Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, February 10, 2016

Aku melawat penempatan baru mangsa mangsa banjir - Gambar

Petang tadi aku melawat sepupu aku mangsa banjir Dis. 2014 yang dipindahkan ke penempatan baru di kampung Telekong, machang, Kelantan.

Rumahnya dihanyutkan banjir dalam kejadian itu di Kampong Chenulang, Kuala Krai, Kelantan. Akhirnya sepupu aku dapat juga kediaman baru setelah lebih setahun menunggu dalam khemah

Rumah-rumah ini dibina oleh Lembaga Zakat Selangor, Pusat Zakat Negeri Sembilan dan Muhyiddin Yassin
Sumbangan Lembaga Zakat Selangor
 
 Sumbangan Pusat Zakat Negeri Sembilan
 Tapak pembinaan rumah sumbangan Muhyiddin Yasin

 Pandangan depan rumah sepupu aku dari sumbangan Lembaga Zakat Selangor
 Keadaan dalam rumah yang punyai tiga bilik tidor
Perabot ruang tamu dan almari bilik tidur juga sumbangan Lembaga Zakat Selangor

# segala maklumat ini saya dapatkan dari penduduk yang dipindahkan ke situ. Zakat Kelantan tercurah ke mana?

5 comments:

  1. Nak cari rezeki, Insyaallah.
    http://YouthToEarn.com/?ref=200943
    PERCUMA je .. Tiada apa-apa bayaran dikenakan(kalau rasa program ni menipu, anda tidak rugi apa-apa sebab tak keluar modal pun). Anda hanya perlu open link dibawah dan register. Anda akan terus dapat USD20 x4.4=RM81.60 Selepas dapat link anda sendiri,paste ke Facebook,Twitter,Whataspp dan sebagainya .. Setiap org yg buka link anda, anda akan dibayar. MUDAH kan ?? Anda boleh pilih nk masuk ke akaun atau cek di pos ke alamat rumah anda. INGAT!! Anda tidak rugi apa-apa. bukan sekadar membantu anda sahaja bahkan mampu membantu orang lain. kalau tak percaya,join dulu.klik link ni dan register nama anda sahaja.KLIK LINK
    http://YouthToEarn.com/?ref=200943

    ReplyDelete
  2. Zakat negeri sembilan?????

    ReplyDelete
  3. Anon 10:32 PM 12.2.16

    Ya N9. Itulah yang saya dengar

    ReplyDelete
  4. Tuan.. bukan pusat zakat negeri sembilan. Dibina oleh Lembaga Zakat Selangor dgn peruntukan zakat RM10.2 juta. Bukan sahaja utk rumah malahan prasarana, kemudahan jalan, bekalan elektrik dan air utk 60 keluarga asnaf fakir dan miskin Kuala Krai.Tuan boleh rujuk pada link http://www.zakatselangor.com.my/terkini/60-keluarga-asnaf-musibah-banjir-kuala-krai-terima-rumah-lzs/

    ReplyDelete
  5. ima syuhada

    Semasa saya ke sana saya diberitahu perumahan berkenaan dibina dalam 3 phase. dikatakan satu dari Lembaga Zakat Selangor dengan semua kemudahan termasuk perabot. satu lagi oleh Pusat Zakat N.9. saya tak tahu samada dilemkali perabot atau tidak. Dan satu lagi di peringkat penyediaan tapak. Khabarnya sumber yang diusahakan oleh TS Muhyiddin Yasin.

    Wallahu aklam.

    Walau apa pun atau siapa pun yang menderma dan usahakan, saya sebagai anak kelantan amat bersyukur dan amat berterima kasih di atas segala derma dan usaha pihak-pihak yang terlibat terutama rakyat selangor melalui Lembaga Zakat Selangor serta sudah tentu dengan perkenan tuanku sultan selangor.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa