Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, February 13, 2016

Legasi TG Nik Aziz: Ini janji Amanah

Amanah akan teruskan legasi Tuan Guru Nik Aziz
12 Februari 2016 | HAZAYANI ZAKARIA
Mazlan Aliman

Allahyarham Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat sangat berpandangan jauh dalam meluaskan konsep dakwah kepada masyarakat pelbagai kaum dan agama di negara ini, kata Ahli Jawatankuasa Pimpinan Nasional Parti Amanah Negara (Amanah)  Mazlan Aliman.
Mazlan berkata Tuan Guru Nik Aziz selalu berpesan agar mendekati masyarakat bukan Islam dan menekankan konsep Rahmatan lil Alamin (rahmat untuk sekelian alam).
“Tok Guru Nik Aziz selalu berkata, kita dengan orang Melayu sudah terlalu biasa. Kita hidup dalam lingkungan orang Melayu. Pada umumnya orang Melayu ni Islam cuma yang kurang pada orang Melayu ialah penghayatan, tapi yang penting sejauh mana dakwah kepada orang bukan Islam yang sepatutnya diberi keutamaan.
“Beliau selalu sebut tentang konsep Rahmatan lil Alamin dan pandangan Tok Guru Nik Aziz tentang konsep dakwah sangat jauh,” katanya kepada Malaysia Dateline.
Mengimbau kenangan bersama kepimpinan bekas Mursyidul Am Pas itu, Mazlan berkata, sewaktu beliau menjadi ketua penerangan Pas Johor, Tuan Guru Nik Aziz akan meminta setiap program Pas di negeri itu disertai masyarakat bukan Islam.
"Saya pernah dua kali menjadi ketua penerangan Pas Johor. Kelebihan yang ada pada Tok Guru Nik Aziz, apabila kita hantar proposal program kepada beliau, antara perkara yang perlu ada dalam aturcara program adalah program bersama masyarakat nonmuslim.
“Pernah satu ketika tak ada aktiviti bersama masyarakat nonmuslim dalam program dan Tok Guru Nik Aziz menyatakan perasaan terkilan.
Walaupun tinggal seminggu lagi sebelum program, beliau minta dimasukkan program dengan orang Cina dan India sama ada dialog atau sebagainya,” cerita Mazlan yang pernah menganggotai jawatankuasa Pas Pusat.
Sambil mengakui jasa Tuan Guru Nik Aziz sangat besar dalam mengukuhkan perpaduan nasional di negara ini, Mazlan berkata, Amanah akan meneruskan usaha murni Tuan Guru Nik Aziz dalam memastikan keharmonian antara kaum dan menepis sikap perkauman sempit.
“Amanah akan menjadikan dakwah terhadap nonmuslim sebagai agenda utama untuk meredakan prasangka dan menjadikan kehidupan rakyat pelbagai kaum di negara ini aman dan harmoni.
“Kalau Tuan Guru Nik Aziz sangat menekankan keluasan dakwah, kenapa kita nak kembali ke belakang dengan mengamalkan perkauman sempit?
“Saya nak menepis tuduhan kita (Amanah) ikut telunjuk orang bukan Islam itu tidak benar sama sekali tapi tuduhan itu menunjukkan betapa rasisnya kita,” ujarnya.

6 comments:

  1. Orang2 munafik memang bercakap seperti itu bila mana seorang tokoh yg beliau tidak dapat tandingi itu telah pergi. Banyaklah pujian2 berjela2 tapi hati tetap marah kpd alm. Kalau tidak kenapa cepat2 tubuh PAN kalau kita tahu org. ini yang terbaik. Semua ini adalah berjuang kerana hati dan perut yg perlu kpd nafsu tinggi dan tidak sepadan dengan iman dan taqwa didalam dirinya. Maaf kalau menyakitkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hang belajaq kitab mana keluaq pas jadi munafik?
      Yg munafik tu contohnya mcm hadi marang sebab suka berbohong.
      Contohnya,hadi kata dia ada surat dari alqhardawi haramkan parti amanah.mana surat tu?
      Bila org minta nak tengok,dia buat bodo,diam menyepi..
      Sapa yg halau org2 kuat PAN dan suruh tubuh parti sendiri?
      Bukankah tuang presideng hadi almaksumi?
      Kahkahkah

      Delete
    2. Jadi ahli parlimen tapi slalu ponteng sidang.... Itu x munafik ker.... Pergi luar negara tapi x join program yg drancang smata mata krn demam.... Itu munafik kerr

      Delete
  2. hizam,

    iman hanya Allah sj yg boleh nilai.

    cuba fikir sejenak. adakah ini perangai ulama?

    1. fitnah calon pkr dgn pil kuda kominis walhal dlm kerjasama?
    2. mana perginya hudud yg dilaung2kan seblm muktamar lepas? bila dah berjaya tendang geng pro, hudud pun senyap. walhal hadi ponteng pergi kena mi jepun wlpun hudud ada dlm senarai pembentangan diparlimen.
    3. mana janji nak perang besar dgn umno kalau gagal luluskan hudud?
    4. knp ahmad yakob tak tunaikan janji dia krn gagal laksana hudud
    5. mana perginya jawapan tindakan keatas isu2 yg dibentangkan oleh YB Husam?
    6. knp dipenang pas tentang dap, tapi bersekongkol dgn dap di Selangor?
    7. hadi kata syeikh nato qardhawi ada tulis surat kpd dia mengharamkan Parti Amanah Negara. MANA SURAT TU? penipu punya hadi.
    8. hadi tak kritik najib terima derma rm2.6bilyun malah sedondon mcm org tua nyanyuk pakai baju melayu sama dgn najib.

    ReplyDelete
  3. En. Hizam. Pas itu parti ahli syurga ke? Jika ya why mufti 14 org tk masuk pas? Ramai juga mufti sokong umno spt harussana mufti phg mufti johor n mufti pencen noh gadut. Haha. Jgn tuduh org lain munafik. Nnti tuduhan kembali kpd yg menuduh. Ehemmm

    ReplyDelete
  4. Dah fanatik PAS ITU LA lagunya...semua PAN takde yg betul. ...dah sama macam UMNOngok kat kampung di johor...jadinya undi PAS sama je jadi undi BN Kali ni...dahtu fikirlah bila masa undi nanti...

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa