Mukhriz: Najib marah kerana bangkitkan secara terbuka isu 1MDB dan RM2.6b
mk - Hari ini, 10:41 pagi
Bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak sendiri telah menegurnya kerana membangkitkan secara terbuka persoalan mengenai 1MDB dan skandal 'derma' RM2.6 bilion.
"Jadi, sebenarnya, dan ini pun telah diakui sendiri oleh perdana menteri kepada saya secara peribadi, dia tak puas hati, sakit hati dengan ucapan saya (mengenai 1MDB dan RM2.6 bilion... (tidak jelas didengar)," kata Mukhriz dalam rakaman video beliau menceritakan mengenai perkara itu kepada para penyokong
Rakaman selama tujuh minit 52 saat itu kelihatan seperti satu sesi ceramah yang disiarkan di Laman Facebook Mukhriz Mahathir FC (Fan Club) pada hari Selasa.
Menurut Mukhriz, ini adalah juga mengapa beliau terpaksa melepaskan jawatan MB, bukan kerana perkara lain, seperti yang dibangkitkan oleh ADUN Umno yang membawa kepada penyingkirannya sebagai ketua kerajaan negeri Kedah.
Dalam video itu, Mukhriz berkata Najib memberitahunya secara peribadi mengenai perkara itu.
Katanya, Najib memberitahunya bahawa "tak patut seorang menteri besar kata lagu tu pada dia, oleh kerana tu kena lepaskan jawatan.
"Sepanjang satu jam setengah saya duduk dengan dia, tidak sekalipun dia sebut yang dia kecewa dengan saya kerana saya tak reti tadbir Umno atau saya gagal tadbir kerajaan negeri," katanya.
Menurut Mukhriz lagi, yang disebut oleh Najib hanyalah beliau rasa marah kerana beliau (Mukhriz) menyebutnya dalam ucapan berkaitan dengan isu 1MDB dan derma RM 2.6 bilion. - video di sini
Tak bagi tau pun semua orang yang berakal sedia maklum akan sebab musabab mengapa Najib pecat anak Che Det tu. Pertama kerana Mukhriz mempersoalkan ketelusan Najib dalam isu 1Syaitan MDB.
ReplyDeleteKeduanya pasai pak dia tak renti2 dok jolok pungkoq Najib....tak senang duduk dibuatnya.
Bab pandai bodo mentadbir ni tak penting pun kepada PM Najib, malahan lagi bidi seseorang Nenteri lagi baik kpd Najib sebab menteri bodo tak pandai nak bersoal jawab. Cucuk idung tarik ke sana ke mari.... tak pun buat mcm ayam...tabur dedak, cukup masa sembelih...
Ini Semua satu perancangan Najib sendiri ,.yg meneruskan dendam kesumat terhadap bekas PM,.x pe Mukriz,. Rezki yg halal itu penuh barkat,. Rezeki yg haram yg menyusur ketubuh warisan si polan adalah haram,. Pembalasanya pasti Dan terima padahnya,...
ReplyDelete