Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, June 5, 2015

Alaa....buat apa gaduh-gaduh, rakyat boleh menilai......bukan lagi di zaman tahun 60'an!

Dakwaan bekas ketua hakim tidak semuanya betul, kata KPN 
TMI - Published: 4 June 2015 5:38 PM
Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Khalid Abu Bakar bimbang kenyataan Tun Mohamed Dzaiddin Abdullah mengenai kenyataannya polis tidak peduli kedaulatan undang-undang pada minggu lalu dianggap benar dan menjejaskan nama baik pihak berkuasa. – Gambar fail The Malaysian Insider, 4 Jun, 2015.

Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini membidas kembali Tun Mohamed Dzaiddin Abdullah mengenai kenyataannya polis tidak peduli kedaulatan undang-undang dengan menegaskan tidak semua dakwaan bekas ketua hakim negara itu adalah betul.
Meskipun menghargai kenyataan bekas ketua hakim negara itu yang dianggap mempunyai niat baik namun Khalid berkata, beliau terpaksa menepis dakwaan Dzaiddin demi mempertahankan nama baik pihak berkuasa.
"Kebimbangan kita paling utama ialah ada ketika apabila kenyataan Tun Dzaiddin semuanya dianggap benar. Kita pasti beliau akan menghargai usaha kita untuk mempertahankan dakwaan yang dibuat beliau demi keadilan dan nama baik Polis Diraja Malaysia," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata, polis tidak pernah menganggap mereka mempunyai kuasa melebihi undang-undang tapi lebih melihat kepada menguatkuasakan undang-undang tidak terkecuali dengan sebarang hukuman.
Mengakui sememangnya wujud segelintir anggota polis yang menyalah gunakan kuasa, namun katanya ia tidak menggambarkan keseluruhan jabatan itu sendiri.
"Kita tidak menafikan adanya kewujudan kambing hitam yang melanggar undang-undang dalam masa sama melaksanakannya.
“Namun ia adalah sebilangan kecil dalam tenaga polis. Ia tidak boleh dilabelkan mewakili institusi," katanya.
Khalid berkata demikian sebagai reaksinya susulan kenyataan yang dibuat Dzaiddin pada sebuah forum mengenai akauntabiliti polis di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Bekas ketua hakim itu berkata, sikap pasukan polis yang tidak mengambil peduli konsep kedaulatan undang-undang merupakan antara sebab kematian dalam tahanan.
Dzaiddin, yang mengetuai Suruhanjaya Siasatan Diraja mengenai peranan dan tanggungjawab Polis Diraja Malaysia (PDRM) – mencadangkan penubuhan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC), menyifatkan perkara itu sebagai punca asas sambil menekankan keperluan mengkaji budaya yang diamalkan pasukan polis.
"Bagi memahami mengapa wujud kematian dalam tahanan polis, kita perlu mengkaji suasana dalaman PRDM dahulu," katanya ketika menyampaikan ucaptama pada sebuah forum mengenai akauntabiliti polis di Kuala Lumpur minggu lalu.
Tambahnya lagi, tuduhan Dziaddin berhubung polis mengabaikan hak asasi manusia ketika menjalani latihan adalah tidak benar .
"Kita mahu Tun dan mereka yang berfikiran seperti itu mengetahui modul latihan kami menyediakan pemahaman asas dan dasar mengenai hak asasi sepertimana mengikut Perlembagaan Persekutuan," katanya.
Beliau juga menafikan kematian tahanan seperti didakwa bekas ketua hakim negara itu dengan menyatakan dari tempoh 2010 hingga 2014, kesemua 51 kes kematian menjalani siasatan.
"Ketika ada sesetengah pegawai polis yang menyalah gunakan kuasa mereka, majoritinya terdiri daripada polis yang baik. Bagi setiap anggota melakukan kesalahan dan melanggar kepercayaan rakyat awam namun ramai lagi tidak terkira bilangannya mengikuti undang-undang serta tidak meminta apa-apa selain melindungi, berkhidmat serta pulang dengan selamat apabila mengakhiri tugas mereka.
"Masih terdapat ramai pegawai polis yang baik di luar sana dan sanggup mengorbankan nyawa mereka untuk negara," katanya.– 4 Jun, 2015.

5 comments:

  1. "Masih terdapat ramai pegawai polis yang baik di luar sana dan sanggup mengorbankan nyawa mereka untuk negara," katanya.– 4 Jun, 2015.

    Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ

    Pembetulan ralat : "Mengorbankan nyawa untuk ameno kepala lanun bugis",
    SAC Ramli was the last honest Cop.

    ReplyDelete
  2. Pau Pau Pau

    Hari Raya nak dekat....

    ReplyDelete
  3. bukan polis di raja tapi polis di umno satu dunia tahu kong kali kong. Yang baik dan amanah ada tapi peratus nya amat kecil tapi jahat banyak dari baik.Selagi ketua negara pun tak amanah maka punah negara.Tanda bala dah ada tapi masih tak ubah perangai.

    ReplyDelete
  4. Good way plenty of fish dating site of free dating telling,
    and nice piece of writing to take data on the topic
    of my presentation topic, which i am going to convey in academy.

    ReplyDelete
  5. Hmm is anyone else experiencing problems with the pictures on this blog loading?
    I'm trying to figure out if its a problem on my end or
    if it's the blog. Any suggestions would be greatly appreciated.


    my web blog; plenty of fish dating site of free dating

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa