Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, June 5, 2015

"Tidak ada masalah. UMNO selalu buat macam ini”: ungkapan berkias?

‘Boo’ saya hanya merosakkan imej parti Islam –  Hanipa Maidin
TRP - UPDATED: Jun 4, 2015 07:33pm
KUALA  SELANGOR, 4 Jun:
Tindakan mengejek ‘boo’ kepada pemimpin parti yang berucap di atas pentas muktamar hanya merosak imej Islam yang dibawa oleh PAS kata Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Hanipa Maidin.
“Bagi saya kalau kena boo bukan masalah saya, masalah orang yang boo itulah.
“Kalau kamu mengaku kamu ahli parti Islam, kamu boo, imej kamu yang buruk. Imej orang yang kena boo tidak ada masalah,” katanya ketika ditemui The Rakyat Post.
Terdahulu, Hanipa dalam Muktamar Tahunan PAS Ke-61 berucap mempertahankan diri berhubung kenyataannya yang sering bertentangan dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Jelas Hanipa, beliau hanya mempertikaikan mekanisme yang digunakan membawa undang-undang berkaitan hudud ke Parlimen.
“Adakah salah jika buat teguran?” soal Hanipa dan kemudiannya di boo oleh para perwakilan dan pemerhati di Stadium Tertutup Kuala Selangor.
“Dalam Parlimen saya sudah biasa (dikecam), tidak ada masalah. UMNO selalu buat macam ini,” katanya.
Mengulas lanjut perkara itu, Hanipa berkata tindakan beliau mengulas soalan yang dibangkitkan oleh perwakilan daripada Segambut itu hanya prosedur biasa.
“Dia tanya soalan, saya kena jawab. Itu hanya normal prosedur.
“Bukan perwakilan pun yang boo, hanya pemerhati. Saya tidak ada masalah,” katanya.

3 comments:

  1. Budaya baru ularmak pas geng ug yg bawa... Depa yg lupa diri setelah pemergian tok guru... Tahniah pasug yg sudah berubah berpengai mcm amno yg mengeboo pemimpin sendiri.. Ni kah ajaran baru dr ulamak sedunia hadi awang... Pantang d tegur geng nya sanggup mati tu...

    ReplyDelete
  2. Ada beza nya pemimpin ber fikir , ber pelajaran dan professional

    Hanipa ini contoh ter baik

    Pemimpin PAS yang ada kini hanya lah manusia yang GAGAL mahu menongkat langit dengan menipu dan menjaja jaja ayat ayat Agama Quran dan Islam

    Amat tidak cerdik lagi bila EMOSI mengawal diri pemimpin PAS ini yang tidak belajar malah bahalol

    Contoh terbaik Hadi , Tuan Ibrahim , Nik Amar dan Ahmad Yakob

    Tanpa di sedari prmimpin PAS ini menghancur kan bangsa mereka sendiri , juga membawa pemikiran PAS ke Zaman Batu sehingga tiada tempat di arus politik negara

    Tiada Rakyat mahu kan Pemimpin GAGAL Jenama PAS

    PRU14 adalah tarikh akhir kewujudan dan kepupusan PAS di Malaysia

    ReplyDelete
  3. Ajaran baru yang dibawa oleh hadi and the geng.itu wajib bagi geng ulama.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa