Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, February 4, 2016

Tak jadi jual pulak!

Tabung Haji tak jadi jual tanah TRX, kata Azeez
OLEH MOHD FARHAN DARWIS
Published: 4 February 2016 2:09 PM
Pengerusi Lembaga Tabung Haji Datuk Seri Abdul Azeez Rahim berkata, TH Properties dipertanggungjawabkan untuk membangunkan tanah Tun Razak Exchange bagi membina kediaman pangsapuri. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 4 Februari, 2016.

Lembaga Tabung Haji tidak akan menjual tanah Tun Razak Exchange (TRX) sebaliknya mereka akan membangunkan tanah berkenaan, susulan kontroversi sebelum ini membabitkan jual beli tanah itu dengan syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB), kata pengerusinya, Datuk Seri Abdul Azeez Rahim.

Azeez berkata, anak syarikat Tabung Haji, TH Properties dipertanggungjawabkan untuk membangunkan tanah berkenaan bagi membina kediaman pangsapuri.

"Tanah itu sebelum ini bernilai RM177.5 juta, sekarang RM250 juta. Bila kita bawa dalam Parlimen, malah bukan setakat BNBBC, pembangkang ada usulkan tak perlu jual, tanah itu berharga," kata Azeez merujuk kepada Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional.

"TH Properties diberi mandat membangunkan bangunan pangsapuri," katanya.
Azeez berkata, nilai tanah di TRX sebelum ini berharga RM2,700 sekaki persegi, kini meningkat kepada RM3,100 sekaki persegi.

Manakala nilai pembangunan kasar (GDV) tanah berkenaan dianggarkan RM820 juta.

Tabung Haji juga sedang berusaha mendapatkan kelulusan untuk plot ratio yang lebih tinggi daripada 1:10.

Pada Jun 2015, Tabung Haji membuat keputusan untuk menjual tanah yang dibeli daripada syarikat kontroversi 1Malaysia Development Berhad (1MDB) bagi menghentikan persepsi buruk terhadap isu itu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom juga memberitahu Dewan Negara yang proses pembelian tanah di TRX berasaskan landasan perniagaan dan tiada unsur lain mempengaruhi keputusan itu.

"Untuk proses pembelian TRX, ia dibuat sepenuhnya berdasarkan kepada landasan perniagaan dan mematuhi syariah. Itu sebabnya proses pembelian dibuat dengan begitu rapi walaupun tawaran bermula Mei 2013 namun proses membelinya pada 2015. – 4 Februari, 2016.

1 comment:

  1. Pi jual botol atau kacang puteh la pulak. Autar kling. Haha. Hebatnye lulus spm. Adoi malangnye th. Boley pengerusi mamak umno. Takdak melayu ke?

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa