Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, February 13, 2016

Aik.......macam tak tau nak buat apa kat Husam?

Seperti disaran Husam dihadap ke Jawatankuasa Disiplin


TERKINI

Tiada tindakan drastik terhadap Husam Musa diambil oleh Pas hari ini apabila mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pas memutuskan bahawa bekas Naib Presiden Pas itu akan dirujuk kepada Jawatankuasa Disiplin parti dalam kadar segera.

Ertinya tidak ada apa-apa tindakan terhadap Husam seperti didesas desuskan termasuk sama ada dipecat daripada Pas atau digantung keahliannya.

Menurus laporan dipetik, Timbalan Presiden Pas Tuan Ibrahim Tuan Man memaklumkan mesyuarat yang dipengerusikan Abdul Hadi Awang memutuskan Husam dirujuk kepada jawatankuasa disiplin selepas meneliti laporan berhubung salah laku Husam ada kes.

Keputusan Pas terhadap Husam hari ini dikira matang dan tidak mengikut sentimen sesetengah mereka yang mahukan Husam dihumban daripada parti agama itu.

Adalah diharap Jawatankuasa Disiplin yang akan bersidang meneliti kes Husam membuat keputusan yang tepat, adil dan melihat serta meneliti semua sudut serta tidak hanya bergantung kepada satu laporan selepas pihak sahaja.

Laporan balas yang bakal diberikan Husam juga perlu diteliti sama dengan penuh keadilan tanpa prejudis.

Pihak yang bertentangan dengan Husam perlu dipanggil sama dan juga laporan-laporan serta tindakan salah laku pemimpin lain juga dicerapi sama dengan penuh saksama dan penuh keadilan.

Apapun syabas kepada Pas yang masih waras dalam membuat keputusan demi kemaslahat parti itu agar ia tetap dipandang parti yang beradab. [wm.kl.2:42 pm 13/02/16] * Tanpa edit. - sumber

5 comments:

  1. Pecat dato'husam musa serupa pecat 50% ahli PAS di kelantan laa,,,hahaha,,,,

    ReplyDelete
  2. Bro. Aku rasa 70% lah. Haha. Tu yg takut tu. Dulu tergesa lantik mad yakob jd mb. Mad cool ni takdak aura jd mb. Maaf cakap. Yg tergesa tu hj hadi awe le. Haha

    ReplyDelete
  3. Patut nye husam jd mb kelantan. Mad yakob dilucut tmb. Ganti dgn org lain. Baru kelantan boleh capai wawasan negeri makmur berkebajikan. Tp ini terhalang oleh akal pendek presideng hadi awe yg nak mb ularmak. Mad yakob hanya degree jer. Bagi aku mad cool bkn ulamak. Tp hanya anak ulamak. Mcm muhyidin n paklah badwi. Aura mb pun takdak. Maaf cakap. Jauh beza dgn tg nik aziz. Wallahuaklam

    ReplyDelete
  4. Hadi awe. Gopoh gapah tu kerja setan. Bila najib penyamun nak lantik hadi jd penasihat rm20k per month? Mcm ust. Nasha Gmm. Gua mau mashoookk.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa