Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, October 19, 2015

Jangan hancuss sudah: Tang ni aku setuju dengan DAP

Link: DAP ingatkan PKR: Usul tak percaya bukan 'main guli'

Wan Azizah akur, bakal kemuka usul tidak percaya Najib ke Parlimen 
OLEH DIYANA IBRAHIM
Published: 19 October 2015 2:47 PM
Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail akan memfailkan usul undi tidak percaya perdana menteri kepada Dewan Rakyat. – Gambar fail The Malaysian Insider, 19 Oktober, 2015.

Selepas berlaku pertengkaran di antara DAP dan PKR berhubung siapa yang seharusnya mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Pakatan Harapan hari ini memutuskan Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk membawanya.
Dr Wan Azizah berkata usul itu akan difailkan di bawah Seksyen 26 Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat.
Presiden PKR itu turut memaklumkan usul undi tidak percaya berkenaan akan turut disokong ahli Parlimen PAS
"Kita akan fail usul tidak percaya di bawah Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat.
"Ikut peraturan, apabila usul tersebut difailkan maka kita perlu tunggu 14 hari notis untuk tahun ia diterima atau tidak," katanya pada sidang media di Lobi Parlimen, Kuala Lumpur, hari ini.
DAP hari ini tegas dengan pendiriannya mahu Dr Wan Azizah mewakili semua ahli Parlimen pembangkang dan membawa usul undi tidak percaya terhadap perdana menteri pada sidang Parlimen kali ini.
Susulan Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan daripada PKR Hee Loy Sian mengemukakan notis mencadangkan usul itu sebelum ini, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, ketua pembangkang harus diberi tanggungjawab tersebut kerana usul itu satu perkara serius.
Lim berkata, kegagalan Dr Wan Azizah yang juga presiden PKR berbuat demikian akan membuatkan pembangkang dianggap tidak bersungguh dalam usaha tersebut.
Bagaimanapun Naib Presiden PKR Chua Tian Chang mempertahankan Hee atas alasan ahli Parlimen PKR itu mempunyai hak untuk berbuat demikian. – 19 Oktober, 2015.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa