Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, February 14, 2016

Naikkan ahli politik baharu terajui negara: Siapa tu wahai Tuan Ibrahim?

Rakyat kena naikkan ahli politik baharu terajui negara

 | February 14, 2016
Ia adalah kaedah terbaik bagi menggantikan ahli politik lama, sekali gus memulihkan rasa bangga rakyat Malaysia.
Tuan Ibrahim
PETALING JAYA: Rakyat perlu mencuba menaikkan seseorang ahli politik yang dianggap berwibawa untuk menerajui negara.
Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata hanya dengan tindakan sedemikian, maka ahli politik lama yang menerajui negara dapat digantikan.
“Daripada meletakkan tenaga untuk menjatuhkan seseorang, rakyat boleh mencuba untuk menaikkan seseorang ahli politik yang dianggap mereka berwibawa untuk menerajui negara.
“Kerana naiknya seorang yang baru, maka akan gugurlah yang lama,” katanya menerusi kenyataan, di sini, hari ini.
Tuan Ibrahim berkata, rakyat perlu tegas dan berani menyatakan bantahan terhadap penyelewengan, salah guna kuasa dan penipuan oleh kerajaan dan pembangkang.
Rakyat juga harus menghantar mesej kepada ahli politik untuk berusaha dan bekerja bagi mendapatkan undi mereka.
“Gunakan media sosial sebaik mungkin secara bertanggungjawab sebagai medium pendesak. Segalanya kini terletak di bahu rakyat,” katanya.

2 comments:

  1. Aku raso maksud titm ialah tuang garu hadi awe. Tepat sekali. 100 markah. Kahkah

    ReplyDelete
  2. Dah terang lagi bersuluh,.sebenarnya yg lama itu perosak,.ganti lah yg baru bagai penawar dan baja,.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa