Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, February 13, 2016

Aku sokong tapi harapannya tipis

30,000 tandatangan petisyen gesa Agong buka semula siasatan terhadap Najib
OLEH MD IZWAN
Published: 12 February 2016 3:21 PM
Pengendali laman Facebook ‘1Juta Desak Buka Kembali Siasatan Terhadap Najib Razak’ hari ini mengumumkan jumlah penandatangan petisyen yang berjaya dikumpulkan dalam masa 5 hari ia dilancarkan. – Gambar Facebook, 12 Februari, 2016. 

Kempen meminta Yang di-Pertuan Agong membuka semula siasatan ke atas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mendapat sokongan, selepas hampir 30,000 orang menandatangani petisyen atas talian yang dimulakan Ahad lalu.

Perkara itu diumumkan pengendali laman Facebook "1Juta Desak Buka Kembali Siasatan Terhadap Najib Razak" hari ini.

"Setelah 5 hari dilancarkan, 30,000 rakyat Malaysia berani tampil menandatangani petisyen untuk mendakwa Najib," kata pengendali laman itu.

Pengendali meletakkan sasaran pertama mengumpul 100,000 penandatangan dalam tempoh seminggu bagi membina momentum ke arah 1 juta tandatangan.

Petisyen maya itu bertujuan menggesa siasatan terhadap dana dalam akaun bank peribadi perdana menteri dapat dibuka semula.

Setakat ini, laman Facebook itu menerima 28,398 "likes".

Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli melancarkan kempen itu Ahad lalu, menggesa raja-raja Melayu membuka siasatan dan melantik pendakwa raya bebas mengetuai siasatan. 

Kempen tersebut susulan laporan The New York Times pada 6 Februari, memetik Menteri Luar Arab Saudi Adel al-Jubeir menyatakan wang AS$681 juta yang dimasukkan dalam akaun Najib bukan sumbangan politik tetapi pelaburan seorang warga Saudi. 

Rafizi berkata, ia menyangkal kenyataan Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali yang kononnya dana itu adalah derma dan menimbulkan beberapa persoalan baru.

Apandi sebelum ini mengarahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menghentikan siasatan berhubung wang derma RM2.6 bilion dan menutup kes itu selepas mendapati tidak cukup bukti untuk melakukan pendakwaan.

Najib sebelum ini menafikan sebarang dakwaan salah laku dan salah guna dana awam untuk kepentingan peribadi. – 12 Februari, 2016

1 comment:

  1. Tipis? Tepat gamaknya jangkaan tu. Elok jugak Bro Rafizi usahakan cara ni. Setidak tidaknya dunia dan rakyat Mesia dapat lihat dengan jelas siapa peduli dan siapa tak peduli ke guaner? Kah kah kah

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa