Muktamar Terkenang PAS masa lalu
Posted on Friday, June 05 @ 12:29:49 MYT by paktam
Oleh Abd Shukur Harun KETIKA warga PAS, para tetamu dan pemerhati sedang mengikuti Muktamar Tahunan PAS ke-61 selama tiga hari, ramai yang terkenang akan tiga tokoh utama pemimpin yang melakar sejarah parti itu
Ketiga-tiganya ialah Allahyarham Tuan Guru Haji Yusuf Rawa, Allahyarham Ustaz Dato’ Fadzil Mohd Noor dan Allahyarham Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Masih seperti terdengar dan terbayangkan kehadiran ketiga-tiga tokoh ternama PAS ini akan ucapan mereka, kata-kata lucu mereka dan pesan-pesan mereka. Semuanya kini menjadi mutiara yang amat berharga bukan saja untuk dikenang, tetapi juga dijadikan dorongan dalam mengekalkan semangat perjuangan di dalam PAS.
Walaupun Allahyarham Tuan Guru Haji Yusuf Rawa hanya menjadi Presiden PAS sekitar dua tahun lebih, tetapi Allahyarhamlah yang memimpin era peralihan menetapkan PAS di bawah kepimpinan ulama. Juga mencetuskan idea keterbukaan PAS, membina jambatan dengan orang di luar PAS, termasuk bukan Muslim, yang bermula dengan CCC (Chinese Consultative Council).
Kemudian di bawah pimpinan Allahyarham Ustaz Fadzil Mohd Noor, PAS memperkukuh lagi sikap keterbukaan dan toleransi PAS itu dengan bertahalluf siasi dengan Semangat 46 di mana dengan tahalluf siasi PAS/Semangat 46 itu dapat memerintah Kelantan pada tahun 1990 hingga kini.
Kemudian tahalluf siasi itu dilanjutkan dengan lahirnya Barisan Alternatif dan kemudian Pakatan Rakyat yang telah mencapai kejayaan gemilang dalam Pilihan Raya Umum 2008 dan 2013 di mana Pakatan dapat majoriiti undi popular 51 peratus dan menghapuskan 2/3 majoriti BN di Dewan Rakyat.
Oleh itu, warga PAS akan terkenang tiga tokoh terbilang ini dan saya yakin tidak ada di kalangan pendukung PAS yang melupakan jasa mereka.
Putera mereka – Dr Mujahid Yusuf Rawa, Faiz Fadzil dan Nik Omar serta Nik Abduh, meneruskan perjuangan ayah anda mereka. Ertinya, mata rantai perjuangan antara ayah dan anak tidak putus.
Ayah anda mereka sayangkan ahli PAS dari semua golongan. Saya masih ingat, dalam ucapan penggulungannya di muktamar PAS di Putik Kota Bharu, iaitu ucapan terakhirnya sebelum meninggal dunia beberapa minggu kemudian, Allahyarham Ustaz Fadzil menyatakan: “Saya seperti enggan berhenti menyampaikan ucapan ini kerana saya enggan berpisah dengan muktamirin sekalian, saya sangat sayangkan anda semua.
Bagaimanapun saya terpaksa juga mengakhiri ucapan saya ini.” Kata-kata Almarhum ini disambut dengan linangan air mata para muktamirin.
Demikan juga Allahyarham Tuan Guru Nik Aziz di mana dalam sebuah kuliahnya yang saya hadir sendiri menyatakan: “Ambo sangat sayangkan hadirin/hadirat semua. Ambo sayang kerana Allah dan Rasul- Nya.”
Ini menunjukkan setiap pemimpin sentiasa menyayangi mereka yang dipimpinnya. Hubungan ini tidak pernah putus dalam apa keadaan pun, kerana ia sesuatu yang sangat berharga, iaitu hubungan kasih sayang antara pemimpin dan pengikutnya.
Ini menunjukkan setiap pemimpin sentiasa menyayangi mereka yang dipimpinnya. Hubungan ini tidak pernah putus dalam apa keadaan pun, kerana ia sesuatu yang sangat berharga, iaitu hubungan kasih sayang antara pemimpin dan pengikutnya. Untuk ini saya teringat apa yang selalu dikatakan bahawa Nabi s.a.w. sangat kasihkan umatnya, maka umatpun sangat sayangkan Nabi s.a.w.
Ketika akan menghadiri muktamar PAS di Kuala Selangor ini saya teringat Allahyarham Tuan Guru Nik Abdul Aziz mengajak saya dan beberapa teman yang lain bersarapan di gerai makan sebelah Taman Melewar sebelum menghadiri muktamar PAS di situ.
“Ambo ada lima puluh rial, ambo belanja sarapan pagi ini,” katanya sambil menunjukkan wang itu yang dibungkus dalam sapu tangannya.
Kami pun makan dan minum, dibelanja oleh Mursyidul Am Nik Abdul Aziz, pemimpin utama PAS.
Saya merasakan sangat terharu duduk di gerai, makan bersama dengan tokoh sehebat ini. Ini peristiwa 25 tahun lalu.
Beliau kelihatan berselera makan lontong dan tea tarik bersama kami. Kemudian Allahyarham menunjukkan selendang yang disandang dibahunya dan berkata: “Ini selendang Pak Cik Jamal (Jamal Kerdil) bagi, dia hendakkan selendang ambo. Jadi kita tukar.”
Sementara itu, saya juga masih terkenang Allahyarham Ustaz Fadzil ketika beberapa kali bersama makan ayam kampung di restoran depan padang TPCA Kampung Baru bersama Azlan Jan, Dr Syed Azman dan beberapa sahabat yang lain.
Di sini saya masih ingat ucapan Allahyarham Ustaz Fadzil di muktamar PAS di mana antara lain beliau menyebut: “Dulu pemimpin Umno memperlekeh PAS dengan berkata, macam mana PAS hendak memerintah negara, mana ada golongan profesional yang boleh mentadbir. Kini ribuan golongan profesional menyertai PAS. Jadi kita boleh memerintah negara.”
Allahyaram sangat gembira akan kemasukan pelbagai golongan dalam PAS – golongan profesional, anak muda, petani dan nelayan, bekas pegawai kerajaan, pendidik dan lain-lain. Mereka berkumpul dan berpadu di bawah bumbung PAS. Menerima tarbiyah berterusan, mendengar ceramah dan kuliah, sama-sama bergerak di tengah masyarakat.
Ketika itu Pusat Tarbiyah, Taman Melewar menjadi mercu tanda kebangkitan PAS. Di situlah bermuktamar, di situlah berseminar dan disitulah segala-galanya. Teringatlah saya petugas Pejabat Agung yang sangat setia – Zubir, Taufek, Anuar, Allahyarham Syed Muhamad dan Ustaz Rahim Saidin, Noriah, Allahyarhamah Ustazah Hayati serta beberapa petugas lain, yang amat setia kepada parti.
Ketika akan menghadiri muktamar PAS kali ini, tentunya saya akan terkenang masa lampau akan liku-liku perjuangan PAS selama ini yang pendukungnya dibasahi keringat dan air mata.
Generasi baru yang kini berada di dalam PAS sewajarnya jangan lupa akan jasa dan pengorbanan mereka ini. Taman Melewar dan Allahyarham Ustaz Hassan Shukri yang menjadi arkiteknya, menjadi begitu terkenal di dalam dan luar negara.
Ramai pemimpin gerakan Islam dunia – Ikhwanul Muslimin, Jamaat Islami Pakistan, Hamas, pemimpin Islam dari Bosnia Herzegovina, tokoh ulama terkenal dunia, Abol Hasan Ali An-Nadawi, Prof Necmettin Erbakan itu pemimpin Refah, Turki, Muhammadiyah, Dewan Dakwah, Indonesia, MNLF dan lain-lain pernah berkunjung dan berbincang dengan para pemimpin PAS di Taman Melewar.
Walaupun sangat sederhana, tetapi Taman Melewar menjadi simbol sebuah kebangkitan gerakan Islam di tanah air. Dari itu jangan lupakan Taman Melewar dengan segala sejarahnya.
Barisan kepimpinan PAs yg d ketuai oleh TGHH akan mbawa jemaah PAs ke mercu d tahun 70 an
ReplyDeleteTersilap besar kalo masih nk undi PAs..utk PRu14.
Ya btul..hanya walaun2 dap sahaja yg tidak mengundi pas..mereka lebih walak kpd tuan guru mereka..al fadil tglks dan al fadil tglge yg akan membawa mereka sampai hari kiamat
ReplyDeleteJgn sedih no macai semua ..........PAS gagal dihijacked tapi peluang masih ada.......pakat2 hijrah dan daftar sbg ahli MIC ......... masa pemilihan presiden parti nanti buat satu perancangan utk kuasai parti tersebut.
ReplyDelete"Kak Wan mengucapkan Selamat Datang kepada bekas-bekas pimpinan PAS, semoga dengan penyertaan ini akan menguatkan lagi semangat untuk membela rakyat.
ReplyDeleteKak Wan juga menyampaikan perasaan gembira DS Anwar atas keikhlasan bekas-bekas pimpinan PAS ke dalam PKR".
Ucapan ringkas Dr. Wan Azizah Presiden PKR ketika meraikan penyertaan bekas-bekas pimpinan PAS pusat bersama PKR.
Selain Mat Sabu, sebahagian besar bekas pimpinan PAS seperti, Salahuddin Ayub, Mafuz Omar, Nizar, Husam Musa, Dr. Hatta, Mazlan Aliman, Suhaizan, Dr. Mujahid, D. Kamaruddin Jaafar, Ustzh Zailah, Dr. Mariah Mahmud, Dr. Zulkefli Mohammad, Khalid Samad dan beberapa orang bekas pimpinan PAS lain.
Selain majlis pada hari ini, Dr. Wan Azizah dijangka akan ke Kelantan, Kedah dan Johor pada minggu ini untuk mengadakan majlis yang sama.
Adakah berita seperti ini akan terpapar dalam akhbar-akhbar utama pada minggu depan?.
Marilah sama- sama kita nantikan.
Apa kena dgn hang ni beruk mak yeh? Baru habis pelahap ayaq ketum ke ? Betui2 beruk kena belacan.
Deleteciss! aku ambil permata belian yang puak PAS sangka taik.
Deleteciss! aku ambil permata belian yang puak PAS sangka taik.
DeleteAda integriti atau tidak bergantung kepada kemampuan mereka nak perolehi undi di dlm pru. Tapi ikut gambaran aktiviti sekarang, insyaallah jangan dapat undi silap2 gaya kerusi pemerintahan Kelantan pun PAS akan hilang. Tapi tak apa ustad cuma mahu keredhaan Allah.
ReplyDeleteAlhamdulillaah,Syabas dan taniah serta kesyukuran yang tak terhingga kepada saf kepimpinan PAS 2015/2017.Mereka adalah golongan pemimpin yang menjadikan Al Quran dan As Sunnah sebagai dasar panduan kepimpinanan bukan golongan Muktazilah moden yang ada dalam PAS yang telah kalah.Terima hakikat takdir Allah.
ReplyDeleteItu lah modalnya kalau tak setuju suruh masuk dap, pkr. Ikut lks, lge. Tak ada hujah langsung.
ReplyDeleteTIDAK AKAN MENGUNDI PAS LAGI.CARA PEMILIHAN YANG SANGAT KOTOR.ISLAM APA INI?
ReplyDeleteTAJ ADA KUALITI LANGSUNG
ReplyDeleteMasa belum waktu, masih jauh lagi untuk dinilai. Macai-macai kat sini dah start menilai menggunakan perasaan syok sendiri. Biar dulu wahai macai-macai mountdweller jangan syok dulu, kita bagi peluang kepada mereka. Lagipun mereka tiada kaitan dengan kamu.
ReplyDeletekalau putus hubungan dgn dap masih ada lg ker kerajaan pr di sgor?iskandar samad nk jawab mcm mana tu.ajk2 semua nak putus hubungan dgn dap.dlm dilema juga iskandar samad ni.apa2 pun taktik umno utk terus berkuasa nampaknya membuahkan kejayaan
ReplyDeleteExco PAS Selangor sila letak jawatan kalau tidak anda adalah barua yg tolol muka tak tahu malu.Tunggu PRU14 akan hanyutttt.
ReplyDeleteHey there this is kinda plenty of fish dating site of free dating off topic but I was wondering if blogs use WYSIWYG editors or if you have to
ReplyDeletemanually code with HTML. I'm starting a blog soon but have no coding
knowledge so I wanted to get advice from someone with experience.
Any help would be greatly appreciated!
Hi colleagues, its impressive article about cultureand entirely defined, keep it up all the
ReplyDeletetime.
Feel free to surf to my page plenty of fish dating site of free dating