Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, February 14, 2016

PAS ok jer......Husam pula yang susah?

Majlis Raja-raja, Sultan, harapan terakhir selesai isu 1MDB, kata Husam
Published: 14 February 2016 3:45 PM
Datuk Husam Musa berkata penglibatan Majlis Raja-raja dan Sultan adalah perlu untuk menyelamatkan Malaysia. – Gambar fail The Malaysian Insider , 14 Februari, 2016.

Bekas naib presiden PAS, Datuk Husam Musa mengatakan harapan terakhir untuk menyelesaikan skandal syarikat sarat hutang 1Malaysian Development Berhad (1MDB) adalah penglibatan Majlis Raja-raja dan Sultan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Salor itu berkata, itu sahaja jalan yang tinggal memandangkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Jabatan Audit Negara dan Bank Negara Malaysia dilihat tidak dapat menyelesaikan masalah 1MDB.

"Bolehkah Majlis-Majlis menyalakan semula harapan rakyat terbanyak dengan memanggil SPRM menyembahkan maklumat mengenai kertas terakhirnya mengenai 1MDB kepada Majlis Raja-raja yang akan bersidang?" soal Husam dalam satu kenyataan hari ini.

"Malaysia nampaknya tidak mempunyai mekanisma melepaskan diri dari jerutan korupsi skala besar dari puncak kuasa.

Husam berkata, jika sesuatu tidak dilakukan, Malaysia akan “runtuh” dan tidak lagi dapat diselamatkan.

"Terpaksa menyerah diri sekali pun nurani meronta-ronta. Kertas SPRM terakhir dibakul sampahkan saja.

"Mana lagi institusi yang boleh tegak menyelamatkan negara? Atau menunggu keruntuhan terakhir dan Malaysia tidak lagi dapat diselamatkan?" soal Husam.

Sebelum ini, bekas menteri besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir merayu kepada Majlis Raja-raja memanggil pelbagai agensi yang menyiasat 1MDB supaya membuat laporan kepada majlis itu mengenai hasil siasatan mereka.

"Menjelang Mesyuarat Majlis Raja-raja yang akan berlangsung pada 17 dan 18 Februari 2016 ini, dengan penuh hormat dan takzimnya saya merayu kepada Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku-Tuanku Sultan dan Tuan Yang Terutama Yang Di Pertua-Yang Di Pertua Negeri semoga mengarahkan peguam negara, gabenor Bank Negara, ketua polis negara, ketua pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, ketua audit negara dan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) untuk melaporkan kepada Majlis Raja-raja mengenai siasatan mereka mengenai 1MDB secara telus dan benar tanpa melindungi mana-mana pihak,” kata Mukhriz.

Anak kepada Tun Dr Mahathir Mohamad itu berkata, jika ia tidak dapat dilakukan, Majlis Raja-raja perlu mempertimbangkan cadangan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja mengenai 1MDB. – 14 Februari, 2016. - sumber

5 comments:

  1. Raja tinggal raja,dah tak berdaulat pun..
    Main dgn lanun bugis org kedah kata,dia joi sekupang dua..

    ReplyDelete
  2. Sarapan Mukriz tu memamg bernas,. Tapi kuasa raja2 itu amat positif,.?? Selagi ada batasan yg menghalang nya ia Tak akan kemana,...sebaik baik pengaruh demi perubahan nyata demi Bangsa Dan Negara adalah kuasa Rakyat yg menentukan daya urus pentadbiran Untuk mengubah segala gala nya ,.. Ayuhh bangkit duhai bangsa ku,..

    ReplyDelete
  3. Jalanraya jer ubatnya.....x nmpk cara lain...ajak penyokong mahathir n pembangkng join sama...raja mimpi jela...aku gerenti100000000000%

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jalanraya mmg ubatnyer tp rakyat Mesia ni belum cukup lapar utk turun dlm jumlah yg cukup besar utk menghasilkan impaksebagaimana yg diharapkan. Tak mcm rakyat Indonesia sewaktu regim Suharto @ rakyat Filipina di zaman Marcos. Lagipun org Melayu sygkan BRIM. Aku melayu jugak tp x dpt BRIM jadi jgn ada yg kata aku rasis plop.
      Raja2 Melayu plop ramai yg kelas tunggul jer. Kuasa sekitar istana jer jauh sket apa pun tadak. Jangan harap lah Majlis Raja2 akan buat sesuatu yg konkrit dlm isu ini. Dia org x ada kekuatan mahupun keazaman utk berbuat apa2. Dream on .......

      Delete
  4. Kene bg tahu pakatan adakn demo...cuba join puak mahathir...aku rasa tu cara berkesan...dlm politik segalanya berkemungkinan..legasi mahathir da tamat..pru mimpi jela kita menang..

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa