Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, June 4, 2015

Mungkinkah Najib berdepan Mahathir dalam forum esok?

Dr M mungkin berdepan Najib dalam forum esok, kata penganjur 
Published: 4 June 2015 2:29 PM
Mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dikatakan akan turut menyertai forum 'Nothing to Hide' bersama Datuk Seri Najib Razak. – Gambar fail The Malaysian Insider, 14 Jun, 2015

Penganjur forum "Nothing to Hide" SukaGuam, berkata pihaknya masih menantikan pengesahan rasmi daripada mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang dikatakan akan turut menyertai forum tersebut.
Pengerusinya, Datuk Khairul Anwar Rahmat, memberitahu The Malaysian Insider, beliau dimaklumkan persetujuan mantan perdana menteri untuk forum berkenaan hanya melalui laman sosial.
"Pengesahan Tun belum dapat, kita hanya tahu melalui Twitter, kita tunggu yang rasmi," katanya, merujuk kepada Dr Mahathir ketika dihubungi The Malaysian Insider.
"Kita nantikan esok kedua-dua pihak hadir. Ia akan menjadi titik mula kepada perungkaian persoalan yang berbangkit," katanya.
Penyampai berita Astro Awani, Ashwad Ismail di laman Twitter miliknya memuat naik status: "@ashwadismail: Pegawai Khas kpd Tun Dr M sahkan Tun akan hadir 'Nothing to Hide' Dialog PM bersama NGO anjuran SukaGuam."
Najib sebelum ini turut dilaporkan mengesahkan kehadirannya pada forum tersebut, yang akan berlangsung pada pagi Jumaat di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). – 14 Jun, 2015.

2 comments:

  1. Hey! I just wanted to ask if you ever have any trouble
    with hackers? My last blog (wordpress) was hacked
    and I ended up losing months plenty of fish dating site of free dating hard work due to no
    data backup. Do you have any solutions to protect against hackers?

    ReplyDelete
  2. This text is invaluable. When can I find out more?

    Feel free to visit my web site: plenty of fish dating site of free dating

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa