Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, February 13, 2016

Isu RM2.6b dan SRC: AG mematahkan semangat SPRM?

Semangat SPRM melayang, perlukan sokongan rakyat

 | February 13, 2016
Rakyat Malaysia perlu berdiri di belakang SPRM supaya rasuah diperangi dan integriti ditingkatkan di negara ini.
akhbar-satar_ti_sprm_600
KUALA LUMPUR: Moral kakitangan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) didakwa terjejas selepas Peguam Negara, Tan Sri Mohamad Apandi Ali mengarahkan kes siasatan wang sumbangan RM2.6 bilion dan kes SRC International ditutup.
Sehubungan itu, Presiden Transparency International-Malaysia (TI-M), Datuk Akhbar Sattar merayu rakyat Malaysia supaya memberi sokongan sepenuhnya kepada SPRM.
Katanya, kakitangan dan pegawai SPRM bertungkus-lumus sepanjang masa demi menyiapkan kertas siasatan wang sumbangan RM2.6 bilion dan kes SRC International.
“Apabila kertas siasatan yang siap itu diserahkan, Peguam Negara yang menelitinya kemudian mendapati tiada kes dan mengarahkan kes ditutup.
“Saya diberitahu (kakitangan) SPRM memang kecewa dengan arahan Peguam Negara, namun tak mampu berbuat apa-apa,” katanya ketika wawancara eksklusif bersama FMT di sini, semalam.
Katanya, kekecewaan kakitangan badan anti rasuah itu ditambah dengan khabar angin yang mendakwa ‘ada tangan’ cuba mempermainkan SPRM berhubung siasatan terbabit.
Akhbar berkata, SPRM sangat memerlukan sokongan dan rakyat Malaysia perlu berdiri di belakang mereka supaya rasuah dapat diperangi dan integriti ditingkatkan di negara ini.
Bulan lalu, Mohamad Apandi mengarahkan SPRM menutup siasatan mengenai sumbangan politik RM2.6 bilion terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan SRC International.
Mohamad Apandi juga mengesahkan tiada pendakwaan dibuat ke atas Perdana Menteri kerana tiada kesalahan jenayah dilakukan berhubung wang sumbangan terbabit yang dimasukkan ke akaun peribadinya serta siasatan berkaitan SRC International

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa