Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, October 9, 2015

Oii Badot, tadak cara lain ker nak popular?

Ulas titah raja, Jamal kata pembangkang yang rasis


Mengulas titah raja-raja Melayu, pemimpin akar umbi kontroversi Umno Datuk Jamal Mohd Yunos berkata parti Melayu itu tidak pernah dimainkan partinya dan BN.
Beliau sebaliknya mendakwa isu perkauman sebenarnya dimainkan pembangkang yang kemudian mengundang reaksi musuh politiknya.
“Pihak Pakatan Rakyat, pembangkang DAP telah memainkan isu perkauman, yang menyebabkan pihak Umno-BN akan bertindak balas.
“Sesetengah pihak nak meraikan kepentingan politik, nak jadi popular, dengan mudah dia mainkan isu kaum dan agama,” dakwa Jamal.
Menyentuh himpunan baju merah 16 September, yang dicemari insiden keganasan dan dikritik susulan mesej dianggap perkauman, Jamal menuding lagi kepada pembangkang
“Mereka (pembangkang) sudah berhimpun berpuluh kali, kita baru sekali. Kalau tak ada himpunan BERSIH, (himpunan) 16 September pun tak ada.
Himpunan 16 September dianjurkan sebagai reaksi kepada BERSIH 4 yang dituduh pemimpin kerajaan dan media arus perdana didominasi Cina dan DAP.
Dalam himpunan 16 September, terdapat poster-poster yang mahu menutup sekolah Cina dipapar manakala di Jalan Petaling, pihak polis dimaki dengan gelaran “Barua Cina” kerana tidak membenarkan peserta masuk ke kawasan perniagaan bukan Melayu itu.
Terdapat juga ucapan kesat seorang wanita yang memaki “Cina babi” yang kemudian dimuat naik dan dikongsi meluas di Internet.
Raja-raja Melayu pada 6 Oktober bertitah mahukan pemimpin mengutamakan faktor keselamatan, ketenteraman, keamanan dan keharmonian serta meletakkan kepentingan negara dan rakyat mengatasi kepentingan peribadi.
Baginda sekalian juga memandang berat isu-isu menyentuh kaum dan agama dan mengingatkan pemimpin parti politik dan NGO tidak mensensasikan isu itu untuk meraih sokongan.
Baginda sekalian juga mengingatkan hubungan harmoni dan perpaduan antara kaum dan antara agama yang terjalin baik selama hari ini berperanan penting sebagai tunggak utama kepada kestabilan negara.
Oleh itu, hubungan harmoni dan perpaduan rakyat wajib dipelihara pada setiap masa dan tidak boleh sama sekali dikorbankan kerana matlamat politik yang cetek.

1 comment:

  1. Si Bahalol ini tak tangkap Ikan Keli Sungai Kelang gaya nya

    Macam mana nak kaya kalau semua nak cepat mudah Pau Pau Pau

    Mat Kampau !!!!!!!!!

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa