Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, February 3, 2016

Mukhriz akhirnya mengalah?

Mukhriz dijangka letak jawatan hari ini

 | February 3, 2016
Sumber Istana mendedahkan bahawa Mukhriz setuju meletakkan jawatan setelah hilang majoriti ADUN Kedah
ALOR SETAR: Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dijangka meletak jawatannya hari ini selepas tidak lagi mendapat majoriti dalam Dewan Undangan Negeri.
Menurut sumber FMT yang rapat dengan Istana mendedahkan Jemaah Pemangku Sultan Kedah sudah memaklumkan kepada Mukhriz bahawa beliau tidak lagi memiliki sokongan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kedah dan perlu melepaskan jawatan yang disandangnya.
Keputusan itu juga dibuat selepas pertemuan terakhir diadakan dengan semua ADUN pembangkang di Wisma Darul Aman petang semalam.
“Petang semalam, Jemaah Istana berpuas hati dengan kenyataan semua ADUN yang dipanggil
“Majoriti yang ditemui mengakui hilang kepercayaan terhadap Mukhriz,” katanya.
Petang semalam, seramai 14 ADUN pembangkang daripada PAS, PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (AMANAH) menghadiri pertemuan secara individu dengan jemaah yang terdiri daripada Pengerusinya Tunku Temenggong Tan Sri Tunku Sallehuddin Badlishah, Tunku Laksamana Datuk Seri Diraka Tunku Abdul Hamid Thani Badlishah dan Puteri Sulung Sultan Kedah Tengku Panglima Besar Datuk Seri Tunku Puteri Intan Safinaz.

Setiausaha Akhbar Menteri Besar, Mohd Fissol Jaafar berkata Mukhriz akan mengadakan sidang media di Wisma Aman Perdana jam 10 pagi ini.
Selepas itu SUK akan mengadakan sidang media pada jam 11 pagi.
Dijangka sidang media itu akan mengumumkan peletakkan jawatan Mukhriz dan pengumuman Menteri Besar Baru Kedah.
Namun identiti Menteri Besar Baru masih belum didedahkan.

5 comments:

  1. adakah yg bakal dilantik mendapat sokongan majoriti?

    ReplyDelete
  2. Aku ragu dgn sokong adun pas selain mahfuz.......kerja tikam belakang biasa dlm pas.....apatah lagi sedodon dgn najib sekarang.

    ReplyDelete
  3. najibun kontrol dedak

    ReplyDelete
  4. lu kena kencing dgn pas ke?

    ReplyDelete
  5. Mahatir kena kencing dgn Najib,

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa