Pengumuman

Mulai esok (11 Julai 17) blog ini tidak akan diupdate Oleh kerana blog ini dan blog yang satu lagi mengandungi bahan yang sama, saya rasa adalah wajar untuk menghidupkan satu blog sahaja iaitu mountdweller88 untuk dilayari dengan mudah tanpa gangguan insya Allah Saudara/saudari persilakan ke - mountdweller88.blogspot.com

Friday, February 5, 2016

Kejamkah persaanku kalau aku kata 'padan muka'!

Perompak putus pergelangan tangan dilibas parang
Adie Sufian ZulkefliAstro Awani |  Februari 04, 2016 22:43 MYT
Perompak putus pergelangan tangan dilibas parang
Seorang perompak putus pergelangan tangan kiri ketika bergelut dengan anak peniaga kedai serbaneka di Kilang Lama. -Astro AWANI
KULIM: Seorang perompak putus pergelangan tangan kiri ketika bergelut dengan anak pemilik kedai serbaneka di Kilang Lama, dekat sini malam tadi.

Menurut Ketua Polis Daerah Kulim, Superitendan Abdullah Arshad, dalam kejadian pada jam 7.45 malam itu, kedua-dua suspek bersenjatakan parang panjang dan pisau meluru masuk ke dalam kedai dengan memakai topi keledar dan menutup muka.

Suspek yang memegang parang panjang kemudian bertindak meluru ke arah ibu pekedai berusia 50-an yang berada di kaunter lalu mencekak rambut sambil mengugut supaya menyerahkan wang.

Sementara itu, seorang lagi suspek mengacukan pisau ke arah anak pemilik kedai tersebut.
Polis sedang meneliti lokasi kejadian.

Berang dengan tindakan kedua-dua suspek, anak pekedai berusia 20-an itu terus meluru ke arah suspek yang mengacukan pisau dan berlaku pergelutan di antara mereka.

Ketika pergelutan, dia sempat mengambil parang di dalam kedai lalu bertindak melibasnya dan terkena tangan kiri suspek, kata Abdullah.

Akibat daripada itu, pergelangan tangan kiri suspek putus.
Suspek yang putus pergelangan tangan sedang menerima rawatan.

Kedua-dua suspek yang panik bertindak melarikan diri dengan menaiki sebuah motosikal tanpa sempat mengambil tangan yang putus itu.
Suspek bagaimanapun berjaya ditangkap beberapa jam kemudian ketika cuba mendapatkan rawatan di sebuah klinik berhampiran.

Menurut Abdulah, kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Kesiksaan dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan penjara hingga 20 tahun dan sebatan.

8 comments:

  1. Tak payah tnggu hukum hudud PAS yg tah bila akan dilaksanakan kat Msia ni, pencuri, penyamun dah terhukum dgn sendirinya potong tangan. Tak tau bila hukuman utk penyamun negara iaitu a/k Razak akan terlaksana.

    ReplyDelete
  2. Ini barulah hukom hudud sebenar. Berlaku jer terus potong tangan. Tak tanggoh lagi. Huhuhu. Harap jamil khir tak tau bila hudud bn. Harap ulamak pas sembang jer lebih. Entahlah. Wallahuaklam

    ReplyDelete
  3. ......... Harapkan PAN , PAN lebih rela jadi barua tokong !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pas jadi barua sekular ok ker..

      Delete
  4. ek eleh. pas dah ditipu oleh amno dlm isu hudud. tipu atas darat. olamak pas mudah sangat ditipu amno. mcm budak lulus SRP je. haha. Pan berjuang ikut waqi' atau reality. Mcm turki jordan mesir pun belom laksana hudud. kefahaman rakyat dan sebab2 yg boleh menghalang perlu dihapus dulu. bukannya memekik hudud hudud. tp habuk pun tarak mcm olamak pas chai. bila hadi nk bentang pindaan akta 355 kuasa mahkamah syariah di parlimen. now pas senyap je pasai hudud. mana pi olamak pas chai yg hebat spt mahfoz titm nik amar harundin zuhdi ding ayang khairudin nik zawawi. dah habih ratib hudud?? kesian wala unta pas chai. selamanya bodoh jer. bye bro

    ReplyDelete
  5. Olamak pas. Jawab ler abg ek eleh diatas tu. Hahaha

    ReplyDelete
  6. Padan muka budak tuu. Mak bapak suh belajak malas. Bila besak nk try jadi perompak. Nk jadi perompak pun tak belajak dulu. Oppss. Agaknye depa belajak drp pemimpin umno. Umno kuat merompak tapi hukuman lepas. Haha

    ReplyDelete
  7. Harap macai pas memekik jer. Takdah hujah. Ada peluang bentang akta 355. Dia lari pi jepon. Ada j.kuasa hudud mcm dah bubar. Semuanya salah dap. Org lain jahil tak faqih munafik haraki barua jebon. Sedih tengok kelakuan olamak pas chai. Merasa diri hebat maksom. Tp ditipu umno jamil khir. Bye

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa