Meraka ni berkhidmat dan makan gaji untuk rakyat atau untuk siapa?
SPR yang tidak pernah mendengar suara rakyat
10:30AM Jun 02 2015
oleh Rama Ramanathan
SUARA LANTANG: Orang ramai tahu yang Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) memang tidak tahu malu. SPR memasukkan Malaysia ke dalam rekod kebodohan. Kitalah satu-satunya negara yang merasakan dakwat kekal adalah tidak kekal. Sehingga hari ini, SPR tidak mempertanggungjawabkan sesiapa ke atas kegagalan itu.
Suruhanjaya Pilihanraya negara lain bersungguh-sungguh untuk menjalankan pilihanraya yang bersih. Mereka berusaha untuk memastikan adanya kerajaan sementara, akses media sama rata kepada semua parti, denda kepada calon yang menggunakan jentera kerajaan untuk parti, pembaziran dan sebagainya.
Di sini, SPR kita nampaknya seperti berpakat dengan parti pemerintah untuk mengekalkan kuasa mereka. Lebih buruk, ramai juga yang merasakan SPR tidak menghormati perlembagaan dan kehakiman.
Kes terbaru adalah persempadanan semula di Sarawak. Selepas menangguh terlalu lama, SPR akhirnya patuh kepada Dewan Undangan Negeri Sarawak: ia akan mewujudkan 11 DUN baru menjelang Pilihanraya Negeri yang perlu diadakan paling lewat tahun depan.
SPR terus menjadi buta dan pekak terhadap bantahan orang ramai, yang melalui Bersih 2.0 telah memobilisasikan rakyat bagi mengembalikan demokrasi. Rakyat telah bersuara dan bertindak. Mereka berkata “cukuplah dengan demokrasi yang berpura-pura, baiki keseluruhan proses pilihanraya, daripada pendaftaran pengundi kepada sempadan kawasan dan pengiraan undi”.
SPR masih buta dan pekak, dan walaupun telah dinasihatkan oleh Persatuan Hak Asasi Manusia (Proham) yang dilantik Yang di-Pertuan Agong untuk berkhidmat dalam Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam).
Rakyat – melalui kumpulan seperti Bersih 2.0 dan Tindak Malaysia – menggunakan Google Maps dan teknologi lain bagi memantau persempadanan yang dijalankan SPR. Mereka turut menyertakan pakar pilihanraya dan perundangan. Mereka mendidik rakyat tentang apa yang digariskan Perlembagaan, dan bagaimana SPR mencipta undang-undang baru. Mereka membongkarkan kesalahan yang lama disembunyikan SPR.
SPR masih lagi buta dan pekak. SPR dan kerajaan berkata, “seorang satu undi tidak terpakai di Malaysia”. SPR terus membuat persempadanan semula di Sarawak.
Rakyat bangkit sekali lagi. Sekumpulan lebih 100 orang menggunakan hak mereka untuk membantah kebodohan yang SPR sifatkan sebagai “hal biasa”. Mereka memetik Perlembagaan dan mendesak SPR patuh. Mereka membangkitkan pelbagai persoalan kepada SPR.
SPR mencipta undang-undang baru: pendengaran tertutup, tiada peguam kecuali yang turut tinggal di kawasan parlimen yang terlibat serta waktu pembentangan yang singkat. Rakyat memberi respon. Mereka memberi taklimat kepada media setiap kali selepas bertemu dengan SPR. Mereka menyuarakan bantahan di internet.
Hal lain pula berlaku. Sebelum SPR memulakan pendengaran tertutup dan tergesa-gesanya, naib pengerusi PKR Sarawak See Chee How dan pengundi Ulu Baram Paul Baya mencabar SPR di mahkamah. Mereka mengemukakan bukti bahawa SPR menghina Perlembagaan. Mereka meminta mahkamah mengisytiharkan persempadanan semula SPR sebagai tidak sah.
Mereka mendakwa SPR telah melakukan beberapa kesalahan, dan hujah SPR bahawa “itu memang cara biasa” adalah bodoh. Memperlekehkan Perlembagaan bertahun lamanya tidak bermakna tindakan itu betul! Berikut adalah beberapa kesalahan yang mereka dakwa dilakukan SPR:
- SPR menerbitkan notis di akhbar yang tidak disebarkan secara meluas.
- Tidak memberikan maklumat yang cukup kepada pengundi untuk mereka menentukan kesan perubahan dan memutuskan untuk setuju atau tidak.
- SPR mencadangkan perubahan kawasan parlimen sebelum ia diluluskan Dewan Rakyat.
- Dokumen yang dipamerkan SPR di bagi orang ramai menilai “cadangan” berbeza dengan dokumen yang disiarkan di akhbar.
- Maklumat itu jauh lebih kurang berbanding apa yang dipamerkan SPR sepuluh tahun lalu.
Dakwaan-dakwaan ini disokong dengan bukti kukuh, dan merupakan satu lagi siri dakwaan yang dibangkitkan Bersih 2.0 dan lain-lain terhadap SPR.
Namun begitu SPR memilih untuk mengabaikan proses kehakiman kerana seperti isu dakwa kekal, “SPR lebih mengetahui”. SPR meneruskan sesi pendengaran, bukannya menangguhkannya bagi menunggu keputusan mahkamah.
SPR bukan sahaja meneruskan pusingan pertama rundingan “awam” itu, ia juga membuat pusingan kedua!
Keputusan mahkamah sudah tiba. Mahkamah mengisytiharkan SPR bersalah. Adakah SPR akan terus memperlekehkan kehakiman? Atau mengakui kesalahan mereka? Tentu sekali tidak.
SPR telah membuat rayuan. Selepas termasuk dalam rekod kebodohan, mereka nampaknya mahu memasuki rekod penghinaan pula.
Rama Ramanathan adalah seorang jurutera dan pernah menjadi Pemimpin Kualiti (Asia Pacifik) di dua buah syarikat multinasional AS sepanjang dua dekad lalu. Penat mengembara, beliau kini tinggal di KL dan menumpukan perhatian untuk menjadi jiran dan warga yang baik.
SPR ini lahanat bangsa negara
ReplyDeleteKetua Nya sembah Ketua Besar UMNO
Tu sebab mesti kasi UMNO memang walau bagaimana cara pun
Mentedarah gaji dari cukai Rakyat , sudah di ajat jadi Lahanat dari kechik kechik lagi
Orang orang Melayu semua nya pun
Yang kencing bodoh dan bahalol kan bangsa sendiri hanya orang orang Melayu jugak
Baik dalam PAS dan UMNO sama saja , menongkat langit dan MENIPU sampai KIOK.
Tu sebab tengok mana mana saja , yang papa kedana miskin orang orang Melayu saja
Mat Kampau pun merata rata orang orang Melayu jugak
Bahalol !!!!!
manusia yang menguruskan sesebuah jabatan bila sudah tidak ada pegangan
ReplyDeleteyang kuat terhadap amanah akhirnya nampak bermacam kerenah
Selagi mengunakan dakwat selagi itu ada pinipuan. Negara dah maju IT apa pasal tak guna electronik voting cuma tekan button dan keputusan cepat dapat.Jangan perbodohkan rakyat
ReplyDelete