Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, February 11, 2016

Rupanya mangsa ni adalah aktivis masyarakat tapi kenapa dia dibunuh?

Maut ditembak, peniaga nasi kandar sudah ramal nasib yang bakal menimpa
Madiha AbdullahAstro Awani |  Februari 11, 2016 13:20 MYT    
Maut ditembak, peniaga nasi kandar sudah ramal nasib yang bakal menimpa
Syed Amen sebelum ini tidak mengaku bersalah di Mahkamah Majistret atas pertuduhan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap seorang pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) cawangan Batu Uban pada 26 November lepas. - Foto Bernama
PENGUSAHA restoran nasi kandar yang maut ditembak awal pagi tadi, Syed Amen Jainul Abidin, 46, seolah-olah sudah dapat merasakan tragedi yang bakal menimpanya.

Dalam satu status yang dimuat naik di akaun Facebook miliknya dengan nama pengedali 'Amin Beyond', Allahyarham yang merujuk satu kejadian tembakan, meramalkan perkara yang sama akan menimpanya satu hari nanti.

Status itu dimuat naik pada 4 Disember tahun lalu.
Status yang dimuat naik Syed Amen pada 4 Disember lalu.

Melalui status berkenaan, Syed Amen turut meluahkan dia tidak takut dengan kemungkinan itu kerana ajal dan maut ditentukan Allah.

Gerak hati itu dirasakan Syed Amen memandangkan dia ada menerima ugutan akibat kerja-kerja kemasyarakatan yang dilakukannya.

Difahamkan, Syed Amen aktif sebagai seorang aktivis dan banyak membantu usaha mempertahankan hak kaum Melayu di Pulau Pinang.

Dia juga pernah dianugerahkan Anugerah Ikon Bumiputera pada tahun 2008.

Tinjauan di akaun Facebook berkenaan mendapati log in terakhir Syed Amen adalah sekitar jam 2 pagi tadi.

Dia sebelum ini menggegarkan negara dengan kes mengaibkan seorang pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) pada November tahun lepas, yang didakwanya tidak jujur dalam menjalankan tugas sehingga mendatangkan kesukaran buatnya.
Syed Amen ditembak mati ketika berada di dalam kereta Mercedes Benz miliknya di George Town, kira-kira jam 3.30 pagi tadi di hadapan sebuah kedai pameran motosikal berkuasa tinggi.

Kes kini sedang disiasat polis.

2 comments:

  1. bukti iran bersahabat dengan us?

    http://en.farsnews.com/player.aspx?nn=13941121001231
    http://en.farsnews.com/newstext.aspx?nn=13941121001266
    https://twitter.com/IvanSidorenko1/status/697667802082230272
    https://twitter.com/IvanSidorenko1/status/696819774173614080
    https://twitter.com/IvanSidorenko1/status/696815700351021056

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa