ADUN PAS dikritik kerana pakai kostum dewa Cina
PETALING JAYA: Tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paya Jaras, Khairuddin Othman memakai pakaian Dewa Cao Guo Jiu mendapat kritikan netizen.
Rata-rata pengguna media sosial mempersoalkan tindakan Khairuddin itu yang dianggap cuba mendapatkan publisiti murahan.
Turut mempersoalkan tindakan itu adalah ahli seumur hidup Parti Keadilan Rakyat (PKR), Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Chegubard.
“YB Khairuddin Othman, ADUN PAS Paya Jaras itu membawa imej dewa Cao Guo Jiu. Kalau diperhati, di rumah-rumah kaum Tionghua ada tempat sembahyang untuk dewa-dewa ni.
“Sekarang, apakah perlu YB Khairuddin memakai pakaian dewa yang menjadi sembahan kaum lain? Apa hukumnya? Memadailah kita cuma sama-sama meraikan sambutan tahun baru (kalender) Cina.
“Komen di atas saya salin dari Whatsapp group..saya letak sini kerana nak dengar komen walaunta Hadi sebab mereka yang bersungguh kafirkan orang yang ucap Selamat Hari Krismas kerana meraikan mereka yang merayakan Krismas..sekarang hangpa dah tepuq ayaq (tepuk air) dalam dulang,” tulisnya di Facebook.
Sementara itu, seorang pengguna media sosial, Othman Bidin memberikan komen;
“Untuk pikat pengundi kaum lain apa saja sanggup dilakukan.
Amir Sulaiman pula menulis;
“Kalau tanya Hadi (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) dia mesti pusing-pusing guna ayat quran cari hukum dan dalil.itu memang kepakaran dia,” tulisnya. Bagaimanapun, ramai juga pengguna alam maya menganggap ia bukan kehendak Khairuddin tetapi penganjur majlis yang tidak tahu mengenai sensitivitinya apabila meminta Khairuddin memakai kostum Dewa Kekayaan itu bagi memeriahkan majlis sambutan Tahun Baru Cina. -FMT
Imej Dewa Kekayaan dalam kepercayaan masyarakat Cina yang ditiru oleh Adun Pas itu.Ramai kecam Adun Pas gara-gara muncul jadi Dewa Kekayaan
Sambutan perayaan Tahun Baru Cina tahun ini menyaksikan aksi menjolok mata Setiausaha Perhubungan Pas Negeri Selangor, Mohd Khairuddin Othman berpakaian dipercayai dewa menerima kecaman banyak pihak apabila beberapa fotonya tersebar di media sosial.
Rata-rata penganut beragama Islam menganggap tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Paya Jaras itu sebagai keterlaluan dan memudaratkan ekoran melibatkan unsur penyerupaan ketuhanan agama lain.
Tidak kurang juga ada netizen menganggap kesanggupan Khairuddin berpakaian dewa yang menjadi sembahan masyarakat Cina itu sebagai situasi terdesak Pas untuk meraih kembali sokongan kaum Tionghoa.
Difahamkan, pengamal undang-undang itu memakai kostum tradisional menyerupai Dewa kekayaan atau Chai Shen mengikut mitologi Cina.
Berdasarkan beberapa gambar yang viral di WhatsApp dan Facebook sejak semalam, Khairuddin yang turut memakai janggut panjang berwarna hitam dengan topi berbunga itu dilihat berada dalam program bersama komuniti Cina.
Antara paparan foto yang tersebar menunjukkan beliau menyerahkan sumbangan oren mandarin kepada warga emas dan pesakit berbangsa Cina.
Mengulas kontroversi dicetuskan pemimpin Pas di negeri yang masyarakatnya bersifat majmuk itu, penganalisis politik, Dr Mazlan Ali berkata, hukumnya jelas haram jika berdasarkan perbezaan tiga pegangan utama orang Cina iaitu agama tradisi, Buddha dan falsafah, terutamanya Confucianisme.
“Agama Cina wujud lebih awal dari Buddhisme dan Confucianisme. Kepercayaan supernatural, kuasa alam dan dewa-dewi adalah bentuk agama tradisi Cina yang kemudian bercampur aduk dgn falsafah dan agama Buddha.
“Ringkasnya ialah agama tradisi + falsafah = lahir Taoisme manakala falsafah yang sudah bercampur dengan agama tradisi dan Buddha melahirkan falsafah agama seperti Buddha Zen.
“Agama tradisi Cina + Buddha = lahirlah Buddha Mahayana. Dari Mahayana lahirnya dewa yang dianggap sebagai tokoh-tokoh Buddha seperti Amitabha, Dewi Mazu dan lain-lain,” jelasnya kepada Malaysia Dateline.
Selain daripada itu semua, ujarnya yang merupakan pensyarah di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), hanya falsafah Confucius yang tulen sahaja boleh diteladani oleh penganut beragama Islam.
“Yang lain semua sesat termasuk yang Setiausaha Pas Selangor lakonkan iaitu dewa kekayaan yang berasal daripada kepercayaan agama tradisi Cina,” tambahnya lagi.
Sementara itu bagi tokoh budaya, Dr Siti Zainon Ismail pula berpendapat tindakan pemimpin Pas itu seolah-olah lebih sudu daripada kuah.
“Bila adat (orang dimuliakan), adab bangsa sendiri diketepikan. Inilah data penting untuk gerakan kebudayaan di negara ini berikan perhatian,” ujarnya yang kini pensyarah di Universiti Malaysia Sabah (UMS).
Sementara itu, percubaan Malaysia Dateline untuk mendapatkan reaksi lanjut daripada Khairuddin berhubung kontroversi tersebut bagaimanapun gagal.
“Nanti saya buat kenyataan. Buat waktu ini saya nak tengok dulu perkembangan,” ujarnya ringkas dalam satu balasan melalui kiriman WhatsApp petang hari ini. -MD
ULASAN GB
GB tak perlu komen panjang. Hukum kebenaran dan keadilan akan mendedahkan sikpa pemimpin PAS yang cuba mjunuduh orang lain "kafir" kini tindakan mereka sendiri mempalitkan tuduhan itu kepada diri sendiri....
Latok... apa sulah jadi? Lu sulah babas manyak jauh oooooh...
GB tak perlu komen panjang. Hukum kebenaran dan keadilan akan mendedahkan sikpa pemimpin PAS yang cuba mjunuduh orang lain "kafir" kini tindakan mereka sendiri mempalitkan tuduhan itu kepada diri sendiri....
Latok... apa sulah jadi? Lu sulah babas manyak jauh oooooh...
Seragam pekji dari opera manalah yg disewa dek PAS. Makin hari makin memualkan telatah PAS. Nak menarik perhatian org India pulak tak mustahil PAS menghalalkan pemimpinnya mengangkat Kavadi dan berarak bersama dlm perayaan Taipusam dgn badan berconteng abu mayat org2 India.
ReplyDeleteOrang lama PAS memang bagus tapi orang2 baru, orang2 muda dalam tu kebanyakannya kurang pengetahuan islam, cuma nak masuk politik dengan harapan dan target tertantu yg kelihatan tidak islamaik
ReplyDeleteDisebabkan dalam semua blog yang viralkan isu ini tiada langsung ditemui kelibat Wan Rosli memberi hujah bantahan, maka bolehlah disimpulkan bahawa Wan Rosli amat bersetuju dengan tindakan ADUN Paya Jaras itu. Begitu juga dengan Hadi Awang, langsung senyap terus!
ReplyDeletePsst...nanti Wan Rosli akan kona cerita pasal DAP dan PAN. Apa? Tak percaya??? Tunggu.....
bukan setakat yg oakai kostom tu mabok...sekali dengan org yg rasa besaq dalam pus..
ReplyDeletehabis modai dah..
kalau pakai mcm dewa agak2 org cina nk ikut ke?
kena gelak lagi adalah..
melayu islam dari parti islam yg hanya depa je islam.parti lain kapir ni dah gila mau jd dewa cina..
hahahaha
hok tinggal dalang parti islang ni bodow2/bengong2.
ReplyDeleteberat nnanang doh weh, muke pon doh macang tok pek, molek la tu pakaai macang sami tok pekong, nok ambik hati china selangor yg doh tolok parti pascai.
mane tok lebai mercong tolong beri patwa; kaper ke, pasik ke, menapek ke, tashabuh, taawun, tahalus, mulus, fulus, hudud hudud...???
Sejak terpenggaruh dengan "OSTAD CHAI" yang bernama Mokhtar a/l Senik agar PAS pecah kongsi dengan DAP kini pelbagai karenah di "USAHA" kan oleh para pemimpin PAS untuk menarik sokongan kaum cina dan India walau pun terpaksa melakukan sesuatu yang di tegah oleh Islam. Lupa kah Yang Bangsat ini bahawa sesiapa yang meniru cara(dalam semua segi) sesuatu kaum atau puak maka mereka dengan tidak di sedari telah mengikut acuan kaum atau puak itu. Mungkin agak nya TUANG PRESIDENT PAS yang berusaha untuk menasehti IMNOngo yang tak makan saman itu terlupa untuk mentarbiah para pengikut "TAKSUB" nya berhubung denag "ISLAM YANG SEBENAR". Kalau begitu elok lah di buang saja motto perlembagaan PAS itu.
ReplyDeletePay per view, dewa kekayaan...dlm kuliah dlm ceramah x kering bibir pesan kat jemaah, audian itu haram, tu syirik, tu khurafat,munafik bla bla bla tapi diri sendiri?
ReplyDeleteKalau terkena batang hidung sendiri; bolehlah bagi hukum khilafiah. kalau musuh poitik #1 siap maki hamun; kata nista, keji, munafik haraki, kafir, syaitan blah! blah! blah! Nah sunnatullah berlaku!
DeleteTuan punya badan dah buat pengakuan bahawa dia menyangka pakaian itu pakaian maharaja Islam cina.. Dan beliau mengaku salah jika anggapan beliau itu salah dan memohon maaf serta bertaubat..
ReplyDeleteApa lagi perlu nak dipanjangkan..beliau bukannya tolak hudud kalau DAP tolak hudud..kalau begini barulah kita perlu tentang habis2an..
Tak da baca histeli punya olang! Hei itu baju dewa pakai Islam belum mali China ooo!
DeleteKalau PAS ada maruah.. mamat ni patut kena pecat... menyesatkan org lain. Walaun yg tak paham.. pakat ikut ja.. maklum la Ulama dorang dah buat!!! Mengaku Ulama.. ilmu yillek. Silap haribulan dia tuduh agen DAP tipu dia pakai kostum tu... agaknya la...
ReplyDeletePolitik itu seni..
ReplyDeleteNi seni haram jadah namanya.
Yg haram semua boleh dalam pas
PAScai dah ampunkan dosa dia. Sijil pengampunan ada ke dak tak tau lagi. Kena nyiasat dulu. Kalo dah kua sok, rakyat dunia jangan risau, ada la yang akan viralkan dialam maya tenet apa lancau semua... kah kah kah
ReplyDeletekemaruk undi cina bagai cerai bini talak tiga--guna cina buta,
ReplyDeleteapabila berundur 20 tahunkebelakang rasa lah akibat bodohnya
Haaaaaaaaa..........tanyalh adi bawang kerana dia adalah penjaga hukum hakam klu org2 pas berpakaian macam itu
ReplyDeleteMaka mereka menginginkan supaya kamu bersikap lunak lalu mereka bersikap lunak (pula kepadamu).
ReplyDeleteaqidah longgar senang dilanggar
Kita tunggu juga konar baring dr omak ko tu... Jenis suka konar juga maklum le nak jaga pemberi mkn dia sikhalid tu...
ReplyDeleteWakil rakyat PAS ini sebenarnya seorang yang bodoh. Orang Cina pun apabila menyambut Tahun Baru mereka tidak berpakian demikian, malah pemimpin MCApun tidak berpakian sebegini. Cukup sekadar pakai baju tradisional Cina berwarna merah. Tetapi adun PAS ni lebih sudu dari kuah. Ternyata benar dia tidak tahu atau dungu (kurang membaca - tiada ilmu?) sejarah tradisi orang Cina dalam menyambut Tahun Baru. Dengan berpakian sedemikian, beliau menonjolkan sifat kebodohannya sendiri. Orang Cinapun tertawa melihat gelagatnya. Apa maksud atau tujuan sebenar sehingga dia berpakian sebegitu - dia sendiri yang tahu. Nak dapat pengundi Cina, saya rasa dia tersilap strategi. Sebagai orang Melayu/Islam apalgi wakil rakyat parti `Islam' dia sudah terlebih lajak. Nanti kalau pergi majlis Deepavali dia akan berpakian seperti sami Hindu, atau ke majlis Krismas, dia berpakian ala Pope? Kelirulah mamat ni. Apa komen Tuang Presideng? Mungki sedang berfikir-fikir nak carai fatwa bahawa tidak salah berpakian begitu, maklumlah ini penyokong kuat Presideng. Ha ha. Kita ingat orang UMNO (Mat Maslan), tetapi wakil PAS ni 100 kali lebih bodoh daripada Mat Maslan.
ReplyDeleteAn anonymous. Betulkah mu ning ganti wan rosli yg dah mati?. Kona punya kona mesti dap tolak hudud. Haha. Pandir sunggoh. Betulkah zaman dulu ada maharaja islam cina? Jgn temberang ler. Itukah bajunya? Bukankah itu pakaian dewa kekayaan cina yg beri rezeki. Minta fatwa mufti harussani. Dah jatoh syirik murtad? Ke munafik?
ReplyDelete