Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, June 2, 2015

Yassin?

Saya tahu siapa Yassin - Ketua Polis Negara

Huzaifah Abd Jamil,Astro Awani |Kemas kini:Jun 02, 2015
(Diterbitkan pada: Jun 02, 2015 19:14 MYT)

Saya tahu siapa Yassin - Ketua Polis Negara
"Jadi kita tahu siapa dia (Yassin). Biarlah kita jalankan siasatan dengan lebih dalam berkenaan itu,- jelas Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.
KUALA LUMPUR: Polis berjaya mengenalpasti identiti agen sindiket penyeludupan manusia yang menjadi dalang dalam kes pemerdagangan manusia di Wang Kelian, Perlis.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam masa sama memaklumkan, polis kini masih menjalankan siasatan terhadap individu yang dikenali sebagai ‘Yassin’ itu sebelum suspek terbabit dibawa ke muka pengadilan.

“Untuk makluman semua, dalam kalangan rakyat Rohingya, nama Yassin tu nama biasa, macam Aung tu bukan Muslim, yang muslim ni Yassin.

“Jadi kita tahu siapa dia (Yassin). Biarlah kita jalankan siasatan dengan lebih dalam berkenaan itu,” jelasnya.

Khalid turut memberitahu, pihak polis tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang terbabit dengan jenayah pemerdagangan dan penyeludupan manusia.

Pengerusi Persatuan Rohingya Malaysia Kedah, Mohd. Noor Abu Bakar sebelum ini mendakwa, beberapa penjenayah yang menjadi ejen sindiket terbabit menggunakan nama 'Yassin' sebagai nama samaran dipercayai bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.

Khalid ditemui dalam sidang media selepas Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai-Pegawai Kanan Polis di Bukit Aman pada Selasa.

Majlis berkenaan juga menyaksikan Majlis Serah Terima Tugas Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) dengan pelantikan pengarah barunya Datuk Jamshah Mustapa yang sebelum ini dipangku Datuk Abdul Ghafar Rajab.

Mengulas mengenai penglibatan anggota penguatkuasa tempatan dalam aktiviti penyeludupan dan pemerdagangan manusia, Khalid bertegas tiada kompromi bagi menghukum pesalah terbabit.

"Saya dah sebut sebelum ni, kita tidak akan berkompromi, kita tidak akan membiarkan ahli-ahli badan penguatkuasa yang terlibat, kita tidak akan membiarkan (mereka). Biarlah kita kumpul bukti-bukti dulu dan jalankan siasatan... kita akan siasat,” ujarnya.

Khalid sebelum ini tidak menolak kemungkinan pembabitan anggota keselamatan negara termasuk anggota polis dalam sindiket penyeludupan manusia yang bertanggungjawab atas kematian pendatang pelarian yang ditemui dalam kubur besar di Wang Kelian.

25 Mei lalu, VAT-69 telah menemui 139 kubur pelbagai saiz di kawasan seluas 11 kilometer persegi di gunung Perlis dekat Wang Kelian, Perlis.


# esok malam saya akan tiba balik di Kota Bharu jam 10.05PM setelah kali kedua 2 minggu di KL. Jadi rasanya untuk update blog tidak akan terhalang

5 comments:

  1. bila pakai pangkat jangan lupa Allah dan Nabi Muhammad
    agar tidak jadi lupa akan amanah yang dipikul
    akan dipersoal diakhirat itu pun jika yakin
    tak ramai yang berpangkat berani pertahankan harga diri
    manusia n pangkat

    ReplyDelete
  2. Kes abang dia pun Buat carca marba je.tak yah nak bermuka muka bro.

    ReplyDelete
  3. Lahanat mana ada kesah hidup mati dalam KUBOR pun

    Semua sudah di pau pau oleh Mat Kampau kalau tak macam mana boleh ada bisiness sejak 5 tahun

    Mat Kampau semua kaya kaya rumah sewa 3-5 biji....

    Mana boleh Mat Kampau tangkap geng Mat Kampau jugak....

    ReplyDelete
  4. Ternyata amat cetek pengetahuan am KPN ni. Dinegara Burma (baca: Myanmar), semua org muslim dinegara itu memakai nama Burma mereka. Aung juga merupakan salah satu 'surname' yg mereka pakai. Ini bagi memudahkan mereka menjadi rakyat Burma yg diterima secara am. Aung tidak ada kena mengena dgn identiti agama. Walau bagaimanapun, dlm pergaulan sesama masyarakat muslim, mereka lebih suka mengenalkan diri mereka dgn nama muslim saperti Yasin, Yusof dll. Sungguh memalukan rakyat Malaysia mempunyai KPN saperti ini.

    ReplyDelete
  5. KPN jenis lulus SPM macam tu la. Ambil ijazah semasa berkhidmat. Mentality tetap tahap SPM.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa