01:30PM Jun 05 2015
oleh Robin Stanley Augustin
FOKUS: Internet kadang-kala menyajikan kisah yang menyayat hati serta sanubari.
Berikutan laporan The Star tentang lapan rumah Orang Asli yang dimusnahkan di hutan simpan Gunong Arong, para pengguna Internet pantas menghulur bantuan dan bersuara bagi pihak mangsa.

Menurut laporan tersebut, hampir 100 pegawai penguatkuasa merobohkan rumah-rumah di situ pada 2 Jun, menyebabkan 50 penduduk suku kaum Jakun termasuk 20 kanak-kanak sekolah kini tidak memiliki tempat tinggal.
Wakil penduduk Awang Rambai berkata komuniti itu telah tinggal di situ selama 6 tahun dan mendakwa mereka berhak ke atas hasil hutannya.
“Kami menulis kepada jabatan berkenaan, pejabat Menteri Besar serta perdana menteri tetapi tidak mendapat sebarang maklum balas,” katanya, sambil menambah bahawa mereka diarah berpindah ke Kampung Kerpan di Rompin beberapa bulan lalu, namun enggan berbuat demikian kerana tidak mampu mendapat hasil dari tanah di lokasi baru itu.
Awang mempersoal mengapa kerajaan memberi hutan simpan itu kepada para pembalak tetapi tidak membenarkan Orang Asli menginap di situ. Ini turut disuarakan penyelidik/sukarelawan Pusat Kebajikan Orang Asli Chung Yu Fan yang berkata tanah diberi kepada para pembalak dan pelombong melebihi keluasan dua hektar yang diduduki penghuni Orang Asli.
Sementara itu pengarah Jabatan Perhutanan Johor Mohd Ridza Awang berkata jabatannya telah memberi tempuh melebihi setahun kepada penduduk tersebut bagi berpindah. Mereka juga telah dirujuk kepada Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa).
Katanya kawasan kampung yang diduduki merupakan hutan simpan kekal dan tidak dimiliki Orang Asli.
Pengarah Jakoa Hasnan Hassan berkata beliau akan menyiasat insiden rumah Orang Asli dimusnahkan kerana jabatannya pernah memohon penangguhan.
Mujurlah ramai pengguna Facebook bertindak menyelar kerja merobohkan rumah penduduk itu dan menggesa kerajaan membantu mereka.
Namun kemusnahan telahpun berlaku.
Ia menyebabkan trauma kepada para penduduk Orang Asli terutama kanak-kanak sekolah yang menyaksikan rumah mereka dirobohkan.
Isiden ini tentu bakal memberi kesan kepada pembelajaran mereka berbanding pelajar-pelajar lain.
Kenyataan ketua kampung Awang serta Pusat Kebajikan Orang Asli bahawa pembalak dan pelombong diberi tanah lebih luas begitu membimbangkan.
Mengapa pembalak dan pelombong dibenar bertapak di hutan simpan, bahkan boleh beroperasi di tapak yang lebih luas?
Dari kenyataan Jabatan Perhutanan dan ketua pengarah Jakoa, jelas terdapat masalah komunikasi.
Mengapa Jabatan Perhutanan tidak mengendahkan permintaan Jakoa bagi penangguhan?
Mengapa kerja-kerja merobohkan diteruskan Jabatan Perhutanan tanpa memastikan Orang Asli mempunyai tempat bagi berpindah terlebih dahulu?
Sikap “tidak apa” ini telah memberi kesan kepada 50 penduduk termasuk kanak-kanak sekolah. Pastinya semua ini dapat diselaraskan dan dilakukan tanpa menyebabkan sesiapa bergelandangan?
Siapa bakal bertanggungjawab untuk semua ini?
Orang Asli telah tinggal di bumi ini selama ratusan tahun sebelum pihak lain menjejakkan kaki mereka.
Usaha menarah dan meratakan tanah, samada secara haram atau sebaliknya, yang dilakukan pihak tertentu telah memberi kesan kepada komuniti Orang Asli sejak sekian lama.
Ironinya, ketika pelarian Rohinya diberi bantuan kemanusiaan, rumah-rumah Orang Asli dimusnahkan.
Mudah-mudahan pihak berkuasa akan menunjukkan belas ehsan dan sikap kebertanggungjawaban di dalam menyelesaikan kemelut ini secepat mungkin.
Pihak berkuasa sebenarnya bersalah dengan Orang Asli kerana merobohkan kampung mereka tanpa kelulusan pihak yang menjaga kebajikan mereka.

Mereka tidak berhasrat utk memerintah negara dan negeri kita.Mereka cuma ingin tinggal demi kelangsungan hidup...kenapalah mereka diperlakukan demikian
ReplyDeleteMereka tidak berhasrat utk memerintah negara dan negeri kita.Mereka cuma ingin tinggal demi kelangsungan hidup...kenapalah mereka diperlakukan demikian
ReplyDeleteTidak lain ini adalah sifat sakit hati terutama dari pembalak yg kono mengacau kepentingan mereka yang seluas mana pun, pihak pemdrintah fikirkan minoriti mereka ini tidak akan meng akan menjejas
ReplyDelete