Tapi mungkin percaya dan yakin yang terpaksa?
'Malam ini, saya dan Rosmah tidur nyenyak'
mk - 3:59PM - 4 Jun 2015
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak merasa lega dan berkata beliau dan isterinya boleh tidur nyenyak malam ini kerana BN Sarawak BN jelas begitu ikhlas menyokongnya.
"Ketua Menteri Sarawak (Tan Sri Adenan Satem) tadi kata awak tidak
berseorangan, saya sambut dengan (berkata) saya gembira kerana saya tidak berseorangan.
"Malam ini saya boleh tidur nyenyak, isteri saya pun boleh tidur nyenyak, kami tidur sebantal, mimpi pun sama, kami rasa lega kerana Sarawak BN jelas begitu ikhlas menyokong, saya boleh baca hati orang," katanya Najib dalam laporan Bernama.
Perdana menteri menegaskan demikian ketika berucap di majlis pemimpin bersama rakyat #sarawakfornajib di Stadium Perpaduan di Kuching hari ini.
Menurut Najib, beliau adalah perdana menteri yang paling kerap melawat Sarawak, dan kehadiranya tidak pernah dengan tangan kosong.
Bernama melaporkan Najib berkata bahawa dalam tempoh lima tahun pentadbirannya, beliau telah meluluskan peruntukan pembangunan berjumlah lebih RM1 billion secara ‘serta merta’ buat pelbagai projek di Sarawak.

No comments:
Post a Comment
Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa