Pengumuman

Mulai esok (11 Julai 17) blog ini tidak akan diupdate Oleh kerana blog ini dan blog yang satu lagi mengandungi bahan yang sama, saya rasa adalah wajar untuk menghidupkan satu blog sahaja iaitu mountdweller88 untuk dilayari dengan mudah tanpa gangguan insya Allah Saudara/saudari persilakan ke - mountdweller88.blogspot.com

Wednesday, February 3, 2016

Apa salahnya kalau bukan jenis kencing dan jenis bedal ikut sedap!

ADUN DAP boleh dilantik jadi MB Selangor – Aziz Bari

 | February 2, 2016
Undang-undang tubuh negeri tidak melarang individu daripada parti lain untuk menjadi Menteri Besar.
Abdul-Aziz-Bari
PETALING JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada parti DAP boleh dilantik menjadi Menteri Besar Selangor asalkan individu yang dipilih seorang yang berbangsa Melayu dan mendapat sokongan majoriti.
Ahli Jawatankuasa DAP Selangor, Dr Abdul Aziz Bari berkata, ia disebabkan undang-undang tubuh negeri tidak melarang individu daripada parti lain untuk menjadi Menteri Besar.
Bagaimanapun, Aziz menjelaskan, sekiranya ADUN Melayu itu tidak ada, berlakunya masalah majoriti dan pelbagai syarat lain tidak dapat dipenuhi, Sultan boleh melantik bukan Melayu sebagai Menteri Besar.
“Yang pertamanya dia mesti majoriti, yang keduanya dia Melayu dan Islam. Kalau ini tidak ada, kalau Melayu dan Islam ini tidak ada majoriti sebagai contoh, bukan Melayu boleh dilantik Menteri Besar oleh Sultan.
“Sultan yang berkuasa. Sultan boleh mempertimbangkan benda itu (pelantikan Menteri Besar). Tanggungjawab kepada Sultan untuk menimbangkan pelantikan Menteri Besar bukan Melayu untuk memastikan Menteri Besar seorang yang mempunyai majoriti disokong oleh sebahagian besar daripada ADUN.
“Seluruh negeri Melayu begitu, sembilan negeri Melayu bukan di Selangor sahaja,” katanya ketika dihubungi FMT hari ini.
Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai kenyataan Pensyarah Kanan Hal Ehwal Politik dan Antarabangsa Pusat Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia, Md Shukri Shuib yang menyatakan jawatan Menteri Besar Selangor boleh terlepas ke tangan DAP jika Datuk Seri Mohamed Azmin Ali gagal mempertahankan prinsip satu lawan satu di Selangor.
Md Shukri dalam laporan di akhbar Sinar Harian, beliau yakin DAP akan mengambil alih kerusi menteri besar kerana parti berkenaan juga cenderung meletakkan calon Melayu bertanding dalam pertembungan tiga penjuru pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
Mengulas lanjut, Aziz berkata, beliau tidak memahami apa yang dimaksudkan oleh Md Shukri dan menyifatkan ia merupakan satu komen yang rasis.
“Saya fikir ini nampak sangat satu komen yang tak masuk akal. Komen rasis, komen politik bukan komen yang sepatunya keluar datang daripada mulut akademik,” tegasnya.
# sebaliknya komen Md Shukri adalah seolah komen ugutan dan menhasut rakyat Selangor khususnya dan negeri-negeri lain yang majoriti Melayu amnya.

senario yang saya birukan itu pula, segi logiknya adakah ianya akan berlaku sekiranya hanya cina DAP menang di kawasan bandar sahaja?

3 comments:

  1. macam macam boleh telepas kalau ada melayu dah suka jadi boddo
    boddo kerana duit

    ReplyDelete
  2. Kalau sekarang kita boleh tuding jari kearah DAP apahal jika sekarang ini pun kita sudah dapat lihat orang melayu sendiri sudah gadai hak melayu ketangan bukan DAP tapi PAP tanah melayu tanjung pagar ,woodlang dan banyak lagi entah-entah derma yang diterima dari arab tu ada udang disebali kuah tapi rahsia telah terbocor maka tertutup lah yang disokong oleh undang-undang apandi peguam negara,insya Allah akan terbuka suatu hari nanti.

    ReplyDelete
  3. Tak kira siapa jd mb ke pm ke asalkan bersih,jujur,amanah,cekap memerintah..tengok je senarai negara bebas rasuah semua diterajui oleh non malah non muslim..pemimpin kita kata je islam..setakat berarak maulid je..pastu rasuah dan cekik rakyat..hidup super mewah..buat malu islam je

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa