Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, February 3, 2016

Ooo.....ini dia orangnya!

1MDB: Nama pengurus bank Jho Low terawal disebut dalam siasatan di Singapura 
Astro Awani |  Februari 02, 2016 21:53 MYT
1MDB: Nama pengurus bank Jho Low terawal disebut dalam siasatan di Singapura
Yak Yew Chee merupakan pengurus perhubungan untuk beberapa syarikat yang berkait dengan 1MDB dan juga Jho Low. -Gambar fail
KUALA LUMPUR: Nama seorang pegawai kanan bank swasta merupakan terawal disebut dalam siasatan berhubung penyiasatan syarikat pelaburan strategik Malaysia, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Menurut laporan The Straits Times yang memetik beberapa sumber, nama yang disebut adalah Yak Yew Chee yang berkhidmat di BSI Singapore, sebuah bank Switzerland.

Portal berita dari Singapura itu turut melaporkan bahawa Yew Chee merupakan pengurus perhubungan untuk 1MDB Global Investments Ltd, Aabar Investment PJS Limited dan SRC International Sdn Bhd, dan Low Taek Jho atau Jho Low.

Sebagai sebahagian daripada siasatan 1MDB Global, wang berjumlah $10 juta (RM29.54 juta) dari pelbagai akaun telah dibekukan pada September tahun lepas.

Sumber memberitahu The Straits Times, beliau memohon untuk melepaskan sebahagian daripada akaun beliau bagi pembayaran cukai, kos guaman dan perbelanjaan asas.

Pada Isnin, Jabatan Perhubungan Komersial dan Pihak Berkuasa Monetari Singapura telah merampas "sejumlah besar" akaun bank berhubung penyiasatan 1MDB, menurut satu kenyataan bersama yang dikeluarkan dua agensi berkenaan.

BACA: Pihak berkuasa Singapura rampas "sejumlah besar" akaun bank
Kenyataan itu yang disiarkan di portal berita Singapura Channel News Asiaberkata pihak berkuasa negara itu sekeras-kerasnya tidak akan bertolak ansur dengan aktiviti pengubahan wang haram yang berlaku di Republik itu.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa