Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, February 10, 2016

Kalau Melayu dan laporan pula dari Bernama, taklah pelik!

Takiyuddin dakwa ahli AMANAH kembali sokong PAS
mk - Hari ini, 4:55 petang
Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan berkata beliau mempunyai bukti ada anggota Parti Amanah Negara (AMANAH) yang mengubah haluan menyokong perjuangan PAS.
Mengulas kenyataannya berhubung perkara itu baru-baru ini, Takiyuddin meminta kepimpinan AMANAH untuk menyiasat sendiri perkara itu kerana beliau tidak akan mendedahkan nama-nama individu yang terlibat.
"Saya sebut (ada anggota Amanah sertai PAS semula) itu sebab saya ada fakta. Mereka datang jumpa saya baru-baru ini. Ada beberapa orang. Kami berbincang dan berbual. Mereka telah salah faham dengan perjuangan Amanah.
"Walaupun berbeza pandangan parti politik dengan individu tersebut, namun kami boleh duduk semeja, berbual dan berbincang pelbagai perkara termasuk perjuangan kedua-dua parti.
"AMANAH perlu siasat sendiri siapa mereka. Saya tidak bertanggungjawab untuk mendedahkannya," katanya kepada Bernama hari ini.
Presiden AMANAH Mohamad Sabu ketika ditemu ramah satu portal berkata beliau tidak mempunyai maklumat tersebut, manakala Pengarah Komunikasi Amanah Khalid Samad mencabar Takiyuddin mendedahkan nama-nama individu yang terlibat.
Takiyuddin ketika ditanya sama ada individu yang menemuinya itu perlu atau telah mengisi borang keahlian PAS semula, anggota Parlimen Kota Bharu itu berkata perkara tersebut bergantung kepada status keanggotaan mereka.
-Bernama

7 comments:

  1. Ingatkn org Umno masuk Pas.

    ReplyDelete
  2. Ahli Umno masuk Pas ke

    ReplyDelete
  3. Perang psiko yg membuktikan taki sendiri yg gelabah kerana di kota bharu belum pasti dia selamat. Kami pengundi kb sudah mual dan muak.

    ReplyDelete
  4. Kalau benar baguslah, menyucikan AMANAH dari unsur2 sabotaj. Tapi yang pasti dia tak tahu ada cawangan2 PAS memilik ajk2 yang terdiri dari ahli AMANAH... Mereka takut isytihar diri keluar PAS sebab bimbang dipulau atau mengguris hati kawan... tak tahulah mesyuarat agong cawangan PAS, sah atau tidak jika dihadiri oleh ahli2 AMANAH.

    JIKA TIDAK KENA GAYA, AKAN ADA CAWANGAN AKAN TERBUBAR SEBAB MESYUARAT AGONG DIHADIRI OLEH AHLI2 AMANAH.

    ReplyDelete
  5. Dengar kabar yb taki bini dua. Marah betul azalina tomboy dgn taki. Yalah azalina cinta taki. Tp taki tk layan sbb status jantina azalina. Haha. Gurau jer. Jgn marahhh. Kali ni taki akan ghuyub di kota baru. Org kampong dan bandar semua dah tauu beb. Haha bye bye yb taki

    ReplyDelete
  6. depa pemimpin pas kata.keluar pas jadi kapir.murtad.tu yg berebut nk masuk balik..keluar 10. yg masuk balik cuma 2. itu pun sebab jawatan je kot.
    yg lain tak heran pun hangpa nk kata ape pun..
    hangpa pun bukan hebat mana pun

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa