Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, October 9, 2015

Peguam jadikan Akta Speech untuk alih perhatian, alasan untuk tidak saman WSJ

07:30PM Okt 08 2015
oleh Hazlan Zakaria

KOMEN: Sebuah firma guaman yang mewakili seorang lelaki berpengaruh di Malaysia nampaknya memutuskan strategi mereka untuk menentukan sama ada akan menyaman akhbar Wall Street Journal (WSJ), adalah sama ada akhbar itu menggunakan Akta Speech atau tidak.
Akta Speech, atau Securing the Protection of our Enduring and Established Constitutional Heritage, digubal di Amerika Syarikat (US) pada 2010 dan bertujuan melindungi penulis di sana daripada menjadi mangsa saman fitnah pihak luar.
Firma guaman ini menghantar pertanyaan kepada wakil WSJ sama ada mereka akan menggunakan Akta Speech. Dan tentulah dengan mengikut logik akal, firma guaman ini tidak mendedahkan strategi pembelaan mereka.
Ini sama seperti apa yang mereka lakukan sebelum ini, menghantar surat menuntut WSJ menyatakan pendiriannya tentang dua artikel berhubung dakwaan pindahan dana 1MDB ke akaun peribadi Najib. WJS tentulah mempertahankan artikel mereka.
Tindakan-tindakan seperti inilah yang membuatkan ada yang bertanya sama ada lelaki berpengaruh ini benar-benar mengambil peguam yang sebenar, atau hanya pelakon untuk menunjukkan ada tindakan perundangan diambil, agar dapat menyelamatkan maruahnya yang tercalar.
Tetapi seperti yang sudah dikatakan ramai, tindakan firma guaman tersebut membangkitkan Akta Speech tidak lebih sekadar untuk mengalih perhatian, dan sekali lagi cuba mengelak soalan bila mereka akan menyaman WSJ.
Apatah lagi lelaki berpengaruh itu pernah menghantar surat tuntutan yang lebih tegas berhubung soal yang sama kepada mereka yang lebih ‘kecil’ berbanding WSJ.
Pada masa sama ada pihak, seperti bekas PM Dr Mahathir Mohamed, yang bebas dan tidak mendapat surat dari peguam, malah polis pun tidak memanggilnya untuk soalsiasat. Berbeza dengan orang lain yang mengkritik kerajaan.
Apa-apa pun, Akta Speech hanya melindungi wartawan dan penulis US daripada penguatkuasaan kes libel yang dijalankan di mahkamah luar negara, yang tidak menepati Pindaan Pertama Perlembagaan Amerika, iaitu kebebasan bersuara.
Akta itu digubal sebagai perisai kepada penulis dan wartawan Amerika daripada menjadi mangsa kepada apa yang dipanggil sebagai “pelancongan libel”.
Ia adalah amalan menyaman penulis warga US di mahkamah luar negara yang memiliki undang-undang libel yang lemah, seperti United Kingdom. UK terkenal dengan undang-undang libel yang bermasalah.
Atau di sesetengah negara di mana mahkamah dipengaruhi pihak-pihak tertentu.
Maka akta ini sebenarnya tidak melarang mana-mana pihak daripada memfailkan saman di mahkamah US. Maka ia menimbulkan persoalan, mengapa firma guaman tempatan yang mewakili individu berpengaruh yang disebut dalam artikel WSJ ini tidak mahu atau tidak sanggup untuk berbuat demikian.
Akta Speech atau tidak, tiada apa yang menghalang firma itu daripada menyaman WSJ di US pada masa ini. Perlu diulang, Akta Speech hanya melindungi penulis US daripada keputusan mahkamah di luar negara. Ia tidak menghalahng tindakan diambil melalui mahkamah US.
Ada yang mengatakan tindakan itu akan membuatkan perbicaraan berjalan secara terbuka dan menarik perhatian media yang tidak dapat dipengaruhi lelaki berpengaruh ini. Lelaki ini tidak dapat menarik lesen, menutup mahu pun menakut-nakutkan mereka.
Dan bukti dan pendedahan sepanjang perbicaraan akan diketahu orang ramai. Ia akan menunjukkan lebih banyak perkara kotor yang tidak mampu dicuci lelaki berpengaruh itu.
Anda tidak perlu mahir dalam undang-undang untuk melihat yang Akta Speech tidak menghalang sesiapa daripada menyaman sesiapa pun di US. Lainlah kalau mereka merancang untuk berbuat demikian di luar negara itu, memandangkan akta tersebut menjadikan apa-apa kehakiman dalam kes libel yang dibuat mahkamah luar US tidak dapat dikuatkuasakan.
Komen dan cadangan boleh dihantar kepada penulis di hazlan@hckmedia.com

3 comments:

  1. dah dijangka,tidak mengejutkan. Apa punya lawyer, dia juga nak memperbodohkan orang-ramai, sama seperti majikannya juga. samada sebarang penghakiman boleh dikuatkuasakan atau tidak itu adalah perkara yg kedua. Lebih baik saman difailkan tak kira di Malaysia atau di USA,jika najib menang kes , dapat membersihkan namanya

    ReplyDelete
  2. Dah agak dah.Dalam Malaysia bolehlah cakap besar sebab semua sendiri lantik. Jaguh kampung. Mulut berkokok buntut penuh taik.

    ReplyDelete
  3. Apa lagi nak harap dari si Bacul pon

    Jangan di MAGIK Bilyon Bilyon lagi sudah

    Rakyat saja kena tanggung hutang si Lahanat tu pon

    Kesian orang orang kampong mana lah ada duit

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa