Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, February 2, 2016

AG akan dicabar........

Bekas pemimpin Umno cabar keputusan peguam negara tidak dakwa Najib, kata sumber
OLEH V. ANBALAGAN, PENOLONG PENGARANG BERITA
Published: 2 February 2016 7:00 AM
Keputusan Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali tidak mendakwa Datuk Seri Najib Razak menimbulkan rasa tidak puas hati seorang bekas pemimpin Umno dan bertindak memfailkan semakan kehakiman. – Gambar fail The Malaysian Insider, 2 Februari, 2016. 

Seorang bekas pemimpin politik Umno akan memfailkan semakan kehakiman tidak lama lagi untuk mencabar keputusan peguam negara kerana tidak melakukan sebarang pertuduhan terhadap Datuk Seri Najib Razak berhubung derma RM2.6 bilion dan pemindahan wang RM42 juta daripada SRC International Sdn Bhd ke dalam akaun peribadi perdana menteri.

Sumber memberitahu The Malaysian Insider, ahli politik yang disokong sekumpulan peguam itu menyahut cabaran Tan Sri Mohamed Apandi Ali agar menggunakan prosiding undang-undang jika tidak berpuas hati dengan keputusan yang diumumkannya minggu lepas. 

Sumber itu berkata, langkah mencabar keputusan pendakwa raya yang jarang dilakukan itu muncul selepas Apandi berkata "tiada bukti kukuh" untuk mendakwa perdana menteri di atas sebarang salah laku berkaitan siasatan derma RM2.6 bilion dan SRC International.

"Ahli politik itu juga akan mendapatkan perintah bagi memaksa peguam negara memberi kebenaran kepada Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) untuk mengumpulkan bukti di luar negara berhubung dana RM2.6 bilion yang ditemui dalam akaun peribadi Najib," kata sumber kepada The Malaysian Insider.

SPRM sebelum ini berkata mereka meminta bantuan peguam negara untuk mengumpulkan bukti dalam bentuk pernyataan dan dokumen saksi dari luar negara melalui inisiatif bantuan undang-undang bersama (MLA).

Ahli politik itu dijadualkan mengadakan sidang media selepas memfailkan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Menurut peguam, ini adalah kali pertama cabaran dilontarkan terhadap bidang kuasa budi bicara peguam negara dalam prosiding jenayah di bawah Artikel 145 (3) Perlembagaan Persekutuan.

Majlis Peguam pada September lalu juga meluluskan resolusi memulakan tindakan undang-undang terhadap pegawai perkhidmatan awam yang mungkin menghalang proses keadilan dalam siasatan pemindahan wang RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadi Najib.

Presiden Majlis Peguam Steven Thiru ketika itu berkata, mereka yang dinamakan dalam saman itu mungkin membabitkan perdana menteri, serta pegawai perkhidmatan awam lain yang dilihat mengganggu siasatan.

"Ini bukan tentang siapa yang tidak bersalah atau bersalah, tetapi untuk menegakkan kedaulatan undang-undang berkenaan dengan siasatan yang diganggu," kata Steven berkata.

Selasa lepas, Apandi mengumumkan selepas 6 bulan siasatan, SPRM tidak mempunyai bukti yang mencukupi pada pandangan beliau untuk melakukan pendakwaan terhadap perdana menteri. 

"Berdasarkan fakta dan bukti, tiada kesalahan jenayah dilakukan perdana menteri berkait dengan 3 kertas penyiasatan.

"Dengan ini saya mengarahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menutup kertas siasatan tersebut," kata Apandi.

3 kertas itu membabitkan derma RM2.6 bilion dan 2 lagi melibatkan SRC International yang membuat pinjaman RM4 bilion daripada Kumpulan Wang Amanah Persaraan Diperbadankan (KWAP).

Pada Khamis, Apandi mengetepikan langkah SPRM merujuk kertas siasatan kepada panel operasi untuk mendapatkan semakan berhubung keputusannya supaya menutup siasatan.

Beliau berkata, mana-mana badan mempersoalkan apa-apa keputusan peguam negara melanggar Artikel 145 (3) Perlembagaan Persekutuan.

Bagaimanapun bekas peguam negara, Tan Sri Abu Talib Othman berkata, Apandi tidak mempunyai kuasa mengarahkan SPRM supaya menutup siasatan, sambil menambah ini adalah kes kepentingan awam yang menarik perhatian seluruh dunia. 

SPRM membuka kertas siasatan selepas laporan The Wall Street Journal (WSJ) dan Sarawak Report pada Julai tahun lepas yang mendakwa derma RM2.6 bilion, RM42 juta berasal dari SRC International, anak syarikat diilhamkan Najib, 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Ini berdasarkan dokumen aliran tunai yang diberikan penyiasat Malaysia, lapor WSJ dan Sarawak Report. 

Sejumlah besar wang sebanyak AS$681 juta turut dipindahkan ke dalam akaun peribadi Najib, yang berasal dari syarikat British Virgin Islands dan melalui Falcon Private Bank di Singapura, lapor kedua-dua portal itu.

SPRM sudah mengambil keterangan lebih 100 saksi termasuk Najib dan individu yang didakwa memberikan RM2.6 bilion.

Agensi itu terlebih dahulu mengemukakan kertas siasatan kepada peguam negara pada 31 Disember, dan kertas siasatan itu dipulangkan semua berserta dengan permohonan penjelasan pada 18 Januari. SPRM mengemukakan semula kertas siasatan itu pada 22 Januari lepas. – 2 Februari, 2016.

5 comments:

  1. Good job! Tahniah.
    Buat sampai ahjib dan ahmah tersungkur, tk sabar nk tengok...hahaha

    ReplyDelete
  2. Good job! Tahniah.
    Buat sampai ahjib dan ahmah tersungkur, tk sabar nk tengok.

    ReplyDelete
  3. Good job! Tahniah.
    Buat sampai ahjib dan ahmah tersungkur, tk sabar nk tengok.

    ReplyDelete
  4. Good job! Tahniah.
    Buat sampai ahjib dan ahmah tersungkur, tak sabar nk tengok...hahaha

    ReplyDelete
  5. Amboi. Sampai 4x posting. Benci sgt lerr tuu. Anyway 2 laki bini itulah yg jadi punca masalah kpd malaysia. If depa tergolek dog. Rm naik saham naik pelabur berebut nak masok gst hapus rakyat senang. Dan banyak lagi. Lu pikirlah sendiri. Umno ngok dah takleh pikir dah. Najib tulah pemimpin terbaik mereka now. Kahkah

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa