Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, February 14, 2016

Nape pulak isu ni ditimbulkan? Nak lepas batang tengkuk ke?

Zahid dakwa ahli FMM minta pekerja Bangladesh dibawa masuk Malaysia
OLEH MD IZWAN
Published: 13 February 2016 6:18 PM
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata langkah kerajaan membawa masuk pekerja asing sekadar memenuhi permintaan daripada pemain industri yang kurang tenaga kerja. – Gambar The Malaysian Insider oleh Kamal Ariffin, 13 Februari, 2016.

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mendakwa ahli Persekutuan Pengilang-pengilang Malaysia (FMM) sendiri yang memohon membawa masuk pekerja Bangladesh dan menggesa menyemak terlebih dahulu dengan ahli sebelum membuat sebarang kesimpulan.

Timbalan perdana menteri berkata, 3 agensi kerajaan bertanggungjawab menguruskan pekerja asing ada menerima permohonan daripada ahli FMM.

"Ya benar mereka tidak pernah mengemukakan surat.

"Tapi ahli-ahli mereka mengemukakan permohonan kepada Kementerian Sumber Manusia dan juga ke bahagian pekerja asing Jabatan Imigresen dan bahagian pekerja asing tidak mahir kepada KDN (Kementerian Dalam Negeri)," kata Zahid yang juga menteri dalam negeri kepada pemberita semasa pelancaran Mini MAD Velocifero di Shah Alam, Selangor hari ini.

Mengenai gesaan FMM yang mahu pekerja asing sedia ada dibersihkan terlebih dahulu, Zahid berkata kerajaan sekadar memenuhi permintaan daripada pemain industri yang kurang tenaga kerja.

"Bukan kita yang nak, bukan kerajaan yang nak bawa.

"Yang minta ialah majikan, kerajaan mendengar permintaan mereka di mana mereka mengatakan syarikat mereka tidak dapat berjalan kerana kekurangan pekerja," katanya.

Beliau juga mahu FMM mengambil kira pandangan keseluruhan ahli mereka kerana keputusan membawa masuk pekerja Bangladesh bukannya datang daripada KDN sendiri.

"Mereka mungkin belum dapat menyelami perasaan ahli-ahli persatuan mereka.

"Ini bukan keputusan KDN, dari segi dasar, ia dasar yang ditentukan Kementerian Sumber Manusia.

"Saya sebagai pengerusi jawatankuasa khas Kabinet mengenai pekerja dan pendatang asing, saya sensitif untuk memenuhi permintaan daripada syarikat-syarikat berkenaan," katanya.

FMM semalam menggesa Putrajaya membersihkan kebanjiran pendatang asing sedia ada dalam negara sebelum membawa masuk 1.5 juta pekerja Bangladesh.

FMM juga menafikan meminta sejumlah besar pekerja dari Bangladesh, sebaliknya pemain industri mengalu-alukan negara lain untuk membawa masuk pekerja asing. – 13 Februari, 2016.

8 comments:

  1. Zahid ni mabuk ke....apa?patutla swiss punya org tak layan...cakap pun macam bawah sedar...

    ReplyDelete
  2. Entah-entah dia atau keluarganya sendiri pun berasal dari pendatang asing.

    ReplyDelete
  3. Dia kan skrg dah pakar komedi.. Zahid Komedi

    Kahh kahh kahh

    ReplyDelete
  4. Adoiiii... Blh TPM jwb mcm tu... Kuasa FMM lebih besar dr kerajaan ke????

    ReplyDelete
  5. Takkan lah begini jawapan seorang TPM. Takkan tak buat kajian keperluan sebenar. Malang sungguh Malaysia punyai pemimpin sebegini.

    ReplyDelete
  6. Bukan ke adik dia pengimpot terbesar warga bangla?? Saja tanye. Jgn marahhhh. Haha

    ReplyDelete
  7. kaki auta.apa yang keluar dari mulut
    dia lebih banyak yang auta.paloi

    ReplyDelete
  8. kaki auta jual minyak

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa