Pengumuman

Mulai esok (11 Julai 17) blog ini tidak akan diupdate Oleh kerana blog ini dan blog yang satu lagi mengandungi bahan yang sama, saya rasa adalah wajar untuk menghidupkan satu blog sahaja iaitu mountdweller88 untuk dilayari dengan mudah tanpa gangguan insya Allah Saudara/saudari persilakan ke - mountdweller88.blogspot.com

Wednesday, February 10, 2016

Berita yang tidak pelik dan tidak menghairankan!

Tiada pemimpin PAS hadir sambutan setahun Anwar dipenjara
OLEH KC NAZARI
Published: 10 February 2016 7:02 AM
Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (kanan) bersama naib presiden yang juga anaknya, Nurul Izzah Anwar (kiri) dan Presiden Amanah Mohamad Sabu mengaminkan doa pada program Himpunan 365 sempena setahun Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan di Sungai Buloh, malam tadi. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 10 Februari, 2016

Himpunan 365 #BebasAnwar #BebasRakyat sempena genap setahun Datuk Seri Anwar Ibrahim di penjara di Sungai Buloh malam tadi menyaksikan tiada seorang pun pemimpin PAS hadir memberikan sokongan.

Sebaliknya, sekurang-kurangnya 15 pemimpin politik pembangkang daripada PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah) menyampaikan ucapan secara bertali arus di atas pentas sementara di depan pintu masuk penjara itu.

Jurucakap penganjur daripada kumpulan yang menggelar diri mereka "Pro98 Reformis Malaysia", Dr Badrulamin Bahron berkata, mereka menjemput PAS bermesyuarat untuk penganjuran acara malam ini sejak 2 bulan lalu tetapi tidak diendahkan.

"Saya rasa terkilan kerana sepanjang perjalanan program daripada mesyuarat ke mesyuarat walaupun kami jemput tapi pimpinan PAS di semua peringkat tidak ada yang hadir dan kemuncaknya tidak ada seorang pun pada malam ini.

"Sedangkan, program malam ini acara rakyat untuk membebaskan ikon perjuangan rakyat bagi meneruskan agenda reformasi," kata pengerusi tetap PKR Sabak Bernam itu ketika ditemui selepas acara tamat pada 12 malam.

Bagaimanapun, ketidakhadiran pimpinan PAS tidak merencatkan mood sambutan acara.

Bahu jalan di depan Penjara Sungai Buloh dipenuhi kereta sejak jam 8 malam lagi.
Barisan penyokong wanita turut kelihatan memenuhi kawasan depan Penjara Sungai Buloh pada program Himpunan 365 #BebasAnwar #BebasRakyat, malam tadi. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 10 Februari, 2016.

Gerai menjual makanan ringan turut didirikan, tidak ubah seperti ceramah kempen pilihan raya.

Mencuri perhatian ramai ialah puteri sulung ketua umum PKR itu, Nurul Izzah Anwar yang cuba meniup semangat kira-kira 1,000 penyokong.

Katanya, orang ramai tidak perlu bersedih dengan pemenjaraan Anwar yang dianggap sebagai seorang tahanan politik.

"Ingat pesanan saya, jangan sedih.

"Nak sedih buat apa? Bukan kita yang rasuah. Kitalah patriot yang sebenar," kata ahli Parlimen Lembah Pantai itu disambut tepukan gemuruh hadirin.

Selain Nurul Izzah, Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam ucapan ringkasnya menggesa orang ramai untuk meneruskan perjuangan suaminya.

"Selagi hayat dikandung badan kita teruskan perjuangan kerana inilah yang Datuk Seri Anwar mahu kita lakukan," kata Dr Wan Azizah.
Barisan penyokong wanita turut kelihatan memenuhi kawasan depan Penjara Sungai Buloh pada program Himpunan 365 #BebasAnwar #BebasRakyat, malam tadi. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 10 Februari, 2016.

Sebelum itu, tepat 10 malam Dr Wan Azizah dan Nurul Izzah melepaskan beberapa ekor burung merpati ke udara sebagai simbolik kepada gesaan mereka agar Putrajaya membebaskan Anwar.

Pada acara sama, sasterawan negara yang kini menganggotai DAP, Datuk A Samad Said turut mendeklamasikan sajak bertajuk "Puisi Lara Datuk Seri Anwar Ibrahim".

Sebelum itu juga, aktivis pelajar Mashitah Sulaiman turut mendeklamasikan sajak berjudul "Rajawali" yang ditujukan kepada Anwar.

Hadir sama pada sambutan malam tadi daripada Amanah ialah presidennya, Mohamad Sabu, setiausaha agung, Anuar Tahir, ahli jawatankuasa pusat Dr Mohd Hatta Ramli dan Khalid Samad.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sekinchan Ng Suee Lim daripada DAP turut hadir dan berucap dalam dialek Jawa.

Majlis tamat dengan bacaan doa diketuai Badrulamin dan nyanyian lagu "Negaraku".

Pada 10 Februari, 2015 Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara 5 tahun ke atas Anwar sekali gus menamatkan kerjayanya sebagai ketua pembangkang dan ahli Parlimen Permatang Pauh.

Mahkamah mengetepikan permohonan Anwar yang meminta hukuman lebih ringan daripada dijatuhkan Mahkamah Rayuan sebelum itu dan pada masa sama menolak permohonan pihak pendakwa yang mahu hukuman ditingkatkan. – 10 Februari, 2016.

6 comments:

  1. pas bukan sebahagian dari pakatan rakyat lg..mreka telah menjadi parti yg sangat kuat ( kuat ditipu) mereka tak perlukan anwar lg..
    mereka sebagian dari komponen barisan nasional ( geng umno)
    ape perlunya anwar lagi

    ReplyDelete
  2. ada ahli pas yang senang dikupas
    aqidah longgar mudah dilanggar
    gebang macam gendang
    tak dapat uncang mula meradang

    ReplyDelete
  3. Nak tanya azmin ali datang x...sal dia timbalan presiden....maklum la kn semenjak memuji2 dr m di majlis perkahwinan ank dia ..igt lg x dia pd anwar

    ReplyDelete
  4. namun mereka menang bersama pakatan--dan masa anwar bersama
    semoga pas bahagia bersama umno

    ReplyDelete
  5. Nak tanya azmin ali datang x...sal dia timbalan presiden....maklum la kn semenjak memuji2 dr m di majlis perkahwinan ank dia ..igt lg x dia pd anwar

    ReplyDelete
  6. Pakatan Harapan bertambah kukuh dengan kekuatan tiga party yg mendokongnya,.lupa kan saja Pas tu,.hanya sebagi duri dalam daging, kalau dah jadi punahsihat umno,.dah terang lagi bersuluh , sememangnya klompok Umno ,. Seterusnya menjadi seteru politik kepada pakatan Harapan,.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa