07:30PM Jun 04 2015
oleh Robin Stanley Augustin
KOMEN: Perhubungan perlu dibina di atas tapak yang kukuh, tanpanya, perhubungan itu pasti menemui kehancuran.
Ketika ini muktamar PAS sedang berlangsung, komentar-komentar pemerhati politik dan berita-berita yang tersebar menjadi petanda kehancuran Pakatan Rakyat semakin hampir.
Satu usul tergempar dikeluarkan PAS untuk memutuskan hubungan dengan DAP telah diluluskan sebulat suara oleh delagasi Dewan Ulama pada muktamarnya di Shah Alam, 3 Jun lepas.
Kemudian menurut laporan The Star, Mursyidul Am PAS Dr Haron Din (kiri) berkata yang parti itu tidak perlu melibatkan PKR dan DAP dalam proses membuat keputusan.
Tahaluf siyasi (pakatan politik) mereka, katanya, hanyalah penyelesaian sementara dalam perjuangan menentang musuh politik bersama, Barisan Nasional.
Dia berkata yang PAS berhak untuk mengangkat perjuangan Islamnya dan ini termasuklah melaksanakan Kanun Keseksaan Jenayah Syariah (II) (1993) Pindaan 2015 di Kelantan.
“Sebelum kita memutuskan untuk melakukan perjanjian dengan PKR dan DAP, kita telah merujuk kepada Majlis Syura samada pakatan ini mematuhi Syariah dan majlis diberikan kuasa untuk melakukan penilaian semula daripada semasa ke semasa.
“Kemudian mereka mengeluarkan kertas cadangan yang pakatan ini ialah tindakan sementara,” katanya.
Kelulusan resolusi dan kenyataan Haron Din tidaklah mengejutkan.
Hudud versi PAS sudah lama menjadi agenda, menjadi salah satu sebab yang membimbangkan tentang masa depan sekiranya Pakatan memenangi PRU 13, sama bimbangnya dengan kejayaan BN mempertahankan kuasa.
Mana-mana gabungan politik perlu dibina di atas asas yang kukuh dan persefahaman bersama. Pakatan tidak terkecuali.
Jelas yang PAS dan DAP tidak akan meraih persefahaman bersama dalam hal pentadbiran negara.
Seperti yang diucapkan oleh Haron Din, pakatan mereka berasaskan penentangan kepada musuh bersama.
Pastinya, kedua-dua PAS dan DAP mengetahui yang kerjasama mereka berisiko besar yang boleh membawa kepada bencana sekiranya Pakatan memenangi PRU 13.
Seperti perkahwinan, kerjasama Pakatan perlu dibina di atas harapan bersama bagi membentuk Malaysia yang lebih baik, bukan setakat hendak menumbangkan kerajaan Umno-BN.
Jika mereka berhasrat memandu Malaysia ke arah yang lebih baik, ia perlu selari dengan Perlembangaan Persekutuan.
Bagaimanapun, Pakatan pada masa sekarang ibarat sebuah perkahwinan yang tidak bahagia.
Mereka berjaya dalam memastikan penentangan berterusan dan menafikan majoriti dua-pertiga BN, tetapi kini masalah asas hudud PAS menjadi ancaman yang boleh memecah belahkan Pakatan, malah menghancurkan negara.
Memandangkan sentiment penentangan kepada kerajaan, disebabkan oleh masalah bertahun lamanya wujud kerana kepimpinan lemah, salah tadbir, korupsi, skandal, ketidakcekapan, selain masalah kebertanggungjawaban dan ketelusan, masanya sudah tiba untuk gabungan DAP-PKR-PAS mencapai kemenangan.
Malangnya, ia tidak berlaku. Tiada jalan singkat atau salah tindak dalam menentukan masa depan negara.
Jika DAP, PKR serta pihak yang melihat diri mereka sebagai pihak sederhana dan pelindung perlembagaan yang mahu ‘menyelamatkan Malaysia”, sudah sampai masanya untuk mereka menjauhkan dan memisahkan diri daripada PAS dan memulakan perjuangan baru.
Mereka perlu meletakkan batu asas untuk Pakatan yang lebih kuat dan membiarkan harapan bersama memandu parti dan tidak menggadaikan prinsip kerana mahu menjaga masa depan pakatan.
Mereka perlu fokus untuk menjadi pilihan parti yang lebih baik daripada BN, dan menyingkirkan mereka yang tidak boleh berkongsi matlamat bersama Pakatan.
Ini mungkin bermakna yang DAP dan PKR, sekiranya PKR mahu terus bersama DAP, berhenti seketika untuk memikirkan kembali aspirasi bentuk kerajaan yang mereka mahukan.
Mereka mungkin hilang beberapa kerusi dan kuasa di beberapa negeri, tetapi situasi ini lebih bagus.
Mereka akan mengambil masa untuk kembali meraih kepercayaan rakyat, tetapi ini juga bermakna sekiranya mereka menang, ia disebabkan oleh kekuatan mereka sendiri dan tiada kaitan dengan PAS.
Lebih baik untuk DAP dan PKR berhenti seketika merenung perjuangan sendiri, supaya mereka boleh melangkah lebih jauh.
PAs ialah gunting dlm lipatan...dah xde sbb utk pkr & dap nk bersama biawak hidup ni...
ReplyDeleteKahkahkah...DAP dan PKR nak singkir PAS?....mereka tak akan berani punya....sembang je.
ReplyDeleteTinggalkan Parti Anjing Sedunia, segera daftarkan PASMA sbg Parti Politik..
ReplyDeleteApabila umno ada dlm pas .......inilah kesudahanya, tak ku sangka busuknya perut kaum ulamak yg bernama harun Din ini. Penderitaan rakyat tidak langsung diIndahkan, hudud kepala hotak Dia! Patut pon tak pernah menang di tambung Tulang. Jin apakah yg telah menguasai Pas hari ini!? Hmm hmm selamat tinggal Jin Islam! Sokong sangat para pejuang rakyat menubuhkan platform Islam yg baru, insyaAllah, kebenaran akan menyerlah! Biarkan lah Jin jin islam ini memimpin pengikut mereka dengan labu nya!
ReplyDeleteNanti pru14 kita akan sakaikan BeEnd, DAP, PAS....melayu berakal akan memilih PAS.
ReplyDeletePas tak kan menang pru 14 jgn mimpi lah allah amat mengatahui yg pas ni terdiri dari ulamak munafik
DeletePas yg aku sertai sejak zaman Asri Muda kini bertukar menjadi ISIS .
ReplyDeleteUstaz tua mahupun Ustaz muda sudah hilang hala tuju politik .
Islam hanya mainan bibir sedang hati hati mereka bergabung bersama Firaun dan
Karun.
Islam sederhana sifat dan wataknya , Muhammad s.a.w sebagai peribadi ikutan kepada seluruh manusia atas sifat Beliau perantara Allah dan Umatnya.
Pendukung Pas kini telah hilang sifat sabar dan bijaksana dalam urusan dunia dan akhirat. Sifat gangsterism mulai menular disamping sifat takabur , riak dan taksub tanpa ilmu .
Barah ini akhirnya memusnah image Islam sebagai Agama teloransi yang insklusif sifatnya.
Ya betul..tepat
DeleteBro, kalau betul kamu dah lama dalam PAS sudah tentu kamu sudah faham apa itu prinsip perjuangan. Apa perjuangan kamu dari dulu himgga kini? Apakah dulu kamu berprinsip dan sekarang sudah tergadai?
ReplyDeleteGua ingat lu pun tak faham dan tak tau apa perjuangan PAS tu. POLITIK BRO. bukan soal Rakyat saja tapi EKONOMI.
Deletesedapnya tangan dan mulut mengata tulis pas parti anjing dan ulama sebagai jahat khasnya syura ulama. Islam dijungjung berdasarkan seruan rasul dan alkitab bukannya mengikut kehendak individu untuk menang dan mengenepikan hukum hakam suruhan Allah. Yang sedihnya dan akan menerima hukumannya adalah mereka yang mengikut telunjuk luar islam untuk menjadi agen mencederakan iman. Atas nama nak menang dunia. Tunggu balasan Allah. Tunggulah. Itupun kalau kau orang percaya.
ReplyDelete1049...byk lalok pil kuda...
DeleteAkhir zaman ni ramai yg bertopeng disebalik agama dan ayat2 itu adalah benar
DeleteMemang ulamak pas anjing kau ingat ada pengetahuan islam tak boleh pusing jadi setan
DeleteTiada apa yang boleh di harapkan dari kumpulan orang orang gagal , sempit pemikiran akibat malas membaca dan ber fikir
ReplyDeletePAS ini yang akan Rugi dan paling rugi adalah orang orang Melayu yang sendiri nya tiada duit , malas , dan tidak ber fikir
Hanya yang buat keuntongan adalah Hadi anak beranak saja
Pemimpin lain semua nya tiada kuasa hanya puppet
Elok juga PAS keluar dari Pakatan Rakyat
Negara perlu kan orang orang ber kualiti baik dan ber pendidikan serta ber Fikir
Biar lah PAS terus angkot sampah dalam negara ini
Ketika semua mahu singkirkan pas,
ReplyDeleteAzmin budoh ali bagi tongkat kpd Pas dan ularmak serban tinggi
Glc di perguna utk memperkayakan menantu
Bila Dap tanya azmin tk nk bongkar gaji menantu
Just give pas ularmak the cold shoulder not pamper them!
Ni bukan citer nak menang dunialah bodo. Ni citer nak hapuskan kebejatan bn umno. Naper jadi bodo.
ReplyDeleteSalam
ReplyDeleteTGNA pernah bercakap. Klau nak hancur PAS kerana talibarut ularr umno.. Biarkan hancur berkecai.. Kerana nk pada umno.. Rupanya TG dah tau ini akan terjadi. Rupanya TG benteng terakhir PAS. Alhamduli llah... Sya syorkan. Mama mana adun di kelantan yg tk sebulu umnopas.. Pindah kerusi biar nk amar pensan.. Mana mana adun tak sebulu dengan umnopas di selangor.. Masuk pkr. Manakala adun pas di buang menjadi exco sampai ke jkp kampung pun di buang.. Sya sokong 100% dan sya akan kluar dari pas bermula hari ini.
Keja mudah utk umno...barisan kepimpinan PAs yg bru akan tros pertingkatkan serangan trhadap dap n pkr dgn isu hudud..
ReplyDeleteSecara tak langsung undi pd PR kan kembali pada BN..
Sinar utk BN/umnu pd PRU14....
Kepimpinan PAs yg bru...merupakan barua dan pecacai pd umnuu
Sudah lah macai-macai mountdweller, terimalah hakikat, tak perlu lagi jadi benteng DAP lahanat.....UAA sudah tewas dengan jauh ketinggalan oleh Nakhoda kami...cuba nasib dengan PasMa la pulak....Mat Sabu tak boleh tahan kalah teruk dgn TITM jauh jugak kena tinggal lps ni boleh cuba nasib dgn DAP mana tau LKS dan LGE simpati dengan mereka. Terima lah kenyataan ini macai-macai semua. Akar umbi PAS masih berprinsip.
ReplyDeleteMesir ada Al Sisi. PAS ada Al Hadi.
ReplyDeleteAl Sisi sanggup melakukan apa saja termasuk hukuman mati ke atas Mohsi dan Qardahwi.
Al Hadi sanggup mengkhianati harapan rakyat yang telah memberi undi 52% kepada PR pada PRU yang lalu. Apa punya tolol jemput DAP dalam masa yang sama DUPP mengusulkan hubungan dengan DAP.
Al Sisi pula mengkhianati Mohsi dengan rampasan kuasa.
Perjuangan dan dasar PAS tak ada kena mengena dalam hal ini. Berbagai cara yang tak betul pun boleh di putar belit menjadi halal mengikut perjuangan dan dasar PAS.
Lupa kan PAS...dan wajar tinggalkan PAS. Pro ulamak dan ulamak bermuka muka tidak ada pendirian.
ReplyDeleteSegalanya telah terlewat, gerakan perjuangan baru buat rakyat untuk menyanggah kezaliman sedang muncul.
ReplyDeleteBetul kata nabi memang ada ulamak jahat... Nak cari ulamak baik setakat cuma TGNA dan fadhil nor saja.. Yg lain bukannya nak dakwah tetapi nak bergaduh pulak... Ni kah toleransi islam d malaysia sekrang? .. Amno menggelumpur keriangan sbb tajaan depa uk hafi menang berjaya... Senang nak cucuk hidung lepas ni... Syabas geng ulamak ug... Bermula lepas ni geng depa dpt kenal tok ketua depa... Selama berlindung d seblik hudud... Kita tgk selepas ni...
ReplyDeleteMEREKA sudah masuk Malaysia. Ha ha.... N.W.O. Gaduh lah hangpa sampai bila2. Iman iman iman...
ReplyDeleteko ni mmg mulut celupar..sama jer ngan rafizi tu. suka ati mak bapak ko jer nak maki golongan ulama. ko ingat ko tu bagus sgt ker..ppuuiihh. ko tu penyokong kuat pkr dap sbb tu bila golongan ulama mng ko menggelupuh mcm cacing panas...
ReplyDeleteBro kalau ulama yang cerdik kita sokong tapi ini ulama otak singkat 3rd class.tolonglah bro pas tak kan pegi jauh punya.
DeleteBetul bro Al Hadi bukan ulamak tetapi cari makan bagi menantu post glc sedang menantu tak tahu apa2 pun suruh mengaji ok lah ha ha
DeleteElok lah dia mulut celupar kau ingat Hadi tu maksum ke dia sampah puya ulamak lah bodoh kau ni mesti lulusan ugama dan bahlol kau hanya pandai mengaji dan hukum org setan kau
DeleteUlama ok yang jahanam kan mereka kerabat mereka sendiri, di tipu oleh dunia kerana ambil kesempatan ulama, mungkin di sedari oleh ulama itu sendiri atau ingin nak kejar dunia bersama.
ReplyDeleteIni semua cari makan elok pergi ssm daftar pas sdn bhd untuk golongan lulusan usul fiq etc
DeleteUlamak sampah Al Hadi alias Al Azazil
ReplyDelete