Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, October 9, 2015

Mayat kedua dipercayai kanak-kanak Orang Asli yang hilang ditemui

Mayat kedua dipercayai rakan Sasa ditemui
ZAILANI ABD RAHMAN
8 OKTOBER 2015
Sebahagian keluarga Sasa Sobrie hadir di Hospital Gua Musang hari ini bagi membuat pengecaman selepas penduduk kampung menemui mayat seorang budak perempuan yang reput dalam Sungai Perias, kira-kira 500 meter dari Pos Tohoi pukul 7 malam semalam. - Foto Bernama

GUA MUSANG – Satu lagi rangka mayat dipercayai kanak-kanak Orang Asli yang hilang di Pos Tohoi ditemui jam 5.30 petang tadi.

Rangka mayat itu ditemui di tebing Sungai Periah, 800 meter dari penemuan mayat Sasa Sobrie, 8, yang dijumpai penduduk kampung petang semalam.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Saiful Bahri Abdullah berkata, mayat berkenaan  ditemui oleh pasukan operasi penyelamat dan dihantar ke Hospital Gua Musang untuk pengecaman identiti.

“Bedah siasat akan dibuat untuk mengenalpasti identiti dan punca kematian,” katanya.

[ ARTIKEL BERKAITAN: Mayat disahkan kanak-kanak Orang Asli ]

Semalam, mayat kanak-kanak itu ditemui tersangkut di celah batu 500 meter dari lokasi dilaporkan hilang.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim mengesahkan kanak-kanak itu adalah salah seorang tujuh mangsa yang hilang sejak sebulan yang lalu.

1 comment:

  1. Masya Allah

    Apa nak jadi kat negara ini sudah ????

    Di bandar mati accident kereta lori motor kira tiap tiap hari

    Di hutan pon sudah tak selamat walhal Rimau dan Badak Gajah pon ada otak jugak

    Bala Bala Bala mendatang

    Muhasabah diri nqmpak gaya nya

    Ini bagai Syria sudah!!!!!!!

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa