Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, February 5, 2016

Aiik......dia pula yang lebih?

Siasat kebocoran surat peringatan Bank Negara – PAS

 | February 4, 2016
Isu kebocoran kandungan surat terbabit boleh menjadi ikutan yang tidak baik dalam pengurusan negara.
Datuk-Dr-Mohd-Khairuddin-Aman-Razali-At-Takiri,
PETALING JAYA: PAS menggesa kerajaan menyiasat isu kebocoran kandungan surat peringatan Bank Negara kepada Lembaga Tabung Haji (TH) baru-baru ini.
Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali At-Takiri, berkata perkara itu boleh menjadi ikutan tidak baik dalam pengurusan negara
“Ia boleh menjadi ikutan tidak baik dalam pengurusan negara apabila dokumen rasmi dibocorkan sehingga menimbulkan pelbagai persepsi kepada rakyat,” katanya kepada FMT, di sini, hari ini.

Isu kebocoran kandungan surat Bank Negara Malaysia (BNM) kepada TH menjadi topik hangat di media sosial apabila ia menjadi viral.
Akibat kebocoran itu, TH telah membuat laporan polis berhubung kedudukan kewangannya yang dibocorkan kepada umum.
Mengulas lanjut, Khairuddin menasihatkan BNM dan TH supaya menyelesaikan perbezaan pandangan secara baik tanpa sebarang sentimen kerana ia membabitkan rakyat.
“Sebarang isu membabitkan TH menimbulkan sentimen besar dalam kalangan pendeposit TH.
“Pada masa sama, meskipun saya difahamkan TH tidak tertakluk kepada pengawasan BNM, penyelarasan dan nasihat serta pandangan baik antara dua institusi itu perlu diharmonikan,” katanya.

13 comments:

  1. Broka dan barua mula berkata2..

    ReplyDelete
  2. Olamak kopok lekor dari kuala nerus. Simpati dgn azeeeez raheeeem ker? Tanah th di Trx tak jadi jual ape cerita? Dulu kata nk jual. Dah ada buyer. La ni tk jadi jual. Auta keling azeeeez ni. Ni pon olamak pas tk nampok. Adoi malangnye. Dah jadi lebai malang. Aku pikir olamak ding ni setaraf dgn mad maslang jer. Haha

    ReplyDelete
  3. Ostad ni cakap untuk rakyat atau sekadar cakap seorang pembodek. Dah cakap kelihatan pula bodxxnya. Takkanlah Governor Bank Negara tu tak tahu tanggungjawab dan kerjanya sebagai pengawal sistem dan entiti kewangan dalam negara. TH tu tak ke institusi kewangan bukan bank (IKBB). Jadinya kalau camtu punya fikir, kes Pak Man telo dulu-dulu dan kes seperti ostad-ostad kutip duit skim beli gadai emas dan kutip duit skim buat rumah yang banyak penipuan dan kes along tak payahlah Bank Negara ambil tahu. Kalau pasal surat bocor tu memang rakyat tahu tak kena pada tempatnya. Kena pandailah sikit ostad nak komen tu jangan sedap cakap berputar-putar gamaknya. Setakat surat bocor apa impaknya sangat pada rakyat? Yang gelabar tu yang memegang amanah dan tanggunghawab. Kalau tak ada salah silap apa nak kecohnya. Isu-isu yang penting bagi rakyat dan ada impak pada rakyat adalah duit simpanan selamat, ada keuntungan, maklumat telus, rizab kewangan yang mantap dan stabil, harga pergi haji murah dan ada aliran tunai yang cukup untuk bayar dividen dan bonus. Takut juga kalau-kalau bayaran dividen dan bonus TH tu macam aliran tunai skim Pak Man Telo.
    Simpanan di TH dikatakan selamat kerana Bank Negara jamin tapi tak mahu pula dikawalselia oleh Bank Negara. Peliklah ostad, kami tak faham. Apa bodxx sangat ke kami rakyat ni?

    ReplyDelete
  4. Ustaz ni takut nanti dokumen2 membalak juga turut terbocor kpd orang ramai...kihkihkih..

    ReplyDelete
  5. Dr khairudin phd bidang apa? Tanya. Jangan mareh

    ReplyDelete
  6. Dr khairudin phd bidang apa? Tanya. Jangan mareh

    ReplyDelete
  7. Kita patut berterima kasih kepada pembocor surat BNM kerana berlakunya kita mengetahui 'hankey packey' dalam TH. Kita patut takrifkan perbuatan pembocoran itu sebagai darurat untuk menyelamatkan TH dari di peras oleh penyamun.

    ReplyDelete
  8. Tak silap PhD dia pernah heboh dalam kuliah maghribnya nampak bangga buat thesis fungsi "wau" huruf Arab. Itu yang perasan komennya ada "WOW factor" sampai fikir orang Bank Negara tak tahu buat kerja mereka. Ostad, ostad... elok terus jaga perniagaan kosmetik ostad tu dan pastikan berjalan baik dan semua dibayar komisennya.

    ReplyDelete
  9. Ostaz jual kosmetik apo hah? Minyak Atar bedak gincu celak ubat ketiak? Saja tanya. Jgn marrahhh. Hahaha

    ReplyDelete
  10. Ostad n lebai PAS pun teringin pakai Vellfire juga...

    ReplyDelete
  11. Wahai ularmak2 pak lebai n ularstad2 pas ada baik nya kamu balik kerumah sendiri bagi membetulkan segala bahagian yg longar daripada menyebok di rumah orang lain dengan menambah kan garam ke dalam gulai yg tersedia,. Hasil nya tak kemana, ,..

    ReplyDelete
  12. Olamak penghafal kitab muktabar. Tak tau waqi' realiti semasa. Tak tau keutamaan isu. Dah baca fiqhul aulawiyyah yusof qardhawi?? Tu yg nk berpelok dgn umno penyamun. Kahkah

    ReplyDelete
  13. Vellfire nasrudin mp temerloh dah pakai. Mini cooper nik bedoh. Nik amar range rover. Maybe i silap. Pls correct me. Haha

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa