Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, October 9, 2015

Nik Amar kata DAP terlalu angkuh dan akan hilang sokongan Melayu dan Cina

Mamat ni sedar atau tidak yang PAS sebenarnya akan hilang undi Cina di pantai barat dan mungkin di Kelantan juga

DAP hilang sokongan Melayu dan Cina kerana terlalu angkuh
 | October 8, 2015
Pas menasihatkan pemimpin DAP supaya menjaga Pulau Pinang dengan baik untuk mengelak jatuh ke tangan BN pada PRU14.

nik-amarPETALING JAYA : Pas menyelar kritikan yang dibuat oleh Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua yang menyatakan bahawa parti itu akan kehilangan sokongan di Kelantan.
Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, sebaliknya DAP yang akan hilang sokongan pengundi Melayu dan sebahagian pengundi Cina kerana sikap angkuhnya dan suka mencampuri urusan parti lain.
“Saya nasihatkan Tony Pua dan DAP supaya menjaga perlakuan dan pastikan kerajaan Pulau Pinang sekarang kekal.
“DAP akan hilang sokongan pengundi Melayu dan sebahagian pengundi Cina kerana sikapnya yang angkuh dan suka mencampuri urusan parti lain,” katanya kepada Free Malaysia Today.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Tony Pua yang menyatakan Pas kini kehilangan sokongan termasuk di Kelantan, negeri yang diperintah parti itu sejak sekian lama.
Tony Pua turut berkata, tiada sebab untuk rakyat Kelantan menaruh kepercayaan kepada Pas untuk menerajui lagi kerajaan negeri itu.
Sementara itu, Naib Presiden Pas, Idris Ahmad meminta Tony Pua muhasabah diri dan memikirkan kembali siapa sebenarnya musuh DAP.
“Hendak tanya Tony Pua musuh dia siapa?BN atau Pas? Jangan hilang fokus,” katanya ringkas.

6 comments:

  1. Diantara Pulau Pinang dan Kelantan, Kerajaan PAS Kelantanlah yang paling lemah dan berkemunkinan akan rebah di PRU 14 nanti ditangan UMNO. Sementara di Pulau Pinang pula DAP akan terus mengekalkan kerajaannya disitu. Pemimpin Kelantan patut berasabah diri dan jangan asyik syok sendiri.

    ReplyDelete
  2. Bahalol tetap Bahalol

    Di ingat Bangsa Cina tu Bahalol macam Bangsa Melayu

    Cina ini bangsa ber satu walau Bahalol pon tetap bersatu dan bersama sama maju bangsa sendiri

    Bila Pemimpin itu Bahalol , di sangka Rakyat semua nya ikut Bahalol dengan nya

    Si Bahalol lupa bahawa rakyat lah tanggung makan minum gaji elaoun tuk kerja dan tanggungjawab tak berapa milik Si Bahalol tadi

    Apa kah ini ajaran Nabi SAW ????


    Ulamak apa jenis kah ini dan apa kah tahap kualiti Ulamak se tanding Unta dan Keldai????

    Ambo pening doh.....

    ReplyDelete
  3. Ingatkan dalam UMNo saje ada orang gila, dalam PAs pun ade juga!!! Ramai pulak tu!

    ReplyDelete
  4. 'ulama' syok sendiri. hari2 dok ingat range rover dan balak? nampak gaya satu penggal sj tim mb.

    ReplyDelete
  5. Tidak diketahui kebodohan kita sehinggalah kita berkata-kata

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa