Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, February 14, 2016

Pay per view: Mamat ni nafi. Harap Zairil Khir Johari bersuara

Tonton filem porno, itu fitnah keji, kata Nasrudin
WARTAWAN SINAR HARIAN
13 FEBRUARI 2016
SHAH ALAM – Ketua Penerangan Pas, Nasrudin Hassan menyatakan tindakan menyebarkan kenyataan di media sosial dengan mendakwa beliau menonton filem lucah satu fitnah keji.

Nasrudin berkata, pihak media menghubunginya untuk mendapatkan penjelasan berkenaan fitnah yang berlegar di media sosial kononya beliau menonton filem lucah semasa lawatan kerja ahli Parlimen ke Jerman pada 2014.

“Tahun lalu (2015) saya menerima fitnah hampir serupa, kononnya saya minum arak di bilik hotel sewaktu lawatan ke Jerman.

“Tahun ini (2016) telah bertukar plotnya kepada menonton filem lucah,” katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, beliau tidak tahu motif pihak tidak bertanggungjawab menyebarkan fitnah sedemikian rupa.

“Tegasnya saya enggan melayan permainan 'pihak tertentu' ini dan ingin saya nyatakan bahawa ini adalah fitnah keji lagi tidak bertanggungjawab yang dilemparkan kepada saya,” katanya.

“Bila sampai di jerman, masa nak gi melawat dan meeting, si ulama muda PAS ni demam, jadi stay jer dalam bilik… jadi pemimpin muda DAP saja yg mengiringi lawatan dan meeting tersebut, bila dah habis lawatan dan check out hotel, bila tiba si pemimpin muda DAP nak bayar bil hotel, beliau terkejut bila dalam bil hotel tersebut ada termasuk charge menonton porn pay per view waktu siang… jadi bila si pemimpin muda DAP mintak duit suh bayar apa yg beliau dah menonton, katanya takder duit.. jadi terpaksa la si pemimpin muda DAP ni bayarkan juga sebab dah langgan” - petikan dari sini
Ketiadaan YB Nasruddin Di Dalam Gambar Menjadi Persoalan, Sejauh Manakah Kebenaran Dakwaan Tersebut?

# baca sepenuhnya di sini

9 comments:

  1. Aiiii kluar kenyataan jerrr.... X brani buat press conference ..... Cuba cite knapa x ikut program yg dplan???? Demam skit jer punnnn.. X der smgat langsung... Mcm ni ker pemimpin yg Pas nk banggakan

    ReplyDelete
  2. Bro. Motif tk penting. Yg penting tengok ke tidak? Bill dah keluar maa. Porno pay per view. Dap kata dia bayarkan. Najib pon biasa cakap. Ohhh ini fitnah keji. Lebihnya najib terus dia bersumpah. Wallahi watallahi wabillahi. So ya ostazi. Bersihkan dirimu. Haha

    ReplyDelete
  3. Kalau fitnah hang samanlah Mangkok! Kes ni memalukan ahli-ahli PAS dan anak bini kou!

    ReplyDelete
  4. Dah tahu fitnah keji gi le saman supaya tahu betul ke tidak, kalau menang dapat duit lagi, takut ke kebenaran akan terbongkar dan cedera siku dan lutut

    ReplyDelete
  5. astagfirullah--nafikan kalau tak buat--bagaiman kisah sebenar cuba cerita

    ReplyDelete
  6. Tada dalam pic..? Mungkin die snap gambar kot.

    ReplyDelete
  7. Dia cuma kata itu fitnah.... cuba cari kat mana dia kata "saya tidak menonton filem lucah smasa di jerman hr tu". Jadi ianya sekadar alih isu. Bukan menafikan.

    ReplyDelete
  8. Dia cuma kata itu fitnah.... cuba cari kat mana dia kata "saya tidak menonton filem lucah smasa di jerman hr tu". Jadi ianya sekadar alih isu. Bukan menafikan.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa