Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, February 3, 2016

Selepas Mukhriz undur, Najib bila?

Selepas Mukhriz undur pengguna media sosial persoal bila giliran Najib
TMI - Published: 3 February 2016 5:14 PM
Rata-rata pengguna media sosial terutama juga rakyat Malaysia terkilan dengan peletakan jawatan Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai menteri besar Kedah susulan kemelut politik Kedah dan mempersoalkan bilakah nasib yang sama bakal menimpa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. – Gambar The Malaysian Insider oleh Hasnoor Hussain, 3 Februari, 2016.

Peletakan jawatan Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai Menteri Besar Kedah hari ini mendorong pengguna media sosial bertanya bila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pula akan meletak jawatan.
Ketika frasa "MB Kedah" mula trending di ruang maya Twitter, rakyat Malaysia menggunakan laman mikro-blog itu menyatakan kekecewaan mereka ke atas nasib yang menimpa Mukhriz.
Mereka mendakwa, rakyat sudah hilang sokongan terhadap Najib, namun beliau masih berkuasa tetapi seorang pemimpin seperti Mukhriz, yang menurut mereka masih mendapat sokongan orang ramai, dipecat.
"Rakyat nak tukar PM, Kedah MB kena tukar pulak. Yet another disappointment," tulis Wee Su Lin di akaun Twitternya @sulinwee.
Sementara huzairieyahyaa (@HuzairieYahya96) menulis: "We need new PM, not new Kedah MB (Kami perlukan PM baru, bukan MB baru)."
Seorang pengguna Twitter dengan nama @ajijudinnn turut menulis sajak pendek berbunyi: "Pergi kedai cari teh kundur, Ternampak Mukhriz membeli tauhu, Ku harapkan Najib undur, Tup tup dapat MB baru". – 3 Februari, 2016.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa