Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, February 4, 2016

MB Kedah yang baru: Ini telahan Muhyiddin

MB Kedah bakal berdepan dugaan hebat bila rakyat dikhianati, kata Muhyiddin
 | MALAYSIA DATELINE
Tan Sri Muhyiddin YassinTan Sri Muhyiddin YassinBukan mudah untuk memperolehi semula kepercayaan rakyat apabila mereka terasa dikhianati dan dugaan hebat sedang menanti Menteri Besar Kedah Datuk  Seri Ahmad Bashah untuk menarik kembali sokongan rakyat kepada Umno kata, Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin.
"Jika sesuatu keputusan dibuat tanpa mengambilkira sentimen dan kehendak rakyat terbanyak, saya bimbang masa depan Umno akan terjejas. Bukan mudah untuk memperolehi semula kepercayaan rakyat apabila mereka terasa dikhianati," katanya dalam status media sosialnya sebagaimana dipetik.
Malah Muhyiddin melahirkan perasaan terhadap krisis kepimpinan yang berlaku di negeri itu hingga Mukhriz terpaksa meletakkan jawatan sebagaimana beliau sendiri menjangkakan perkara itu akan berlaku akhirnya.
"Beliau menerima tekanan yang berterusan daripada beberapa pihak yang mahukan supaya beliau berundur walaupun beliau menerima sokongan daripada majoriti rakyat Kedah.
"Oleh sebab tekanan politik yang luar biasa, maka beliau terpaksa melepaskan jawatan Menteri Besar. Saya percaya, ramai rakyat Kedah yang kecewa. Bahkan, rakyat Malaysia juga kecewa.
"Saya amat dukacita dengan peristiwa ini. Saya yakin rakyat tahu apakah sebab sebenar beliau disingkirkan. Di antara hak menyuarakan yang benar dengan tuntutan taat yang membuta tuli," jelas bekas Timbalan Perdana Menteri itu lagi.
Muhyiddin juga menganggap Mukhriz telah menerima tekanan yang berterusan daripada beberapa pihak yang mahu anak bekas Perdana Menteri itu berundur walaupun beliau menerima sokongan daripada majoriti rakyat Kedah.
"Nampaknya, dalam episod politik yang mutakhir ini, kehendak segelintir pihak mengatasi kehendak majoriti rakyat. Mereka mungkin lupa bahawa Umno adalah sebuah parti politik yang mengharapkan sokongan rakyat untuk terus kekal relevan," katanya.
Beliau bagaimanapun yakin Mukhriz seorang yang tabah dan menasihatinya apa yang berlaku ada hikmahnya.

1 comment:

  1. Org kalah bercakap.. Xda gunanya... Dah jadi bubur..'asa dlm amno xnak ubah .. Skrg ckp pun xguna.. Ramai lg dlm amno mcm ni.. Tunggu krisis... Dah ditendang baru berckp...tp terlamabt.. Xda cara kalau sebenarnya ingin membantu rakyat... Boleh gerakakn massa dgn bersama parti pkr atau amanah... Tu cara memebantu rakyat... Kembalikan kuasa rakyat....

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa