikan islam masuk melayu.
ReplyDeleteBENAR 10.41, yg dikatakan ulamak yg berjuang atas pentas politik berjuang utk memelayu kan ISLAM...ISLAM masuk melayu.
DeleteBENAR 10.41, yg dikatakan ulamak yg berjuang atas pentas politik berjuang utk memelayu kan ISLAM...ISLAM masuk melayu.
DeletePAS yang jadi LAHANAT
ReplyDeleteTu masalah nya
Orang orang Melayu BODOH !!!!!
Sudah tahu PAS hanya jaja jaja agama pun di sokong
Dan Orang orang Melayu konon nya menyokong PAS kerana Islam juga lah manusia paling kuat makan dan minta RASUAH
Bahalol SAJA
Terus terang aku tak percaya lagi pada PR. Mereka lah pemimpin-pemimpin yg terlalu bermasaalah. Pemimpin beginikah yg kita harapkan bagi membela nasib kita?. Mereka tak ubah sekawan budak tadika yg sedang mementaskan drama pada akhir sesi persekolahan. Tiada kualiti langsung. Buat malu pd Umno yg sentiasa mentertawakan PR. Hanya sekadar menjadi bahan ejekkan mereka. Aku malu menyebut yg diri aku sebagai penyokong PR. Jelasnya aku muak dan mula rasa tertipu oleh puak haprak ni.
ReplyDelete