Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, October 9, 2015

2 kanak-kanak Orang Asli ditemui selamat

TMI - Published: 9 October 2015 2:23 PM

Dua daripada 7 kanak-kanak Orang Asli yang hilang sejak Ogos di dalam hutan di Kelantan ditemui selamat berhampiran Sungai Perias di Gua Musang, hari ini.
The Star melaporkan mereka adalah Norieen Yakob, 10 dan Mirsudial Aluj, 11, yang merupakan kanak-kanak paling tua di antara mereka yang hilang dari SK Tohoi pada 23 Ogos.
Mereka didapati dalam keadaan kekurangan zat makanan dan dihantar ke hospital besar Gua Musang, kata laporan itu.
Semalam, pihak berkuasa mengesahkan penemuan mayat reput sebagai milik Sasa Sobrie, 8, di Sungai Perias kira-kira 500 meter dari asrama SK Tohoi.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim berkata, ahli keluarga Sasa mengenal pasti mayat berkenaan berdasarkan kepada tanda yang terdapat padanya.
Polis berkata lebih banyak rangka manusia ditemui petang semalam di tepi sungai tetapi masih belum mengesahkan jika ia milik kanak-kanak yang hilang.
Tujuh kanak-kanak, berusia antara 7 dan 11 tahun, dipercayai melarikan diri dari asrama sekolah kerana takut akan tindakan disiplin oleh guru mereka kerana mandi di sungai. – 9 Oktober, 2015.

2 comments:

  1. Tragedi yang menyedihkan. Sungguh cekal dua mangsa yang terselamat itu survive dalam hutan selam 48 hari. Agak terkilan apabila tahu punca mereka melarikan diri...

    ReplyDelete
  2. Timbul persoalan, adakah pasukan yang menjalankan kerja mencari benar-benar berusaha bersungguh-sungguh mencari kanak-kanak itu? Nampaknya, lokasi mereka ditemui pun bukannya berada terlalu jauh dari asrama sekolah. Mengapa tidak menggunakan khidmat anjing pengesan untuk menjejaki kanak-kanak itu semua sejak dari awal lagi? 48 hari baru jumpa sedangkan bulu, air mani dan segala macam benda-benda halus boleh pula dicari dengan teramat mudahnya! Ini menunjukkan tiada kesungguhan yang tinggi telah dilakukan oleh pasukan yang terlibat, maklumlah....anak orang aslilah katakan, bukannya anak menteri!

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa